Apakah yang tinggal selepas matinya seorang anak Adam itu?
Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:
1. Sedekah yang berjalan terus [sedekah amal jariah].
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.: Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala di sisi Allah ada tiga perkara:
1. AMAL-JARIAH ~ Amal jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk Masjid, Musolla, Madrasah, rumah sakit dan sebagainya makan selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Allah.
Tapi kebanyakan orang berfahaman amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya: sebuah jalan atau jambatan yang umum diguna mengalami kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.
Orang awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa sahaja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata “amal soleh” adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman ialah orang yang suka melakukan amal kebajikan.
2. ANAK YANG SOLEH [ANAK YANG BAIK] ~ Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu sahaja. Maka yang pertama wajib atas orang tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.
3. ILMU YANG DIAJARKAN KEPADA ORANG LAIN ~ adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum. ilmu ertinya adalah “PENGETAHUAN”. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. “Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia dengan ilmu”.
Jadi tegaslah ilmu apa saja yang telah diajarkan kepada orang lain dan orang itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut maka orang pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yang tidak habis di sisi Allah S.A.W..
Misalnya orang pandai membetulkan komputer rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala “jariyah” dari sisi Allah S.W.T
Selain daripada di atas masih ada beberapa amalan lagi.
Apa amalan-amalan itu? Mari sama-sama kita dengarkan. Dari Anas r.a. berkata bahawa ada 7 macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
No comments:
Post a Comment