Lagu ini dinyanyikan oleh Samira Said featuring Cheb Mami. Samira dilahirkan pada tahun 1954 dan dibesarkan di Morocco manakala Cheb Mami pula dilahirkan pada 1966 di Algeria.
Gandingan mereka berdua menjadikan lagu ini sangat hebat dan menambah koleksi lagu terBAEK dalam koleksi peribadi haha. Tapi video di bawah ini adalah video klip asal mereka namun ada pihak lain yang membuat video klip lagu ini dengan aksi-aksi yang kelakar ayam dan poyo semacam ahahhaa nanti korang bandingkan.
Saya selitkan sekali lagu Youm wara Youm yang dinyanyikan semula oleh penyanyi tempatan kita iaitu Akbar dan Bienda, nyanyian mereka pun boleh tahan ada bunyik2 arab skit. Korang tengoklah okay. Enjoy!!!
Ini pula video klip versi kelakar ayam yang dinyanyikan oleh penyanyi yang sangat poyo ahahahah. Nyanyian mereka juga boleh tahan tetapi dengan aksi mintak kakilah.
Ini pula nyanyian semula daripada Akbar dan Bienda tetapi bukan video klip asal tetapi hanya lagu dan gambar-gambar mereka sahaja.
No comments:
Post a Comment