Monday, November 2, 2009

TENSION + SEDIH + PENAT

Salam.

Mmmm..(Pembuka bicara yang tidak bermaya)

Dah lama tak update blog ni hanya sekadar menjenguk-jenguk sahaja dalam dua tiga hari ni.

Banyak kerja yang kene buat. Lain yang diharapkan lain yang terjadi. Daripada hari Jumaat lepas sibuk mencari-cari kontraktor elektrikal kelas A( elektrik kelas 1) sampaikan makan minum belajar semua terabai sekejap. Maklumlah orang baru. Contact satu pun tiada, yang ada pun orang atas orang so terpaksalah minta tolong ramai orang yang mempunyai contact dengan mana-mana company kontraktor , inilah antara salah satu cabarannya tapi tak mengapa ku gagahkan diri.

Fight punya fight rasanya dah lebih 10 company yang berjaya dapat respon tapi hari demi hari satu demi satu company menarik diri kerana tidak mampu dari segi kewangan, sesetengahnya buat hal contohnya cancel meeting cancel appoinment cancel itu cancel ini dan bermacam-macam lagi alasan yang diberi adakah ini ATTITUDE company melayu?? Patot pon kaum lain pantas bergerak ke hadapan tapi yang sebangsa pula undur ke belakang adakah mereka tidak mengerti apa itu PELUANG??

Peluang yang baik tak datang dua kali - opportunity doesn't comes twice - macam itulah bunyiknya dalam English kalau tak salah grammar aku lah ahahaa dan satu lagi PELUANG yang baik takkan lama jadi jangan ditunggu lagi grab it while its still hot!! . Jadi, disebabkan aku pegang kepada ayat inilah yang membuatkan aku sanggup berhempas-pulas, mungkin rezekiku ada di sini namun tak siapa yang tahu, hanya yang Maha Esa sahaja Maha Mengetahui kita sebagai insan hanya mampu berusaha beriktiar berdoa dan akhirnya bertawakal kepadaNya. Ya Allah, sesungguhnya aku bertawakal kepadaMu. Engkau yang Maha Besar Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kesimpulannya, aku dah sangat2 penat sangat exhausted dalam 2 3 hari ni termasuklah family aku yang banyak menolong dan parent aku yang tak henti-henti berdoa agar dimurahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Terima kasih.

Apa-apa pun thanks Syah bagi aku peluang ni, aku dah buat yang terbaik dan yang terdaya, but sometimes the BEST is not ENOUGH kan? Hope kalau ada lagi peluang macam ni lagi, "kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan" erk betol ke ni??

Baiklah, sampai sini sahaja entri kali ini. I NEED SOME REST...i mean lot of rest.
Kalau ada sesiapa yang terbaca blog ni harap jangan lupa tinggalkan komen. Terima Kasih.

Sincerely,
Asraf Mahmud,
Keramat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails