Tuesday, December 15, 2009

Sila Komen...

Apa?

Takleh komen??

Biar betul?

Syah kata ada sedikit masalah untuk tinggalkan komen kat blog AkuKertasPutih. Katanya masalah 'script' so takleh nak tinggalkan komen. Sebelum2 ni ada je org lain yang tinggalkan komen walaupun tak bykla kan...tak tahulah apa masalahnya. Nak senang cerita, aku dah ubah setting utk comment. InsyaAllah lepas ni lebih senang orang nak tinggalkan apa-apa komen.

Terima kasih.

Mas kAhwin - Duit Hantaran


Mas kahwin dah naik, dari RM80 ke RM300.

Terfikir, berapa pulak duit hantaran yang sesuai nanti? Kebiasaannya, RM7000-RM15000. Orang kata disebabkan mas kahwin dinaikkan sedikit maka dengan itu duit hantaran dikurangkan sedikit, patutkah? Atau yang sebenarnya, kenaikan mas kahwin langsung tidak memberi kesan, "apalah sangat RM300 tuh, kalau duit hantaran beribu2 boleh dicari nikan pulak RM300?" bak kata seorang blogger. Ada logiknya jugak, tapi berlainan pula dengan Nik Aziz, "kenaikan mas kahwin akan meningkatkan anak dara tua". Betulkah?

Apa2 pon mas kahwin dah tetap naik, bagi aku RM300 tu masih munasabah lagi. Duit hantaran pula macam mana? Pernah juga terdengar, dalam suatu majlis pertunangan, yang mana pihak perempuan tidak mengenakan sebarang 'bayaran' duit hantaran. Bestnyelah lelaki tu nanti tak payah bagi duit hantaran. Namun, ramai jugak yang tidak bersetuju, "duit hantaran kene bagi, tu ibarat komitmen si pengantin lelaki, takkan senang2 je nak lepaskan anak dara tanpa sebarang duit hantaran kot".

First time dengar tak payah bagi duit hantaran, mungkin mereka telah mempunyai perancangan yang lebih baik kot, cukuplah kita doakan yang terbaik utk mereka berdua. InsyaAllah ke jinjang pelamin.

p/s : aku plan duit hantaran utk si dia nanti dalam RM10,000-RM15,000 (bergantung kpd dorang jugak). Tak mahal tak murah, sedang2 elok. Biarlah bersederhana walaupun kita mampu bagi yang lebih. Yang lebih penting nanti adalah kehidupan selepas kahwin. Jangan membazir duit yang banyak utk kahwin.

Banggakah kamu? Tak romantik?


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”


Kalau di depan orang lain pon dah berani dan bangga (tak hormat), macam mana pulaklah di belakang orang? Apa yang korang buat di belakang orang? Aku tak tau tapi Allah tau! Bangga sangat ke korang berkepit tuh? Apa, ingat orang lain anggap korang ni romantiklah ye? Orang lagi menyampah lagi adalah. Orang yang dah kahwin pon tak macam korang. Hormatlah sikit orang sekeliling. Kita ni kerdil je, suro masuk syurga kata tak layak, suro masuk neraka taknak pulak..jadi, apa yang korang nak?

Firman Allah dalam surah Ali 'Imran 135-136: (maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Allah berfirman lagi: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya- dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain. Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).

Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: (maksudnya) Khabarkanlah kepada hamba-hamba- Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan) .

Monday, December 14, 2009

Hakikat Penyakit Riak.

Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6, maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

Alhamdulillah… Terima kasih kepada semua pelawat laman web kami ini kerana sudi melawat dan memberikan komen yang bernas anda. Sokongan anda amat kami hargai. Semoga usaha dakwah kami menerusi laman maya ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan manfaatnya dapat di ambil oleh semua, Insyaallah….

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1- Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )
Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;

1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk
kelebihan kepada orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur
dan suka berpura-pura.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan
adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;


1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan
hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri
agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan
Allah pada hari akhirat kelak.
3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa
kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.
5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk
menghampirkan diri kepada Allah.
6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan
sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong
dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.
Wallahua’lam.

(Tulisan : Ustaz Syukri Yusuf)

Ikhlas ke tak ikhlas ni? - Part II



Hari ini...
Ada orang yang pergi menunaikan solat jemaah di masjid2 ...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Hari ini...
Ada orang yang berpuasa sunat...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Hari ini...
Ada orang rajin pergi ke majlis2 agama...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Hari ini...
Ada orang rajin membaca Al-Quran...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Hari ini...
Ada orang rajin melakukan solat sunat...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Hari ini...
Ada orang suka bersedekah...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Hari ini...
Ada orang yang gemar menyampaikan ilmu...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Hari ini...
Ada orang gemar mengajar...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Hari ini...
Ada orang yang berkejar-kejar melakukan ibadat sunat...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya ibadat wajib ditinggal-tinggalkan.

Hari ini...
Ramai orang yang melakukan amal ibadah...cantik sekali, bagus sekali di pandangan manusia...tetapi malangnya...sungguh hina di sisi Allah s.w.t....kerana apa? Kerana amal ibadahnya bukanlah kerana Allah s.w.t. tetapi kerana RIAK semata-mata.

Riak?

Apa yang dimaksudkan dengan riak?

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6, maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

Adakah orang yang mengkhabarkan amal ibadah yang telah dilakukan kepada orang lain dianggap riak?? Antara ikhlas melakukan ibadah dan riak, ikhlas memang sukar diperolehi, tetapi riak senang sekali. Sentiasalah mohon keampunan dan petunjuk daripada Allah s.w.t. Dalam perkara-perkara tertentu, dibenarkan untuk kita menceritakan amalan-amalan kita.
Antaranya (menurut pendapat ulama) :

1. Untuk
menunjukkan / menzahirkan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t. Contohnya:

"Alhamdulillah ALLAH swt telah beri taufiq untuk saya solat di mesjid"
"Alhamdulillah ALLAH swt telah mudahkan saya untuk memandikan mayat. Tangan ini telah mandikan lebih dari 3 jenazah"

2. Sebagai
pendorong / galakan / targheeb untuk orang lain mencontohi dan juga tarheeb (ancaman / amaran) agar orang jauhi dari buat perkara yang dilarang. Contohnya:

"Puasa 6 selepas puasa Ramadhan itu byk kebaikan. Saya dah mula puasa. Awak pun puasa sama-sama lah"
"Alhamdulillah saya dah pergi naik haji dua tahun lepas. Tak susah... simpanlah duit sikit-sikit, insya ALLAH awak pun boleh"

3. Untuk
mengajar (sebagai pengajaran). Contohnya:

"Alhamdulillah saya tunaikan haji 2 tahun lepas. Di sana kita perlu disiplinkan diri dan jauhkan dari melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa haji. Contohnya... tak boleh ... etc... etc"
"Semasa saya belajar di madrasah tahfiz alQuran, kami digalakkan untuk makan kismis, ... dsbnya... untuk bantu menguatkan ingatan. Juga kami disuruh menjaga mata dari melihat perkara-perkara yang haram."

4. Untuk
mengelakkan fitnah. Contohnya:

"Saya dah bayar zakat pendapatan yang difardhukan ke atas saya bagi tahun ini. Alhamdulillah"

Mungkin orang lain yang mengkaji dengan lebih mendalam dan terperinci boleh senaraikan keadaan-keadaan lain yang dibenarkan oleh agama. Untuk perkara-perkara yang lain eloklah tidak diceritakan amalan kita untuk menjaga keikhlasan hati. Antara ikhlas melakukan ibadah dan riak, ikhlas memang sukar diperolehi, tetapi riak senang sekali. Semuanya bergantung kepada niat, niat baik baiklah jadinya niat buruk, buruklah jadinya tetapi harus diingat sifat riak itu mudah muncul dalam diri kita, kita bukan kuat sangat jangan mencabar iman. Dikhuatiri amalan yang asalnya ikhlas akan jadi sia-sia akibat ucapan dari mulut. Seelok-eloknya amal ibadah yang dilakukan tidak dihebah-hebahkan untuk menjaga keikhlasan hati dan mengelakkan fitnah dari mulut orang lain. Takut kita dituduh riak dan menunjuk-nunjuk. Senang cerita tepuklah dada, tanyalah iman!



Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

Majlis POTONG!! (Majlis Berkhatan) & Misteri Bangsa Melayu!!


Salam.

Semenjak-menjak ni takde idea pulak yang datang. Dah berapa banyak kali 'backspace' ditekan-tekan namun tak muncul jugak idea. Perlukan idea baru boleh menaip? atau pun taip je nanti muncullah idea? Hmm kalau diikutkan, idea datang dulu baru kita boleh start menaip, tapi kali ni aku pilih cara yang kedua tadi, taip je dulu nanti idea datang kemudian (harap-haraplah).

Hari ni tak sebosan yang aku jangkakan, dalam pukul 10 pagi tadi aku & Syah dah bergegas ke balai raya Au2, Taman Keramat. Haa....pagi2 ni dah ada majlis berkhatan beramai2. Seramai 30 orang kanak-kanak yang terlibat, SUDAH POTONG? kalau belum potong kita KASI POTONG!! kehkehkeh....Sempat jugaklah aku tengok sampai habis sorang budak nih, budak ni dikhatankan oleh member kitorang jugak, Abg Baha yang baru shj bergelar suami pada 21hb November yang lepas. Abg Baha ni jugak adalah 'bos' kepada Syah n Kak Emi, dorang panggil abg Baha ni 'Tuan Baha', panggilan rasmi mereka selaku pegawai Emergency Medical Technician (EMT). Kalau nak tahu apa itu EMT haa bolehlah tekan sini.

Jadi, ini adalah pengalaman pertama aku tengok budak2 sunat, ada yang 'cool' je tapi ada jugak yang menggelabah dan takut2. Selamatlah aku boleh tahan tengok darah kalau tak, tak tahulah haha tapi yang tak bestnya kitorang tak bawak camera, kamera masing2 dipinjam oleh orang lain jadi takde gambar2 menarik yang aku boleh kongsikan dengan korang kali ni.

Mmm..kalau diikutkan kata Syah budak kali ni tak banyak meragam macam biasa, selalunya akan huru-hara jugakla dengan jeritan dan tangisan budak2 kene sunat.

Kitorang datang tak lama dalam sejam lebih je ada, kemudian kitorang pergi 'breakfast' kejap walaupun time tu dah nak dekat pukul 12 tengahari. Dalam, pukul 1230 tenghari tu kitorang lalu depan balai raya tapi tengok khemah kat luar tu dah takde orang, yang tinggal hanya orang2 yang bertugas je, maybe mak bapak semua dah balik ke rumah masing2.

Hari ni jugak aku sempat membaca artikel bertajuk ASAL-USUL BANGSA MELAYU, artikel ni ada 7 chapter kesemuanya dan mempunyai lebih 200 mukasurat!! Sekarang ni aku baru sempat menghabiskan 80 mukasurat, itu pun dah banyak perkara misteri yang aku jumpa dan pelbagai persoalan yang timbul. Antara persoalan yang sedang bermain dalam benak fikiran aku sejak dari tadi adalah :

1. Apakah bentuk teknologi yang wujud pada zaman sebelum banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. dahulu??
2. Betulkah Gunung Ledang adalah Gunung Ophir yang disebut2 itu??
3. Betulkah sejarah bangsa Melayu telah diubah??
4. Apakah kisah sebenar yang telah terjadi pada isteri ketiga Nabi Ibrahim itu??



Pengembaraan baru sahaja bermula, panjang lagi ni kene baca. Nanti kalau aku rajin aku selitkan sikit maklumat2 yang menarik, itupun kalau rajinlah. Siapa2 yang berminat boleh beritahu aku, aku boleh forwardkan kat korang. Okaylah cukup setakat itu sahaja kisah diri ini.

Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

Thursday, December 10, 2009

Bismillah - Yassin (cover)

Haha ni adalah video main-main yang kitorang record hari tu. Sila baca ini!
Lagu Bismillah - Singer : Syah, Guitarist : Yidzak Selamat, Cameraman : Asraf.



Next time kitorang akan record video yang lebih baik dan berkualiti!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails