Mas kahwin dah naik, dari RM80 ke RM300.
Terfikir, berapa pulak duit hantaran yang sesuai nanti? Kebiasaannya, RM7000-RM15000. Orang kata disebabkan mas kahwin dinaikkan sedikit maka dengan itu duit hantaran dikurangkan sedikit, patutkah? Atau yang sebenarnya, kenaikan mas kahwin langsung tidak memberi kesan, "apalah sangat RM300 tuh, kalau duit hantaran beribu2 boleh dicari nikan pulak RM300?" bak kata seorang blogger. Ada logiknya jugak, tapi berlainan pula dengan Nik Aziz, "kenaikan mas kahwin akan meningkatkan anak dara tua". Betulkah?
Apa2 pon mas kahwin dah tetap naik, bagi aku RM300 tu masih munasabah lagi. Duit hantaran pula macam mana? Pernah juga terdengar, dalam suatu majlis pertunangan, yang mana pihak perempuan tidak mengenakan sebarang 'bayaran' duit hantaran. Bestnyelah lelaki tu nanti tak payah bagi duit hantaran. Namun, ramai jugak yang tidak bersetuju, "duit hantaran kene bagi, tu ibarat komitmen si pengantin lelaki, takkan senang2 je nak lepaskan anak dara tanpa sebarang duit hantaran kot".
First time dengar tak payah bagi duit hantaran, mungkin mereka telah mempunyai perancangan yang lebih baik kot, cukuplah kita doakan yang terbaik utk mereka berdua. InsyaAllah ke jinjang pelamin.
p/s : aku plan duit hantaran utk si dia nanti dalam RM10,000-RM15,000 (bergantung kpd dorang jugak). Tak mahal tak murah, sedang2 elok. Biarlah bersederhana walaupun kita mampu bagi yang lebih. Yang lebih penting nanti adalah kehidupan selepas kahwin. Jangan membazir duit yang banyak utk kahwin.
5 comments:
huhu
rm300 tu dh ok sangat bagi aku.senang cite cmnila, sepatutnya ada komunikasi dan pemahaman antara dua2 keluarga, especially bab hantaran. pertama, jangan caj kaw2 wahai ibu2. korang bukan nak jual anak.kedua,yg jantan jgnla sesedap rase mintak rendah kaw2 pulak.ingat senang mak nak besarkan anak dara dia?walaupun korang dah kawin dengan pompuan tu,belum tentu korang akan jaga dia dengan baik dan tak curang. Sedangkan kalau mak dia, tak kira apapun yang jadi,itulah nyawa yang akan selalu dijaga dan ditatang sampai mati.so,fikir2kanla.duduk kat kl pun semua benda dah makin mahal beb.takkan nak ajak orang datang kenduri makan megi dengan air perigi lak!
testing2..ha commentla byk2
salam asraf, dah berapa lama tunggu, asyik tak ley komen jek. Nanti ada idea sy komen byk2
Wslm.
Mintak maaflah sebab problem ni. Tak perasan pulak tak boleh tinggalkan komen hehe. Ni dah ubah setting, alhamdulillah boleh. Sila2lah tinggalkan komen lagi okay. Terima kasih sudi lawat blog tak seberapa nih. InsyaAllah saya pon akan turut sama berikan komen2 kat blog anda.
Post a Comment