Maaf saya tidak sempat update blog ni walaupun sudah pulang ke tanah air pada hari Ahad yang lepas. Balik-balik je Malaysia dah ada macam-macam hal perlu diuruskan sampai hilang mood untuk update blog mengenai trip ke Singapura tempoh hari. Nanti saya akan update tentang trip Singapura berserta dengan gambar-gambarnya sekali.
Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa, boleh dikira sebagai penutup tahun 2009 sebabnya hari ni 29/12/2009 merupakan tarikh lahirnya seorang baby girl daripada pasangan Radzi dan juga Nurzatul Hakimah (akak-ku). Bertempat di Hospital Serdang, lebih kurang pada pukul 9 lebih sebentar tadi bayi ini selamat dilahirkan dan kelahiran ini juga menjadikan jumlah anak buah saya sekarang adalah seramai 7 orang (4 lelaki dan 3 perempuan) hahahahaaha.....seronok2!! Tambah lagi tambah lagi!
Tahniah Abg Radzi dan Nurzatul kerana telah bergelar ibu bapa!! Jadilah ibu bapa yang baik dan bagus okay! Tahun depan sila tambah anak lagi haha...
Okaylah hari ni sangat2 penat, perlu masuk tidur dulu...ZZzzz......
1 comment:
salam
tahniah di atas kelahiran orang baru, semoga anak ini menjadi anak yg solehah
Post a Comment