Monday, December 7, 2009

Hari 'Art of the Generals' !! Mari BOM!!


Salam

Ahad - 6hb Disember 2009

Fuhh...hari ni pagi2 lagi dah bergerak ke ofis untuk demo board game dgn Uncle Tajodin dan trainer2 yang lain. Pukul 945pg aku dah sampai di ofis tapi yang 'bestnyer' dari malam semalam lagi aku tunggu Syah confirmkan masa dgn aku sampai tertido jadinye, so pukul 915pg td baru Syah call bgtau appointment pagi ni pukul 945pg. Haa..terkejar2 aku bersiap dalam masa kurang dari setengah jam sampai tak sempat nak sarapan makanan yang mak aku dah masak pagi2. Selamatlah aku dah ready-kan awal2 baju untuk hari ni so dapat cepat sikit bersiap.

Elok-elok aku sampai tepat pukul 945pg, time tu semua org dah ada tapi selamat belum start lagi. Dorang baru minum2 makan2. Syah pulak last minit bgtau tak dapat datang sebab asma katanya takpelah aku ok je lagipun sebelum ni pernah buat demo game jugak untuk board game Puteri Gunung Ledang dgn trainer2 yang sama so dah kenal sikit2.

Untuk board game 'Art of the Generals' ni kitorang 1st time main agak kelam kabut jugakla tadi haha tak ingat rules game ni sangat. Board game 'Art of the Generals' ni dicipta sendiri oleh Tuan Hj Tajodin Hj Sanusi (ayah kepada Syah, Kak Emi & Eyzrine), Uncle Tajodin ni dah involve dalam training2 ni dah lebih 10 tahun kalau tak silap aku. Seorang yang sangat berkaliber, sangat confidence, sangat berpengetahuan serta nampak segak & sihat lagi walaupun umurnya dah lebih 60 tahun. Banyak pengalamannya, kat bawah ni aku sertakan sedikit latar belakang Uncle Tajodin yang aku petik daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai :

Haji Tajodin Haji Sanusi [MBA (Bath), B.Econs (La Trobe)] MMIM, MIM-CPT started his career in The Fisheries Board. There, he did the planning and implementation of several fisheries projects throughout Malaysia. He joined Guthrie Malaysia Holdings as a Product Manager, in charge of consumer goods. During his tenure there, he obtained his practical experience in sales, marketing and customer service.

Between 1978 to 1989, he switched industry and became the General Manager of Selangor Properties Berhad. He was instrumental in the development and marketing of Pusat Bandar Damansara, a commercial complex costing RM215 million. In 1989, he started his own real estate agency, which is still in operation until today.

A versatile trainer, he is competent to deliver in Bahasa Malaysia and English, both indoor sessions and outdoor jungle setting. The several management game and experiential learning exercises, which he designed, help participants learn while having fun. He has also been a part-time lecturer for degree and master programmes at several institutions: RMIT University Melbourne, Bath University UK, Maastricht University the Netherlands. He is currently pursuing his PhD in Business Administration (researching on Entrepreneurship) at Open University Malaysia on a part-time basis. His mission in life is
"TO HELP OTHERS DEVELOP THEMSELVES".

Okay, cukuplah setakat ni aku nak korang tengok gambar2 di bawah ni pulak.


Sebelum start kita makan dulu!!



Uncle Tajodin berbaju merah sedang memberi sedikit briefing untuk board game 'Art Of the Generals'



Eyzrine dan Kak Emi


Peta 'Art of the Generals'


Budak kecik ni yang menang! Dapat conquer 3 benua. Aku dapat 1 benua je tu pun sebab kene BOM seawal permainan bermula oleh Uncle yang 'kejam' hehe jangan marah Uncle kahkah..Tak aci!!


Eyzrine (merah), Kak Emi (biru), Uncle 'kejam' (hitam), Aku (putih suci).



Sesi feedback selepas tamat game, masing2 tergelak sebab semua main jahat nak BOM orang je kejenye..haha




Tuan Hj Tajodin Hj Sanusi (antara orang yang aku respect sgt dan secara tak langsung menjadi mentor tak rasmi aku, aku anggap dia macam ayah aku jugak)


Encik Zainuddin (berkemeja putih), tak silap aku dialah yang buat Kamus Nilai kat bawah ni




Ni la KAMUS NILAI yang aku cakap tadi, 1st time jumpa kamus ni. Kamus ni mengandungi 9500 koleksi nilai positif & negatif. Banyak kan? Tapi berapa ramai yang dapat kenal pasti nilai diri sendiri dan berjaya praktikkan dalam kehidupan seharian?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Utk game 'Art of the Generals' ni aku dapat banyak jugak pengajaran, di antaranya adalah :

1. Untuk menang, kita tak perlu sakitkan hati (BOM) orang lain. Sama jugak dalam life kita, nak kaya ke nak berjaya ke tak salah, tapi jangan tindas dan sakitkan hati orang lain. Jadilah orang yang BERJAYA + DISAYANGI berbanding BERJAYA tapi DIBENCI orang. Utk gambaran yg lebih luas contohnya, USA amatlah berkuasa di dunia tetapi negara mereka sangat2lah dibenci orang kerana banyak menyakitkan pihak lain. Berperang dan mengebom Iraq adalah satu tindakan yang bodoh dan tidak perlu. Mereka hidup di atas muka bumi ini dengan penuh sifat angkuh, sombong dan bongkak.

2. Untuk conquer satu2 perkara contohnya pegangan saham kita tidak perlu menguasai sepenuhnya 100% cukuplah sekadar simple majority at least 60%. Tak lebih tak kurang, kita buka persaingan kepada pihak lain barulah sihat dan tak dibenci orang.

3. Jahat akan dibalas jahat, baik akan dibalas baik. Itulah lumrah manusia tapi kalau org lain buat jahat dgn kita seboleh2nya kita balas dengan benda baik jugak tu pun kalau boleh. Teringat satu ayat daripada seorang rakan dalam satu organisasi bebas yang sudah aku tinggalkan, berbunyik "Baiknya tu, kalau ada orang tikam kita dengan pisau, kita tarik balik pisau tu keluar dan beri semula kepada orang tu sambil ucapkan Terima Kasih banyak2". Haa..amacam boleh buat tak kita? haha...

4. Fokus dengan MISI & VISI. Jangan terpengaruh/beremosi dengan perkara yang remeh temeh di luar sana. "JUST DO OUR PART!" bak kata aku kehkeh.

5. Bila ada masalah, kita praktikkan Re-PLAN, Re-ORGANISE & Re-BUILD (3R).

-----------------------------------------------------------

Oklah, setakat tu je aku nak kongsi banyak lagi sebenarnya tapi penat aku nak tulis semuanya. Ni pun dah pukul berapa nih, haa pukul 4pagi dah. Aku dah mengantok, nak tido, kang Subuh gajah aku esok pagi kalau tak tido lagi.

Bye!

2 comments:

cik erin said...

huwaa 'kecik' la sgt. hahah.
tapi serius sgt best.
lain time main lg jum! ;)

Salik said...

no hal..hahah tapi jangan main bom2 la ahaahhaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails