Tuesday, December 8, 2009

Penangan Restoran Mamakkk!!


Salam.

Untungnya restoran mamak, setiap hari ada sahaja pelanggan yang datang berkunjung. Tak kesahlah yang muda, tua, perempuan atau lelaki, miskin mahupun yang kaya semuanya datang ke restoran mamak yang adakalanya bukan mamak pon kadang2 melayu tapi yang ditakuti kalau restoran itu bukan mamak sebaliknya Hindu...nampak dari jauh sebijik macam restoran mamak tapi bila dah sampai baru tahu siapa owner-nye.

Hati-hati sebelum berkunjung, pastikan restoran itu betol2 mamak (Islam).

Ada jugak restoran mamak 'palsu', tauke & pekerjanya sama2 menyamar seperti seorang muslim, bila ditanya "you Islam ke"..mula terkebil2 menjawab jawab soalan...ada juga pemilik kedai (menyamarIslam) yang dengan sengaja meletakkan frame ayat2 suci Al-Quran di kaunter pembayaran untuk mengaburi mata pengunjung muslim.

Celaka mereka ini!

Tapi untuk entri kali ini, aku bukan ingin menyentuh isu tentang perkara di atas tetapi ingin menyentuh sedikit tentang 'penangan' restoran mamak ini sehingga dapat menarik ramai pengunjung? Melepak, makan & minum, tengok bola, tengok Nur Kasih, even yang tengok AF di kedai mamak pun ada, ianya sudah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Tak kira kaum, semua gila nak menikmati air tangan-kaki mamak. Kadang-kadang lebih banyak merasa air bulu-tangan mamak berbanding air tangan isteri atau ibu sendiri haha.

Apa rahsianya??

Rakyat Malaysia majoritinya gemar mengunjungi restoran-restoran mamak walaupun terdapat banyaknya kes-kes 'tidak bersih', namun tidak ada tanda-tanda lagi yg menunjukkan rakyat Malaysia akan berhenti mengunjungi restoran2 mamak ini. Apa yang bestnya restoran mamak ini?

Ini adalah antara pendapat-pendapat orang ramai :

1. Servis cepat!
2. Macam-macam ada (yang takde pon dia kate ade)
3. Mamak patuh je arahan (order), mintak lighter boleh, mintak tisu boleh, mintak kaki pon boleh
4. Ada TV/Skrin besar (tengok bola)
5. Sedap jugak! (tengok kakilah)
6. Kari MANTOP!
7. Mamak amik order tak payah tengok menu pon, semua menu ada dalam kepala dia sebut aje!
8. Mamak amik order customer tak payah salin pon, salin dalam kepala juge!! (kadang2 salah hantar jugak)
9. Ada 'pelaris' tu yang laris tuh (rendam spender kahkah)
10. Lagi happening! ramai orang
11. Dapat jumpa member2 lain yang melepak di tempat yg sama
12. Tolong tambah sendiri...

Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails