Kahwin.
Anda sudah kahwin?
1. Belum? Nanti nak kahwin kat mana? Di dewan atau rumah?
2. Sudah kahwin? Dulu kahwin kat dewan atau rumah?
Dulu, abang 1st (rumah), abang 2nd (rumah), kakak 4th (dewan), kakak 3rd(bakal buat di dewan juga). Tertanya-tanya, tempat mana yang paling sesuai untuk mengadakan kenduri kahwin? Dewan atau rumah? Kedua-duanya ada PRO & CON. Bergantung juga samada di kawasan kampung ataupun bandar, suasana kedua-duanya sudah pasti berlainan.
Di bawah ini saya senaraikan antara PRO & CON kahwin di dewan ataupun di rumah pengantin. Jika anda mempunyai 'point2' yang lain silalah tambahkan, tulis dalam komen anda. Terima kasih.
Dewan (PRO) :
1. Lebih selesa (aircond,luas,sejuk).
2. Senang untuk parking.
3. Selalunya guna catering.
4. Ahli keluarga relax je tak payah buat kerja.
5. Jiran-jiran tak payah tolong apa2, semuanya beres.
6. Selalunya ada organiser yang aturkan majlis.
7. Suasana lebih terkawal.
8. Kalau ada apa2 masalah senang nak refer, kalau ada salah pun senang kita nak cari untuk marah sbb ada organizer.
9. Risiko kes2 kecurian rendah. (Selamat sikit)
10. Tak payah kemas rumah beriya-iya sangat.
Dewan (CON) :
1. Mahal (tapi kalau ada duit banyak jalan je)
2. Tak meriah.
3. Jumlah jemputan mungkin terbatas.
4. Tak mengeratkan silaturrahim.
5. Tempoh masa kenduri terbatas pada waktu yang telah ditetapkan.
6. Selalunya dewan terletak lebih jauh dari rumah.
7. Kesukaran untuk orang mencari lokasi dewan(selalu tahu pergi rumah je)
Rumah (PRO) :
1. Murah (jimat)
2. Sangat meriah.
3. Eratkan silaturrahim.
4. Kenduri habis tak tentu masa, selagi ada tetamu selagi itulah ON.
5. Kadang2 ada yang guna catering.
6. Rumah, senang nak cari tak macam dewan.
7. Kenduri depan rumah je dekat.
Rumah (CON) :
1. Parking susah giler.
2. Kereta2 tetamu selalu block depan rumah jiran dengan selambernye.
3. Jiran2 maki hamun dalam hati ataupun kuat2 (hilang berkat kenduri sbb dah nyusahkan jiran2)
4. Mungkin kurang selesa (panas, crowded dan sbgnya)
5. Kalau masak sendiri sudah tentu jiran2 atau ahli keluarga terdekat terpaksa memasak (kesian dorang,penat)
6. Kalau salah masak atau masak tak sedap takkan nak marah jiran2/sedara mara yang tolong masak tadi?
7. Risiko untuk berlaku kecurian adalah tinggi (selalu jadi nih)
8. Selalunya sebelum dan selepas kenduri kitalah yang kene kemaskan (termasuk rumah dan juga khemah)
9. Khemah kenduri menghalang laluan keluar masuk kereta jiran sebelum dan selepas kenduri. (kene maki lagi)
10. Semua orang nak tgk pengantin bersanding dalam rumah (boleh bayangkanlah panas dan penuhnya orang dalam rumah tu nanti). Sekarang ramai yang dah pasang pelamin bawah khemah kat luar rumah.
11. Cukuplah tu...korang sambung pulak.
Cukuplah setakat itu, aku pasti korang lebih banyak tahu daripada aku. Jadi, tolong sambung lagi mana-mana yang patut. Sesiapa yang belum mendirikan rumah-tangga tuh, korang pilihlah mana-mana yang sesuai mengikut kemampuan dan keselesaan diri-sendiri dan orang lain juga. Jadikan hari persandingan korang nanti hari yang penuh berkat dan dihindari daripada sabarang kesulitan dan keburukan. Dan..ingat, jangan jadikan hari itu nanti, Hari Pembaziran. Sama-sama kita beringat.
p/s : Macam mana lah keadaan majlis kahwin aku nanti yek? Okay ke tak? Kat dewan ke kat rumah? Hehe..
(Sumber gambar : obefiend.blogspot.com)
4 comments:
bro...nice info...but better you link the source of the picture :)
takut nanti ada empunya pic tu bising sebab tak bagi kredit kat dia... hehe
haah kan..lupe pulak gambar pon kene bg kredit gak...okeh2 aku dah letak sumber...thanks bro...
aku sokong lebih pada dewan,memandangkan kita pun duduk kat kl kan.situasi dia cmni-kalau di kampung,masyarakatnya akan terasa hati kalau kita tak jemput diorang masa rewang lg.diorang bukan pikir nak makan2 je.sdgkan di kl ni,jiran2 semuanya ada komitmen tersendiri.diorang mungkin takkan menolak bila kita mintak tlg,tp hati diorang mesti berat sebenarnya.psl hal tutup jalan pulak,dari segi keberkatan,memang hancurla kalau ada jiran yang menyumpah.dr segi law pulak,kalau kerana tutup jalan tu ambulans tak bole lalu atau eksiden terjadi,org ramai tetap bole saman keluarga pengantin.kdg2 kita akan jwb,'ala,dah majlis perbandaran pun bagi'.tp kita kena ingat,ada kemungkinan majlis perbandaran pun akan turut disaman,dan diorang bole kalah saman tu.senang cite,tgk keadaan sekeliling.kat mana kita tinggal,mcm tu la adat dan budaya yg kita ikut.kalau org badwi tinggal di USA,takkan nak buat kenduri kawin sambil lepaskan tembakan ke udara macam kat kampung diorang jgk.maunya semua ahli keluarga pengantin tidur dalam jel.mcm tu la jgk dengan kita.wallahu a'alam.
aku pon lenih prefer dewan.
Post a Comment