Wednesday, December 9, 2009

'Sup Babi' HALAL??


Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di Kuala Lumpur, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia.

"Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren. BERNAMA


Terkejut dengan tajuk akhbar hari ini "Bak Kut Teh Halal". Bila sudah dibaca barulah faham bahawa yang ramuan2 yang digunakan adalah halal-halal belaka. Namun satu persoalan timbul, tiada nama lainkah yang boleh digunakan untuk menggantikan nama Bak Kut Teh itu, ini adalah kerana nama Bak Kut Teh itu sendiri adalah bermaksud Sup Babi, jadi ianya akan berbunyi Sup Babi Halal kah??

Seelok-eloknya nama itu ditukarkan kepada nama yang lebih elok lagi untuk kesejahteraan umat Islam. Takut-takut kelak akan timbul pula kesulitan akibat nama seperti ini.
Tetapi apabila menjenguk sesetengah forum, ada juga di kalangan kita ini yang menyokong nama seperti ini dan dikatakan bahawa orang yang tidak boleh terima nama seperti ini adalah orang yang jumud dan berfikiran negatif. Mereka mengatakan bahawa Bak Kut Teh itu bukan sup babi, ianya bermaksud SUP. Isu ini bakal disingkap '360' pada 16 Disember akan datang. Musti Tuntun.

Sila layari Blog Bro Mazidul ini.

Contoh respon dalam satu forum :

apa yg nak dimarah sgt zul...diaorang pun dah bg tahu bahwa bah kut teh halal nih adalah satu resepi yg diolah kan dari pengunaan daging ...mereka akan mengunakan daging yg halal seperti daging lembu..dan ramuan2 yg digunakan adalah ramuan yg disah halalnye itu...pengantian ramuan2 inin ditambah lg dgn pengunaan rempah ratus (seperti masak sup yg halal..)..hanya pengunaan nama bah kut teh itu sahaja yg menjadikan kekeliruan terjadi(sbb mentaliti rakyat malaysia skrg ini dah menjadikan bahawa nama bah kut teh ini adalah dari unsur2 babi...)jgn terlampau juumud sgt....fikirkan yg positif.....(jd pg lah tengok sendiri dimana diorang nih nak buat bah kut teh halal nih....)

Adakah Bak Kut Teh ini bererti Sup Babi atau Sup Herba shj??


Bak Kut Teh atau dada babi (pork spareribs) yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat. Pelbagai jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina. Pada masa kini terdapat karung Teh Bak Kut, yang mengandungi semua ramuan yang diperlukan. Ini memudahkan penyediaan Bak Kut Teh. Bak Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan, atau makan tengahari. (Wikipedia)

Wallahualam.

Saya akan update lagi tentang isu ini kemudian. Jika ada sebarang maklumat sila tinggalkan komen anda. Terima Kasih.


Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails