Thursday, March 25, 2010

Irfan Khairi : Bila kena kutuk, apa nak buat?

Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.

Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:

Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…

  1. Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar! :)
  2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
  3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai.Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang akan dapat lihat sendiri).

Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.

Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.

Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.

Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :)

Pendapat Anda?

(Kredit to irfankhairi.com)

Mentor Jutawan: Billi Lim, Jutawan Berani Gagal (Tip Satu Minit Irfan Khairi)

Majoriti daripada kita pernah mengalami kegagalan. Lebih daripada 90% antara kita pernah mengalami kegagalan in one way or another. Apa yang membezakan mereka yang gagal & mereka yang berjaya disimpulkan oleh Mentor Jutawan, “Guru kegagalan”, Billi Lim

===================

Billi, boleh jelaskan how to use failure as a stepping stone towards success?

Billi Lim: Pada saya ‘When you lose, don’t lose the lesson’. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab ‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

===================

Selain daripada nasihat-nasihat Billi Lim mengenai kegagalan, dalam Mentor Jutawan, ada berbagai-bagai kisah kegagalan Jutawan-jutawan di dedahkan. Dan bagaimana mereka menyusun strategi, yang anda sendiri boleh ikut, untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimana saya gagal dalam perniagaan Internet, bagaimana Azizi Ali gagal dalam perniagaan kedai muziknya, bagaimana Chef Li gagal dalam 2 perniagaan makanannya!

Apa kata jadikan kisah-kisah kegagalan ini sebagai sumber inspirasi & motivasi untuk anda capai kejayaan anda juga.

Untuk mendapatkan Mentor Jutawan, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor Rugi siapa tak memilikinya!

Pendapat Anda?

(Kredit : irfankhairi.com)

Tuesday, March 23, 2010

Ini pilihanku....


Kejayaan.

Semua orang inginkan kejayaan, tidak kiralah apa jua jenis kejayaan, berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam pelajaran, berjaya menghadapi dugaan, berjaya memenangi suatu pertandingan, berjaya menawan hati, berjaya membuat pilihan sendiri dan pelbagai lagi jenis kejayaan.

Namun, definisi sebuah kejayaan bagi setiap individu adalah berbeza-beza mengikut pendapat masing-masing. Mungkin berjaya bagi kita tapi bukan pada orang lain, mungkin berjaya pada mata orang lain tapi bukan pada kita. Untuk sebuah kejayaan yang cemerlang dan abadi, biarlah kita berjaya dengan apa yang kita suka dan minat dan bukannya atas dasar sesuatu mahupun orang lain.

Hidup ini mempunyai pelbagai pilihan dan memilih itu adalah hak kita, pilihan kita menentukan hidup kita. Jangan biarkan orang lain yang memilih dan menentukan hidup kita. Cuma apa yang penting, berdoalah kepada Yang Maha Esa agar pilihan itu adalah pilihan terbaik buat kita. Biarlah perancangan itu perancangan yang terbaik untuk kita.

Berbalik kepada kejayaan tadi,
sebenarnya perjalanan ke arah suatu kejayaan itu terdapat berbagai-bagai simpang, bukan satu, bukan dua tapi pelbagai lagi simpang dan ingatlah semuanya menuju ke arah kejayaan, mungkin yang berbeza adalah 'jarak', 'masa', 'tenaga' dan mungkin juga 'wang', tapi jika itulah jalan yang kita minat dan suka pasti ianya berbaloi-baloi dan tidak rugi sama sekali.

Buat sesuatu tanpa minat akan membuatkan hidup kita rasa tertekan, dan jika dipaksa lagi, akan lagi tertekan, tertekan dan terus tertekan, akhirnya sampai bila? Tambah lagi jika ianya tidak berbaloi untuk masa hadapan.

Rasulullah pernah berpesan :
"Jangan kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan"

Kita tahu kemampuan dan kekuatan diri masing-masing, jika tahu tidak mampu dan terpaksa tapi teruskan juga bukankah ianya ibarat mencampakkan diri dalam kebinasaan?
Buat sesuatu dengan paksaan tidak akan dapat mencipta suatu kejayaan, jika berjaya pun itu adalah kejayaan yang sia-sia dan sangat hipokrit!

Amatlah susah untuk memasang niat Lillahitaala jika buat sesuatu dengan paksaaan dan sangat tertekan, dan jika bukan niat kerana Allah SWT maka setiap perbuatan itu adalah sia-sia di sisiNya. Jika buat kerana Lillahitaala, maka ia akan meliputi semua perkara temasuklah untuk ibu-bapa.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"
- Al-Ankabut:69

Oleh itu, jangan sempitkan fikiran dengan mengatakan jalan itu sahaja boleh berjaya (Parallel Thinking : ibarat dua garis lurus yang tidak bersentuh namun ke destinasi yang sama). Rezeki Allah SWT itu sangat luas, rezeki ada di mana-mana asalkan kita berdoa, berusaha, berikhtiar, bertawakal serta bertaqwa, itulah janji Yang Maha Pencipta.

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (daripada sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga.”
- Surah at-Talaaq, ayat 2-3

Kejayaan yang hakiki adalah kejayaan di dunia dan di akhirat.

Mengaku kalah? Putus asa?
Tiada istilah mengaku kalah dan putus asa dalam hidup ini, yang ada hanya berundur dan berundur bukan bermakna kita mengaku kalah, kita berundur untuk mengumpul tenaga yang baru dan perancangan yang baru dan mungkin perlukan jalan yang baru, kita berundur untuk melawan balik bukan berundur untuk lari dari perjuangan. Haruslah diingat, masa untuk berundur bukanlah seawal perjuangan, keputusan untuk berundur mestilah setelah usaha sungguh-sungguh dan habis baik, berundur adalah pilihan terakhir dan ingat, memilih adalah hak kita.

Teringat kisah Perang Muktah (kalau tidak silap), Khalid Al-Walid telah mengarahkan semua tentera Islam supaya berundur ke Madinah akibat sudah terlalu ramai yang gugur syahid dan bilangan tentera Rom ketika itu sangatlah ramai berbanding tentera Islam (200,000 : 3000), pengunduran tentera Islam ketika itu bukanlah bermaksud mengaku kalah ataupun putus asa bahkan itu adalah pengunduran yang bermaruah (sesudah berusaha dan secara berperingkat2), Khalid mengundurkan tentera Islam kerana untuk mengumpul semula kekuatan tentera berserta dengan perancangan yang lebih baik untuk menyerang kembali musuh Allah, pengunduran itu bukan bermaksud lari dari medan perang, mengaku kalah mahupun berputus-asa. Namun fitrah manusia, bila berlaku suatu pengunduran itu pasti ada yang akan memandang rendah, menghina dan mencemuh, begitulah juga penduduk Madinah semasa tentera Islam berundur, mereka menghina dan mengejek :

"Saudara sekalian adalah orang-orang yang penakut kerana melarikan diri dari medan perang!"

"Saudara sekalian tidak layak menjadi tentera Islam kerana tidak sanggup syahid di medan perang!"

"Kami tidak mahu menerima kembali orang-orang yang tidak ada semangat jihad!"

Tentera-tentera Islam semuanya bersedih dan tidak mampu berkata apa-apa kerana mereka tahu penduduk Madinah tidak akan faham dan mengerti akan kesukaran yang mereka hadapi dalam medan perang (memang kebiasaan, orang lain akan sukar untuk memahami kesukaran yang kita sedang hadapi). Namun, ejek-ejekan mereka semua terhenti apabila Rasulullah menerangkan kepada penduduk Madinah mengapa tentera berundur.

Begitulah sedikit kisah Perang Muktah dan kisah tentang BERUNDUR.

Sesungguh tidak ada sesiapa yang mahukan kegagalan, berilah mereka peluang dalam jalan mereka sendiri dan berikanlah sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk menentukan hala-tuju mereka masing-masing. Doakan yang terbaik buat mereka agar perjalanan dan pilihan mereka itu mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT, itulah yang sebaik-baiknya dan bukannya mendesak dan memberi tekanan, cubalah fahami kesukaran dan hormati keputusan mereka. InsyaAllah mereka tidak lupa dan tidak lalai untuk mencipta kejayaan buat keluarga tercinta. (mereka di atas adalah penulis)

Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di dunia dan di akhirat dan kehidupan yang abadi adalah kehidupan selepas mati.

Wallahualam.

Sekian.

Sunday, March 21, 2010

Kusut!

Jika :
  • SEMANGAT ------> Tiada.
  • HATI ------> Tiada.
  • MINAT ------> Tiada.
  • KEINGINAN ------> Tiada.
  • BENCI ------> Ada.
  • MENYAMPAH ------> Ada.
  • MELUAT ------> Ada.
  • KEINGINAN ------> Tiada.
  • KEKUATAN ------> Tidak Pasti.
Perlu teruskan?
Pastinya tidak, tetapi....ada 2 perkara yang membuatkan aku MUNGKIN terpaksa meneruskan juga... Haish... Mungkin perlu buat solat istikharah...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

Adakah ini dinamakan perjuangan Ya Allah?
Adakah perjuangan ini yang aku perlu hadapi Ya Allah?
Adakah aku mampu teruskan perjuangan ini Ya Allah?
Adakah aku mampu tamatkan perjuangan ini Ya Allah?

Bukan perjuangan ini yang aku inginkan...
Bukan perjuangan ini yang aku maksudkan...

Perlukah aku?

"Selalunya dugaan itu datang pada waktu yang kita tidak jangkakan dan pada masa itulah pengorbanan diperlukan"

Adakah aku perlu berkorban demi perjuangan yang bukan aku inginkan?

Jadi, perjuangan ini untuk siapa?

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"
- Al-Ankabut:69

Saturday, March 20, 2010

Kisah Pemuda Malas Solat

(Gambar hiasan : ilustrasi1)
Islam itu MUDAH apabila pertama, menjalankan syari'at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak.

Ada tahap yang mesti dilalui:
Mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

"Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita" kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

"Emm..
insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye" jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

"Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?" sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab "Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan".

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut "Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?" Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

"Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya" jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad?" Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”. Ahmad menjawab dengan yakin : “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

(Kredit : rubbertaperz)

20 Fakta Menarik!


1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.

4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km.

8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

9. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

11. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

12. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 km dalam tubuh manusia.

16. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

17. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah.

18. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


19. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur

akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi

satu perkataan.


20. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih

lama daripada mereka yang kidal.

Friday, March 19, 2010

Top 10 - Handguns!

The term handgun usually means a gun meant to be operated by one hand and having a chamber which is integral to the barrel as opposed to the other type of handgun, the revolver, which has a revolving cylinder.


FN-571. FN 57

The Fn 57 is a Belgian made semi automatic pistol manufactured by FN Herstal… The FN 57 is a delayed blowback single action pistol firing a 5.7×2.8mm cartridge. It comes supplied with a 20 round magazine and has an effective range of 50 ms .It is currently supplied with fully adjustable sights or fixed sights.


Beretta-922. Beretta 92

The Beretta 92 is of Italian origin. It fires a 9×19mm Parabellum cartridge. It has been in production since 1975 and is in service in the Italian, French and US military.



Walther-P993. Walther P99

The Walther P99 is a semi automatic pistol of German origin. It is manufactured by Carl Walther GmbH Sportwaffen… It is used by the German police, Polish police and the Finnish army. .It fires a 9×19mm Parabellum cartridge. And has short recoil operated, locked breech action. It has a muzzle velocity of 1339ft per second.


QSZ--924. QSZ -92

The QSZ -92 is recoil operated locked breech pistol and uses a rotating barrel locking system. Its country of origin is The Peoples Republic of China. It uses a 9×19mm Parabellum cartridge and is manufactured by Norinco at the Changfeng Machine Shop. It has an effective range of 50m and has a muzzle velocity of 1148 ft per second.


FN-FNP455. FN-FNP45

The FN Herstal FNP pistol is of joint Belgium and US manufacture. It is manufactured in Columbia by FNH USA. It has been in production since February 2006 and fires amongst others a 9 x 19mm Parabellum cartridge. It comes with a 14-16 round magazine.



Mark-236. Mark 23

The Heckler and Koch Mk23 are of German and United States origin and consist of match grade semi automatic pistol, a laser aiming module and suppressor. It is the standard pistol meant for the US Special Forces. It has a short recoil DA\SA action and has an effective range of 50 Ms. It has been in production since 1991 and comes with a 12 round detachable box magazine.


Glock-177. Glock-17

Glock is a series of semi automatic pistols designed and produced by Glock GmbH of Deutsh-Wagram, Austria. It has been in service since 1982. It has an extensive plastic structural content. It has a short recoil locked breech; tiliting barrel action fires amongst others a 9x 19mm Parabellum cartridge is used by the Austrian military and US Law Enforcement agencies.


HS20008. HS2000

The HS 2000 is of Croatian origin and is produced by HS Produkt D.o.o.The Company’s most successful product HS2000 is a polymer framed semi automatic pistol. It is the standard issue of the Croatian army and is popular amongst the US law enforcement agencies.


Heckler-and-Koch-USP9. Heckler and Koch USP

The Heckler & Koch USP is of German origin and is known as a Universal Self Loading pistol it is a semi automatic pistol with a mechanically locked breech and uses the short recoil mode of operation. It fires a 9X19mm Parabellum cartridge. And has been in operation since 1992.


SG250500610. SIGP250

The SIG P250 pistol is of mixed American and German origin. It is made by JP Sauer and Son and Sig Sauer Exeter. It is a semi automatic pistol. .whose action is based on recoil operation and comes with a 17 round magazine. It has iron sights with a 147 mm base.

(Source : top-10-list.org)


p/s : Best kan pistol2 ni..teingin jugak nak merasa pengalaman menembak guna senjata betul. Bila boleh ek? Mmm...dulu masa zaman kanak-kanak main tembak guna senapang kayu (buat sendiri) je, peluru guna biji gatal tuh tak pun guna kertas je sakit jugak woo. Zaman kanak-kanak sekarang mana main dah senapang2 kayu ni, diorang sume beli jer kat kedai..hmm dah tak adventure & kreatif macam dulu dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails