Friday, April 9, 2010

Takhta Orang Terkaya Di Dunia Bertukar Tangan

Anak pendatang Lubnan tewaskan Bill Gates sebagai orang terkaya di dunia

BUAT pertama kalinya, takhta orang terkaya di dunia jatuh ke tangan hartawan negara membangun iaitu Raja Telekomunikasi Mexico, Carlos Slim Helu.

Dengan kekayaan bernilai AS$53.5 bilion (RM177 bilion), hartawan berusia 70 tahun itu menyingkirkan dominasi hartawan Amerika Syarikat, Bill Gates yang mendahului senarai Orang Terkaya Dunia sejak 1995. Dalam senarai terbaru orang terkaya di dunia yang diumumkan majalah kewangan antarabangsa Forbes, Khamis lalu, Gates berada di tempat kedua dengan nilai hartanya, AS$53 bilion (RM176 bilion) iaitu cuma kurang AS$500 juta daripada kekayaan dimiliki Slim. Tempat ketiga, seorang lagi usahawan Amerika, Warren Buffet, 79, dengan aset AS$47 bilion (RM156 bilion).

Senarai Forbes itu merangkumi 1,011 hartawan bertaraf billionaire daripada 55 negara - meningkat daripada 793 orang pada tahun lalu. Seramai 97 hartawan dan 67 daripadanya berasal dari Asia yang dikaitkan dengan peningkatan pasaran sahamnya tahun lalu. ‘Billionaire’ paling ramai di Asia paling ramai berasal dari China iaitu 68 orang, India (49), Hong Kong (25), Jepun (22), Taiwan (18), Malaysia (9), Indonesia (7) dan empat dari Singapura.

Hartawan Malaysia yang turut dikenali ‘Raja Gula,’ Tan Sri Robert Kuok, berada di kedudukan ke-33 dalam senarai global dan ketujuh di Asia dengan nilai asetnya, AS$14.5 bilion (RM48 bilion).

Apa yang menarik, kejayaan Slim yang sebelum ini berada di kedudukan ketiga, bukan sekadar kejayaan peribadi, tetapi menjadikannya jutawan pertama negara Latin memegang gelaran amat berprestij berkenaan.
Apatah lagi latar belakang dirinya sebagai anak pendatang Lubnan yang berhijrah ke Mexico pada 1902 sebelum mengorak kejayaan sebagai pemilik syarikat telekomunikasi Telefonos de Mexico (Telmex) dan 200 syarikat lain dengan 210,000 pekerja di Mexico.

Kini, biarpun melepaskan tanggungjawab pengurusan kepada anak-anaknya, Slim yang juga duda enam anak itu tetap aktif menguruskan aspek strategi perniagaan syarikat, kerja kebajikan dan menambah peluang pelaburan baru di Amerika.

Catatan biografinya menyatakan, bapa Slim, Don Juan adalah peniaga berjaya yang menurunkan ilmu perniagaan kepada anak-anaknya, termasuk Slim, pada usia seawal 12 tahun yang diberikan buku cek.

Slim dan adik beradiknya yang lain turut diajar mencatat butiran terperinci wang masuk dan keluar setiap bulan dalam usaha mendidik mereka menguruskan perbelanjaan yang menjadi antara ilmu yang menjadikannya bijak mengurus perniagaan sehingga bergelar hartawan.

Tidak ramai yang tahu, di sebalik gelaran Raja Telekomunikasi Mexico, tokoh korporat dan usahawan berjaya, Slim pada asalnya seorang jurutera awam. Beliau kemudian mula membina nama dengan kehebatannya menukar firma bermasalah kepada syarikat berjaya.

Pada masa sama, Slim bijak mencari peluang mengembangkan perniagaan dan pelaburannya termasuk syarikat akhbar New York Times, biarpun dikecam pesaingnya yang mengecam tindakannya memonopoli pasaran telekomunikasi berkenaan.

Sejak dua tahun lalu, pelaburan Slim dihalakan ke Amerika Latin dengan syarikatnya bertapak di 18 negara menerusi firma America Movil selain melabur dalam projek pembinaan prasarana.

Berbeza sikapnya sebagai ahli perniagaan licik, kehidupan peribadi Slim sebaliknya lebih sederhana dan tidak suka membazir. Beliau menduda selepas isteri kesayangannya, Soumaya Domit, juga berdarah kacukan Lubnan-Mexico, meninggal dunia pada 1999. Rasa kasihnya yang mendalam terhadap isteri yang dikahwininya selama 30 tahun itu, dikatakan antara punca Slim terus menduda sehingga sekarang.

Malah, kesunyiannya itu diisi dengan mewujudkan beberapa yayasan kebajikan bagi membantu golongan memerlukan selain mempromosi budaya serta sukan.

Isu kemiskinan terlalu dekat di hatinya sehinggakan pernah meradang apabila diaju soalan mengenai perasaannya menjadi orang terkaya di negara yang mana 50 juta penduduknya miskin.

Dengan selamba, Slim menjawab: “Saya tidak akan membawa satu sen pun apabila meninggal dunia. Biarpun menjadi kaya raya, saya tidak pernah melupakan tanggungjawab membantu negara saya.”

Profil
Carlos Slim Helu


  • 70 tahun
  • Duda enam anak
  • Berkelulusan sebagai jurutera awam
  • Empayar merangkumi 200 syarikat dan kuasai 90 peratus talian telefon di Mexico

    Senarai Terkaya Dunia

    1) Carlos Slim Helu & keluarga (RM177 bilion)
    2) Bill Gates (Rm176 bilion)
    3) Warren Buffet (RM156 bilion)
    4) Mukesh Ambani (RM96 bilion)
    5) Lakshmi Mittal (RM95 bilion)

  • (Sumber : bharian.com)

    Ubat saya sudah pergi - Paknil

    Ubat saya sudah pergi

    2010/04/04

    ASSALAMUALAIKUM! Paknil yakin pasti ramai tahu apa yang ingin Paknil borakkan dalam ruangan minggu ini kalau bukan cerita mengenai Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.

    Paknil percaya ramai rakyat Malaysia merasa kehilangan pelawak serba hebat dan penyampai radio yang ligat setiap pagi bersama Paknil di Riuh Pagi Era.


    Kita akan merindui lawak merapu dan gila-gilanya sebab bagi Paknil, Din seorang saja yang boleh melakukan itu.


    Setiap pagi Isnin hingga Jumaat, Paknil pasti berderai tawa terbahak-bahak sebab Din Beramboi membuat lawak yang terbit secara spontan dan luhur dari hatinya.


    Bila itu terjadi, Din Beramboi akan berlawak dengan gaya sekali sedangkan kami hanya di radio! Siapa yang nampak gerak gaya Din bila lawaknya ke udara, tetapi itulah Din Beramboi. Dia memang bersungguh-sungguh bila melakukan kerja yang digemarinya.

    Din, siap nak bawa sarapan?

    Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah.


    Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie!

    Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.”

    Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!

    Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?

    Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era.

    Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu.


    Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil.


    Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.


    Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!

    Din, pilih tempatlah untuk melawak!

    Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.


    Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.

    Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.”

    Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis.


    Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.

    Din, kau nak cuti panjang kan?

    Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.


    Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”

    Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.

    Din Mr Sengal?

    Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.


    Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.


    Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.


    Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.


    Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.

    Suka hantar SMS yang mengarut

    Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!”

    Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”

    Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?

    “Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”

    Din, aku rindukan engkau

    Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe).


    Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.


    Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!

    Wassalam.

    Berlatih Menembak Masjid!


    GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Daily Mail semalam menunjukkan replika masjid yang digunakan di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara, Britain.


    BELLERBY - Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.

    Semua replika itu termasuk masjid terbesar di Afghanistan, Mazar-e-Sharif dapat dilihat dari jalan raya berhampiran lokasi berkenaan.

    Mengulas mengenai kontroversi itu, Majlis Masjid Bradford (BMC) menyatakan, masjid-masjid itu dijadikan 'simbol bahaya' bagi mengukuhkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan.

    "Kami berharap tentera Britain segera mengalihkan struktur berkenaan dan mengakui kesilapan mereka," kata wakil BMC, Ishtiaq Ahmed.

    "Kami melawat lokasi itu pada Selasa lepas setelah menerima aduan orang ramai," tambahnya.

    Ekoran pendedahan berita itu, agensi berita AP melaporkan, pihak tentera Britain kemudian memohon maaf kerana mengaibkabn kumpulan Islam tersebut dengan menjadikan masjid sebagai sasaran tembakan. - Agensi

    (Sumber : Kosmo Online)

    p/s : Walaupun pihak tentera Britain memohon maaf tetapi ianya tidak akan dapat menghilangkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan. Setiap kali mereka (org kafir) membuat kontroversi seperti ini setiap kali itulah mereka memohon maaf. Persoalannya adalah cukupkah sekadar memohon maaf dan kemudian melakukan lagi kesalahan yang lebih kurang sama? Sampai bila mereka ingin mengaitkan Islam dengan keganasan? Sampai bila kita ingin biarkan?

    Thursday, April 8, 2010

    Berhati-hati menggunakan al-Quran Online

    http://buletinonline.net/images/stories/berita22/penipuanthequran.com1.jpg













    KUALA TERENGGANU– Para pengguna Internet yang menggunakan kita al-Quran versi internet dinasihatkan supaya berhati-hati memilih laman yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
    Ia adalah kerana, terdapat beberapa laman tersebut adalah dicipta oleh musuh-musuh Islam yang bertujuan memesongkan aidah umat Islam.

    Antara laman yang didapati menjalankan dakyah tersebut adalah
    thequran.com.

    Laman tersebut dikesan diterbitkan oleh seorang paderi yang menggunakan nama “Father Zakaria’.

    Antara dakyah yang ditonjolkan oleh laman tersebut ialah tmengujudkan satu ‘menu’ yang meletakkan kesalahan-kesalahan kitab suci al-Quran.

    Sedangkan sesungguhnya, sehingga kini al-Quran tetap terpelihara walaupun pelbagai usaha dibuat ‘memesongkannya’.

    Keterangan berkenaan pemesongan laman thequran.com boleh dimuatturun dari
    Fakta Penipuan thequran.com

    (Sumber : buletinonline.net)

    Demi Matahari....


    1. Demi matahari dan tebaran cahayanya di pagi hari, 2. demi bulan bila muncul setelahnya, 3. demi siang apabila menampakkannya, 4. demi malam apabila menyelimutinya, 5. demi langit dan Dzat yang telah membangunnya, 6. demi bumi dan Dzat yang telah menghamparkannya, 7. demi jiwa manusia dan Dzat yang telah menyempurnakannya, 8. lalu Dia Allah mengilhamkan kepadanya (jalan) fasikan dan ketakwaannya, 9. sungguh beruntunglah orang yang telah menyucikannya, 10. dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya. 11. (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasul mereka) karena mereka melampaui batas, 12. ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka. 13. Lalu rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka, (“Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya.” 14. Tetapi mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu. Maka Tuhan mereka membinasakan mereka (dan negeri mereka) disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah). 15. Dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu.




    Wednesday, April 7, 2010

    Bercium dalam INTERNET?? Tak tahu malu ke?

    Amacam? Berani buat? (Gambar hiasan)

    Baru-baru ni saya ade terbaca status seorang kenalan di dalam Facebooknya yang berbunyi begini :

    "dh x phm owg zmn skwg,cium2 kt pipi yg bukan muhrim pstu post kt fb pulak tu..pstu ckp x malu pulak..adoiii..fenin kepala eden"

    Berikutan itu, saya juga berfikiran sama..pening melihat karenah orang jahil dalam facebook semenjak-menjak ini, tempoh hari saya menulis entri mengenai Rafiqin Darwisy (klik sini untuk baca), sekarang ni budak mentah ni dan dan dah taknak mengaku Islam pulak gara-gara nak 'cover' kesalahan dia, dahla mengaku orang Sabah dan beragama KADAZAN, agama Kadazan??? Hahaha...ape-ape jela. Semoga dia diberi petunjuk dan pengajaran.

    Berbalik kepada hal gambar bercium tadi.
    Saya rasa seawal penggunaan Friendster dahulu saya sudah pun menjumpai karenah orang Melayu ISLAM yang bercium mulut sesama pasangan dan kemudian dengan berani dan bangganya meletakkan gambar tersebut di dalam Friendster. Diorang ni tak tahu malu ke? Manala hilangnya adab? Dah lupa ke? Jangan kata adab, dengan Allah sendiri dah hilang malu ke? tu sebab dengan manusia selamba badak je letak gambar bercium.

    Kadang-kadang mereka ini anak-anak orang yang baik-baik tapi mungkin baik sebagai seorang manusia tapi bukan seorang Muslim. Lagi satu, diorang yang letak gambar-gambar comolot bercium ni tak kesah ke kalau mak bapak diorang tengok? kalau tak kesah aku nak jugak tayang kat depan mak bapak diorang tengok macam mana reaksi diorang boleh tahan ke tak boleh? ataupun mak bapak diorang yang sebenarnya tak kesah langsung?

    Hmm...sesetengah mak bapak memang tak kesah langsung perangai anak-anak mereka. Konon-konon mak bapak jahil 'modern' la kononnya. Apa mereka banggakah melihat gambar perangai jijik anak-anak mereka bercium-cium, berpeluk-pelukan, minum arak, berjoget dalam 'club' dan 1001 macam lagi perangai tak senonoh.

    Adakah mereka tak dapat menghidu perangai buruk anak-anak mereka, mungkin dengan cara melihat cara mereka berpakaian, dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka selalu pergi dan macam-macam lagi cara untuk mengetahui perangai anak-anak jika benar mak bapak sangat prihatin dan ambil berat. Adakah dengan alasan "Lantak kaula, dah besar panjang pun, pandai-pandaila tanggung sendiri" maka melepaskan seluruh tanggungjawab terhadap mendidik anak-anak begitu sahaja???? Salah tu sangat-sangat salah. Sepatutnya sebagai mak bapak walaupun anak-anak sudah besar atau pun sudah berkahwin, mak bapak perlulah memantau serba sedikit perangai anak-anak, kalau dah besar panjang dah berkahwin tapi solat pun tak, puasa pun tak, zakat tak semua tak maka mak bapak adalah pihak yang sepatutnya menegur habis-habisan.

    Hmm..tapi saya bukan ingin menyalahkan mak bapak kerana yang sebenar-benarnya salah adalah diri mereka (anak-anak) sendiri. Jika anda adalah kawan, kawan rapat, saudara atau sesiapa shj yang mengenali golongan orang yang tak tahu malu seperti ini dalam mana-mana laman web sosial (i.e Facebook, Myspace, Friendster, Twitter, Tagged etc) maka ianya adalah tanggungjawab anda sendiri untuk menegur mereka-mereka ini, sekurang-kurangnya kita tunaikan tanggungjawab kita, jangan nanti kita dipersoal di akhirat pulak.

    Sabda Rasulullah SAW :
    Sesiapa yang melihat kemunkaran hendaklah ia menghapuskannya dengan tangan (kuasa), jika dia tidak mampu maka hendaklah dia lenyapkannya dengan lidah (teguran/nasihat) dan jika dia tidak mampu juga maka hendaklah dia ubahkannya dengan hati (benci terhadap kemunkaran/azam untuk mengubahnya), yang demikian adalah selemah-lemah iman.
    - Riwayat Muslim -

    Tapi ada timbul pula satu persoalan tentang sabda di atas iaitu DI ZAMAN SEKARANG INI, CUKUPKAH SEKADAR DENGAN CARA SELEMAH-LEMAH IMAN (HATI) ??

    Anda jawab....


    p/s : jangan anda pulak yang 'backup' & 'support' perbuatan mungkar mereka ni. Susahla kalau macam tu, susah kat dunia takpe jangan susah kat akhirat nanti. Kalau saya, tak sanggup...

    Ini pandangan dan teguran peribadi saya. Jika ada apa-apa tambahan silalah komen. Terima kasih.

    Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik itu sudah tentu datangnya dari Yang Maha Esa.


    Wallahualam.

    Tuesday, April 6, 2010

    Fireflies



    You would not believe your eyes
    If ten million fireflies
    Lit up the world as I fell asleep

    'Cause they'd fill the open air
    And leave teardrops everywhere
    You'd think me rude
    But I would just stand and stare

    I'd like to make myself believe
    That planet Earth turns slowly
    It's hard to say that I'd rather stay
    Awake when I'm asleep
    'Cause everything is never as it seems

    'Cause I'd get a thousand hugs
    From ten thousand lightning bugs
    As they tried to teach me how to dance

    A foxtrot above my head
    A sock hop beneath my bed
    A disco ball is just hanging by a thread

    I'd like to make myself believe
    That planet Earth turns slowly
    It's hard to say that I'd rather stay
    Awake when I'm asleep
    'Cause everything is never as it seems
    When I fall asleep

    Leave my door open just a crack
    (Please take me away from here)
    'Cause I feel like such an insomniac
    (Please take me away from here)
    Why do I tire of counting sheep
    (Please take me away from here)
    When I'm far too tired to fall asleep

    To ten million fireflies
    I'm weird 'cause I hate goodbyes
    I got misty eyes as they said farewell

    But I'll know where several are
    If my dreams get real bizarre
    'Cause I saved a few and I keep them in a jar

    I'd like to make myself believe
    That planet Earth turns slowly
    It's hard to say that I'd rather stay
    Awake when I'm asleep
    'Cause everything is never as it seems
    When I fall asleep

    I'd like to make myself believe
    That planet Earth turns slowly
    It's hard to say that I'd rather stay
    Awake when I'm asleep
    'Cause everything is never as it seems
    When I fall asleep

    I'd like to make myself believe
    That planet earth turns slowly
    It's hard to say that I'd rather stay
    Awake when I'm asleep
    Because my dreams are bursting at the seems

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails