Thursday, October 7, 2010

Bunyi letupan ketika gadis 'ghaib' dirawat


Oleh Mohammad Ishak 
bhkt@bharian.com.my
2010/10/07

Wartawan, jurugambar Berita Harian lalui pengalaman ngeri


JERTIH: Suasana sunyi tiba-tiba digemparkan dengan bunyi kuat seperti runtuhan sesuatu yang berat ke lantai, mengejutkan ahli keluarga dan tetamu yang berjaga supaya gadis mengalami gangguan misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini tidak ghaib lagi pada malam kelmarin.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, bomoh serta Wartawan dan jurugambar Berita Harian yang berada di rumah Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang melalui kejadian misteri sejak dua bulan lalu turut mendengar letupan itu.

Bunyi runtuhan kira-kira jam 10.30 malam itu adalah antara kejadian pelik sepanjang semalaman di rumah gadis itu, termasuk melihat kelibat makhluk halus serta sejenis objek besi yang tiba-tiba jatuh ke ruang tamu rumah. 

Sejak mengalami gangguan misteri itu, Siti Balqis, anak sulung daripada empat beradik itu sudah ghaib daripada pandangan ramai di rumahnya sebelum ditemui di pelbagai tempat dalam tempoh antara enam hingga tujuh jam kemudian di siling rumah, atas pokok manggis, tanah perkuburan, rumah tinggal dan mesin pembancuh simen. 

Malam kelmarin, setengah jam selepas sesi rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional selesai pada kira-kira jam 10 malam, suasana hening digemparkan dengan bunyi letupan seperti atap runtuh di sebuah bilik. Apabila semua di rumah itu bergegas ke bilik berkenaan, didapati tiada apa yang berlaku. 

Wartawan dan jurugambar, Aswadi Alias merasa seram dengan kejadian itu, tetapi mereka tetap memberanikan diri dan terus bersama ahli keluarga dan jiran menjaga Siti Balqis yang berbaring di ruang tamu rumah. 
Menjelang dinihari keadaan bertambah sunyi dan kedinginan malam ditemani pula dengan pelbagai bunyi yang menyeramkan. Secara tiba-tiba kira-kira jam 2 pagi, seketul logam berukuran 12 sentimeter tiba-tiba melayang dan jatuh ke tengah ruang tamu rumah. 

Bagaimanapun, mujurlah objek logam itu tidak terkena sesiapa walaupun ia jatuh tidak jauh daripada sekumpulan wanita yang turut sama berjaga tidak jauh dari gadis itu. 

Malah sebelum logam itu jatuh, Aswadi mendakwa melihat sendiri objek berbalut kain putih melayang di depannya sebelum ia terjatuh di sisi sekumpulan wanita terbabit. 

"Memang saya berasa seram sejuk dengan kejadian itu dan tidak lama kemudian beberapa bahagian badan terutama tangan dan kaki kebas dan badan saya seperti demam," kata Aswadi yang kini demam dan diberikan cuti rehat selepas pulang dari Besut, pagi semalam. 

Bagaimanapun, usaha kami untuk mengambil gambar objek berkenaan tidak kesampaian kerana sebaik saja objek itu jatuh ke ruang tamu, seorang adik Siti Balqis segera mengambilnya dan mencampakkannya ke luar rumah. 

Melihat ketakutan semua hadirin, ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, mengingatkan kami supaya tidak bimbang kerana baginya, bunyi pelik dan jelmaan pelbagai objek di rumah itu adalah perkara biasa sejak kejadian misteri menimpa anaknya dua bulan lalu. 

Sementara itu, mengulas usaha mengubat Siti Balqis, Norizan berkata, mereka sudah mendapatkan lebih 100 bomoh dari Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk merawat penyakit misteri anaknya tetapi setakat ini keadaan kesihatan anaknya tidak berubah. 

Wednesday, October 6, 2010

Kisah kelakar yang mampu menitiskan air mata kepada hamba-hambaNya yang berfikir...

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya." [Surah Az-Zumar:23]



Gadis 'ghaib' SMS dari kubur - Berita Harian


  • Foto
    Siti Balqis Mohd Nor
  • Foto
    NAJIB Abdullah Ghani mengubati Siti Balqis sambil diperhatikan Adun Jabi, Ramlan Ali (dua dari kanan) di rumah di Kampung Gong Nangka, Apal, Jertih, malam tadi.
JERTIH: "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.



“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran. 

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya. 
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan. 

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur. 

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya. 

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya. 

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama. 

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan. 

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya. 

p/s : Mmmm memang pelik & menyeramkan...

Tuesday, October 5, 2010

Surah Al-Kahf and the Modern Age by Syeikh Imran N. Hosein

An analytical study of Surah al-Kahf of the Qur'an that seeks to explain the reality of a mysterious European Jewish-Christian alliance that is waging unjust war on Islam and oppressing Muslims while pursuing a sinister global agenda on behalf of the Euro-Jewish State of Israel.




Khidr said to Moses, Surely you would not be able to show patience with me. Indeed, how can you show patience in respect of that which lies beyond your comprehension (since you can temporarily see with only one eye, and consequently can access only external empirical knowledge)?( Sūrah al-Kahf, 18:66-67)

Those like Dajjāl, who see with one eye, can never be patient enough to learn from those like Khidr, who see with two eyes, i.e., the external and the internal. Dajjal's epistemological attack on mankind renders them internally blind and, hence, easily deceived by external appearance while remaining incapable of penetrating internal reality in all that pertains to his mysterious mission. They sometimes lose faith in Allah Most High and become profoundly misguided without being even conscious of such. Nearly always, however, they lack the capacity to understand either the movement of history or the role that Jerusalem and the Holy Land play in the End of History. The Quran declares of such people that they have a status akin to cattle.

Praise be to Allah Most High through Whose Kindness Surah al-Kahf and the Modern Age is now published. May He bless this humble work to reach Muslims in many parts of the world. May it assist them to grow closer to the Qur'an and to this Surah - especially every day of Jum'ah when the Surah is to be recited for protection from the Fitnah of Dajjal. May it refresh their memory of the meaning of the Surah and, more importantly, constantly deepen their understanding of the Surah. Amin!

As war on Islam intensifies and the time approaches when the imposter Euro-Jewish State of Israel makes its bid to become the ruling State in the world, and Dajjal the false Messiah would rule the world from Jerusalem and declare that he is the true Messiah, I fear that there would be many who would ban books on the Qur'an. I therefore pray most humbly, and ask my gentle readers to also kindly join in the prayer, that Allah Most High might protect books (such as this humble quartet of books on Surah al-Kahf) that employ the blessed Qur'an to expose those in the godless modern age who are waging unjust war on Islam and Muslims. Amin.

A mysterious Euro-world-order with a Jewish-Christian alliance wages war on Islam on behalf of the Euro-Jewish State of Israel. If there is any merit at all in this book it can, perhaps, be located in its role as a very humble pioneering work that might possibly inspire others, more competent than this writer, to a more comprehensive effort in using this Surah of the Qur'an to explain that world today. 

The first volume of four, containing 'Text Translation and Modern Commentary of Sarah al-Kahf', made its appearance at the same time as this main work on the subject entitled 'Surah al-Kahf and the Modern Age', and was meant to function as a companion volume to this main work. I pray that I might be able to write additional volumes on this subject, Insha Allah, in order to attempt a more comprehensive modern interpretation of the Ahadith and Qur'anic verses dealing (directly and indirectly) with the  critically important topics of Dajjal the false Messiah or Anti-Christ, and of Gog and Magog. 

The writing of the first two books on Surah al-Kahf was kindly sponsored in the names of Rabia Aboobakar Hussein Jakhura and Aboobakar Hussein Jakhura of Malawi in Africa, Abdul Majid Kader Sultan and Fatimah Abdullah of Malaysia, and Hajjah Haniffa Bte Omar Khan Sourattee and Hajjah Mariam Bte Fakir Mohammed of Singapore. 

May Allah Most Kind bless them all. Amin!

Imran N. Hosein
Kuala Lumpur, Malaysia
June 2007

Penipuan Syarikat Penapis Air - KPDNKK (7 Februari 2010)

PETALING JAYA, 7 Feb (Bernama) -- Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) pada Ahad mengingatkan orang ramai agar tidak terperdaya dengan syarikat-syarikat yang menjual alat penapis air dengan dakwaan yang meragukan. 

Setiausaha Agungnya, S. Piarapakaran, berkata antara dakwaan itu ialah sistem imun badan dapat dipertingkatkan, mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada air itu. 

Dalam satu tinjauan, WECAM juga mendapati sebuah syarikat mendakwa bahawa alat tapisannya boleh "memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh", katanya kepada Bernama. 

Ini, jelas beliau, adalah dakwaan palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.

Piarapakaran berkata tinjauan itu juga mendapati penggunaan penapis-penapis air semakin meningkat di Malaysia dan dakwaan palsu oleh syarikat-syarikat itu semakin menjadi-jadi. 

Perhatikan! Muka atau Tulisan?
[Sumber: http://flintjahbone.wordpress.com/]
"Trend ini amat membimbangkan dan pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan para pengguna dilindungi," katanya. Beliau berkata tinjauan itu mendapati tahap kesedaran mengenai jenis dan fungsi penapis air di kalangan para pengguna adalah sangat rendah. 

Sebagai contoh, katanya, dalam tinjauan itu mendapati hanya 66 daripada 1,792 keluarga di seluruh negara mempunyai pengetahuan mengenai jenis dan fungsi penapis air. Katanya keadaan ini adalah serius dan memerlukan perhatian segera. 

Piarapakaran berkata WECAM telah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, meminta mereka untuk mengambil tindakan segera terhadap syarikat penapis air yang tidak beretika dan juga memperhebat program pendidikan agar para pengguna sedar mengenai pelbagai jenis penapis yang ada di pasaran. 

Beliau menasihatkan para pengguna supaya menghubungi WECAM atau Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk mendapatkan maklumat sebelum membeli penapis air. -- BERNAMA

[Sumber : KPDNKK]

Penyelesaian kepada masalah 'Parking'.

Pernahkah anda mendengar tentang Rotary Parking?

Rotary parking adalah satu teknologi baru yang memudahkan orang ramai untuk park kenderaan masing-masing. Teknologi ini adalah penyelesaian kepada masalah ruang parkir yang tidak mencukupi, salah satu masalah yang kerap melanda orang ramai khususnya warga ibukota. 

Ruang parkir kereta berputar ini adalah satu idea yang sangat menarik dan kreatif, teknologi ini masih baru dan belum diperkenalkan secara menyeluruh di serata pelusuk dunia. Setakat ini terdapat beberapa buah negara yang telah pun menggunakan teknologi ini antaranya adalah di US, Austalia, Jepun, Korea, Ireland dan banyak lagi. 

Baru-baru ini, saya mendapat tahu bahawa teknologi yang juga dipanggil Smart Parking ini akan dilaksanakan di Kuala Terengganu, ia dikatakan Smart Parking yang pertama di Malaysia. Bagus-bagus! Beruntung Malaysia. Pendapat saya, bandaraya Kuala Lumpur juga lebih memerlukan teknologi ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah parking yang rata-rata banyak menyusahkan warga KL. Setuju? 

Jadi, siapa yang akan mulakan di KL? Good business!! Banyak untung ni! 


Smart Parking ini berbeza-beza dimensinya, terdapat beberapa pilihan kapasiti, untuk 6/8/10/12 & lebih dari 12 buah kereta. Di Jepun jika tidak silap saya terdapat beberapa Smart Parking yang besarnya seperti bangunan 10 tingkat. Hebat-hebat!

Jom tengok video-video di bawah ini sekejap :



Sekali tengok, tak ubah macam vending machine kan?


Antara kelebihan-kelebihannya adalah [Sumber - http://www.parkingsystemsolutions.com/] :- 

  • Quick Automated Parking and retrieval of vehicles.

  • Up to 12 cars or 10 SUV's can be easily and safely parked.

  • Surface space required equivalent to just 2 surface car parking spaces.

  • Most suitable for Staff or dedicated user parking.

  • Engineered to ensure Driver safety by use of an electronic Safety zone.

  • Low maintenance levels required by the system.

  • Does not require a parking attendant.

  • Easily constructed in a small area, just requiring a simple concrete base and 3 phase electricity.

  • This system is cost effective when extra land for surface parking is not available.

  • Rotary parking is extremely reliable and has been well tried and tested with many reference sites available.

  • Conforms to European (C E) standards.

  • Manufactured to ISO 9001: 2000 standards.



  • Antara syarikat lain yang adalah http://www.rotaryparking.com.au/index.html


    Idea yang sangat menarik bukan? 




    Apa kata anda pula?

    Monday, October 4, 2010

    Zero zero zero..........



    "I am nothing, i am nobody"

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails