Saturday, March 27, 2010

10 Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwan Agama Malaysia, (Random).

10 Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwan Agama Malaysia, (Random).

1. Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Roman

5-6 Jun 1989 • Muzakarah Kali Ke-24

Keputusan :

Muzakarah telah bersetuju mengambil keputusan bahawa adalah haram menulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.

2. Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan

24 November 1988 • Muzakarah Kali Ke-22

Keputusan :

Kordial yang mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

a. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.

b. Bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

3. Status Kesucian Ikan Yang Di Beri Makanan Tidak Halal

4 -6 April 2006 • Muzakarah Kali Ke-73

Keputusan :

Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makanan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

4. Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang

6 – 8 September 2007 • Muzakarah Kali Ke-79

Keputusan :

Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus.

5. Hukum Menggunakan Alat-Alat Bantuan Untuk Tujuan Hubungan Kelamin

13-15 Jun 2005 • Muzakarah Kali Ke-69

Keputusan :

Harus menggunakan alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin selagimana ia tidak memudharatkan dan tidak najis.

6. Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur

13 Oktober 2004 • Muzakarah Kali Ke-65

Keputusan :

Amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.

7. Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Roman

5-6 Jun 1989 • Muzakarah Kali Ke-24

Keputusan :

Muzakarah telah bersetuju mengambil keputusan bahawa adalah haram menulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.

8. Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta

19 September 2000 • Muzakarah Kali Ke-49

Keputusan :

Hukum sembahyang jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus.

9. Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

12 Jun 2007 • Muzakarah Kali Ke-78

Keputusan :

i) Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

ii) Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

iii) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

10. Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama

25-27 Julai 2006 • Muzakarah Kali Ke-74

Keputusan :

i. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah s.w.t dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanyalah kepada Allah s.w.t sahaja.

ii. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.

(Sumber : JAKIM)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails