Saturday, March 6, 2010

Infinity Downline - Info Tambahan

TAMBAHAN

Pada 2 Mac 2010 yang lalu, saya ada berbalas email dengan jutawan internet, Sdr Irfan Khairi berkenaan satu urusan bisnes. Terlanjur beliau menghantar email kepada saya, saya mengambil kesempatan untuk meminta pandangan beliau berkenaan Infinity Downline khususnya dari sudut kewibawaan bisnes dan kebolehpercayaan.

Berikut adalah jawapan beliau melalui emailnya kepada saya. Itulah jawapan pakar jualan melalui internet yang sering dijadikan rujukan dalam hal pemasaran internet. Kesimpulan, beliau bersetuju dengan saya bahawa Infinity Downline adalah SKIM CEPAT KAYA.

Harap jangan pula ada yang akan menuding jari bahawa Irfan Khairi tidak mengetahui beza program, MLM, Affiliate dan Skim cepat kaya. Antara Jual barang sebenar dan jual kepala cepat kaya.



Zaharuddin Abd Rahman

******************************************************************************************************************

From: RahsiaInternet.com <>

To: zaharuddin arahman

Sent: Wed, March 3, 2010 4:55:54 PM

Subject: Re: explaination from Irfan Khairi ;)




Assalamualaikum Ustaz,

great to hear from you.

Uzar, as for infinity downline you asked, i totally agree with your post. what i see from the founder company is that if im not wrong, they dont profit directly money wise from the system as the monies are rolled within downlines. however, the founder company benefits from collecting a huge database to do followup sales of other products. Probably using an autoresponder there ;)

The business model for the founder company is to increase their mailing list, and in online business, the bigger list u have, the more you can profit from selling other products.

I do get questions from others about infinity downline, and my usual answer (also applies to other similar programs) is that, if it smells like skim cepat kaya, then, it is a skim cepat kaya ;) and i would say that too for infinity downline.

the thing is, most people (malay's unfortunately) before joining, mereka dah rasa ragu2 dah dari segi scam and also halal/haram issue.. but some how they do it anyway because of the "want to be cepat kaya urge". which is sad too for me as i always teach it takes time, effort and ilmu to be successful in business.

Best wishes to you and your family there.


-irfan khairi


(Sumber dipetik dari laman blog zaharuddin.net : Status Hukum Skim Infinity Downline @ Log In Facebook Dapat RM100)


Akhir kata :
"Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku" - Ustaz Zaharuddin -

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails