Monday, March 1, 2010

Log In Facebook Dapat RM100, Infinity Downline HARAM ???





Salam.


Kali ini saya ada isu menarik untuk dikongsikan bersama pembaca semua, ianya berkenaan perniagaan terbaru yang hangat diperkatakan sekarang ini, glamour di Facebook, barangkali semua yang mempunyai akaun Facebook tentu pernah mendengarnya, bisnes apa? Haa..bisnes Log In Facebook Dapat RM100, Dapat RM100 Hari2 Dengan Facebook dan nama yang seumpamanya. Bisnes terbaru ini jelas salah dari segi Islam mengikut ulasan yang panjang lebar oleh Ustaz Zaharuddin, antara idola saya sendiri. Di sini saya sertakan sedikit background Ustaz Zaharuddin ataupun nama singkatnya UZAR :


In Bahasa Malaysia
Pengalaman
  • Kaunselor Shariah, Ingress Corporation Bhd
  • Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti & Masyarakat Madani
  • Kolumnis, RHB ISLAMIC Speaks, NST Business Times
  • Pengurus Kanan, Shariah Compliance Department, RHB ISLAMIC Bank Berhad
  • Setiausaha Majlis Penasihat Shariah, Asian Finance Bank Bhd ( Anak Syarikat Qatar Islamic Bank)
  • Penasihat Shariah Luaran, RHB Islamic Bank Berhad
  • Ahli, Konsultan Shariah, Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad
  • Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Deutsche (Islamic) Bank, Malaysia
  • Pensyarah Sambilan, (mengajar subjek Fiqh Muamalat dan Usul Fiqh) European Institute of Human Science, Wales, UK
Sekarang
  • Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Panel Soal Jawab Agama, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
  • Kolumnis Ruangan An- Nur, Akhbar METRO AHAD
  • Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad
  • Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
  • Ahli Majlis Penasihat Shariah, C & S Consulting & Investment Ltd, Trinidad ( Bersama Prof. Dr Monzer Kahf)
  • Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Standard Chartered saadiq Malaysia Berhad
  • Penasihat Shariah, Siraj Capital Ltd, Jeddah
  • Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group Sdn Bhd
  • Konsultan Shariah & Perbankan Islam, Furqan Islamic Finance Group, Dubai
  • Penasihat Shariah, Storm Readers Sdn Bhd
  • Penerima Anugerah Meida Islam Negara Ke3, Laman Web Islamik terbaik
Kelulusan
  • B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
  • M.A, Shari'ah (Hons) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan
  • PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom ( Candidate)
  • Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj : pmwp/600/2klt.6(138)
  • Tawliah Ceramah , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Buku ( Books published / to be )
  • Wang, Anda dan Islam terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2007) - 7,000 copies in 12 months
  • Money You and Islam, terbitan True Wealth Sdn Bhd (Dec 2008)
  • Formula Solat Sempurna, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (March 2008) - Best Seller 14,000 copies in 9 months
  • Untukmu Wanita, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (Ogos 2009)
  • Untukmu Umat, terbitan Alaf 21 Sdn Bhd (Julai 2009)
  • Riba dan Isu Semasa Kewangan, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Feb 2010)
  • Kontrak and Produk Perbankan Islam, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Oktober 2009)
  • Islamic banking Products and issues, terbitan Cert Publication Sdn Bhd
  • Maqasid As-Shariah Fi Ahkam al-Buyu' (in arabic), terbitan IIUM Press (April 2009)
  • How to Perfect Your Solat?, terbitan ... (Nov 2009)
  • Murabahah : Teori, Isu dan Aplikasi, terbitan True Wealth Sdn Bhd (June 2009)
  • Murabahah : Theory, Application and Issues, terbitan
In English
Education
  • B.A (Hons) Usuluddin, University Of Malaya, Malaysia
  • M.A (Hons) Fiqh & Usul Fiqh (Specialized in Islamic Commercial Transaction), Al-Yarmouk, Jordan
  • PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom ( Candidate)
Experiences
  • Senior Manager, Shariah Compliance Department, Product Development Division, RHB ISLAMIC Bank Ltd
  • Shariah Consultant, INGRESS Corporation Ltd
  • Academic Fellow, Center of Islamic For Modernity and Civil Society (CESMACS), Malaysia
  • RHB ISLAMIC Speakes Comlunist in NST ( Business Times)
  • Shariah Commitee Secretary & Coordinator, Asian Finance Bank Ltd ( a subsidiary of Qatar Islamic Bank)
  • External Shariah Advisor, RHB Islamic Bank Berhad (until Feb 2008)
  • Member, External Shariah Consultation Committee, Standard Chartered(Sadiq) Bank.
  • Chairman, Shariah Advisory Council, OSK Investment Bank Ltd, Malaysia
  • Member, Shariah Board, Deutsche (Islamic) Bank, Malaysia
  • Part Time Lecturer (teaching Muamalat and Usul Fiqh subjects), European Institute of Human Science, Wales, UK
At Present
  • Academic Fellow / Lecturer, International Islamic University University Malaysia
  • METRO AHAD Columnist (Islamic Banking and Shariah Issues
  • Islamic Jurisprudence Q & A Panel, i-Magazine, Published by Karangkraf Malaysia.
  • Columnist, Iktisad Magazine ( Islamic Banking Issues)
  • Columnis, Solusi Magazine ( Fiqh Muamalat section)
  • Shariah Adviser, C & S Consulting & Investment Ltd, British Virgin Island
  • Member, Shariah Committe, Standard Chartered Saadiq Malaysia Ltd
  • Shariah Advisor, Siraj Capital Ltd, Jeddah
  • Shariah Advisor, Yasmin Holdings PLC
  • Shariah Consultant, Furqan Islamic Finance Group, Dubai
  • Shariah Advisor, Storm Readers Plc Ltd

Berbalik kepada isu tadi mengenai Infinity Downline, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bisnes ini maka pada minggu lepas saya telah join group DAPAT RM100 HARI2 DENGAN FACEBOOK dan waktu yang sama juga saya telah perhatikan banyak komen daripada ahli-ahli Infinty Downline berbunyi seperti ini : Bestnye dapat RM100 hari ni... , Syoknya dah 2 hari dapat RM100, Saya dapat RM100 setiap hari hubungi saya jika mahu tahu caranya dan pelbagai lagi bunyi komen2 mereka, inilah strategi mereka, timbulkan perasaan ingin tahu di kalangan pengguna-pengguna FB dan seterusnya 'memancing' mereka.

Pada masa itu, secara lumrahnya saya juga tertanya-tanya dalam hati bagaimana caranya buat duit ini? dan.. saya mengajukan soalan di wall mereka berbunyi, "NI MLM AFFILIATE KE?" - mungkin pada masa ni ada ahli yang perasan dan pastinya dalam hati mereka berkata "Pancing dah mengena!". Setelah beberapa ketika, ada seseorang yang membalas soalan saya berbunyi : "Check inbox.." maka saya pun terus membuka inbox FB dan membaca mesej dari salah seorang ahli Infinity Downline yang membalas soalan saya itu, dan mesej itu berbunyi :

Terbongkar Dan Dibuktikan!!! Terima kasih le sebab ingin tahu...



Mari kita kongsi bersama...

Apa yang dikatakan dapat Log In dapat RM100 itu sebenarnya terlalu subjektif sehingga ada diantara kita yang keliru.

Ini sebenarnya adalah duplicated dari sebuah perniagaan affiliate. Nama affiliate ni InfinityDownline.com

JADI... FACEBOOK MENJADI MEDAN PENGIKLANAN PALING BERKESAN.

Mcmana sy dpt RM1,000 dlm masa seminggu?
yang dpt RM100 sehari....dah tak terkira dah..
tiada yg mustahil...

Lagi cepat kita buat lagi bagus...
Kita lambat sehari je..ada je kawan2 fb kita yg buat dulu..

TIADA PERNIAGAAN YANG TIADA MODAL.
Dgn modal serendah RM100...
Anda mampu mendapat sehingga RM1,000 sehari..mungkin lebih
bukan sekali....tetapi tiap2 bulan..

Bukan MLM, skim cepat kaya, pelaburan internet.. Uptrend atau Luxor dll.

PRODUK AFFILIATE

Kita menawarkan affiliate bagi segala panduan Internet Marketing, Window XP, Vista, All Microsoft, Adobe dan banyak lagi secara audio dan video (e-Learning concept, not typical e-book concept). Sistem pembelajaran online ini cukup mudah dan senang difahami. Segala input yg disampaikan sesuai utk kegunaan seisi keluarga dan setiap peringkat umur. (Semua produk ini adalah percuma selagi kita menjadi ahli)

TAPI YANG MENARIKNYA:

Affiliate juga promote keahlian.
Ajak sorang kawan dah balik modal..
RM100 terus ke account anda untuk setiap satu ahli yang masuk dibawah anda.
INILAH RAHSIANYA KERANA JIKA KITA MENSASARKAN SATU HARI SEORANG DOWNLINE MAKA, SETIAP HARI KITA AKAN DAPAT RM100.

Infinity Downline adalah program affiliate terhangat pada masa kini yang berasal dari New York. Di USA sendiri, setiap 20 hari seorang Jutawan Infinity Downline dilahirkan. Betapa hebatnya program affiliate unik ini. Mengapa unik? Saya akan ulas sebentar lagi.

Infinity Downline adalah satu gedung ilmu online yang sarat dengan program pembelajaran audio & video tentang dunia perkomputeran & Internet. Pendek kata, segala ilmu asas sehingga peringkat tertinggi tentang IT boleh didapati melalui Program Infinity Downline.

Infinity Downline menawarkan Premier Membership pada harga USD25 @ RM100. Anda ada RM100? Saya yakin semua orang ada RM100 tanpa perlu berhutang insyaAllah. Infinity Downline juga menyediakan satu platform untuk bisnes global yang boleh dibuat secara online 100% dari rumah.

Sebagai Ahli Premier, anda juga secara automatik menjadi affiliate kepada program Infinity Downline. Saya lebih suka gunakan istilah Master Reseller kerana potensi pendapatannya tersangatlah lumayan. InsyaAllah, sesiapa pun mampu mengeluarkan modal RM100 termasuklah :

* Pelajar
* Ibu Tunggal
* Pesara
* Pembantu Am
* Peniaga

Komisyen 100% Untuk Anda

100% Komisyen? Ya, benar anda tidak salah lihat. Sekiranya anda perkenalkan Program Infinity Downline kepada rakan anda, anda akan mendapat komisyen 100%. Jika anda seorang yang hebat menaja, anda pasti lebih lumayan. Katakan anda menaja 10 orang, anda dapat RM1,000. Mudah bukan?

Apakah risiko yang bakal anda hadapi dengan modal RM100? Langsung tiada kerana anda telah balik modal dengan hanya menaja seorang Ahli Premier. Murah & mudah!

Fakta Unik 1 – Tiada Kos Pentadbiran

Uniknya program Infinity Downline ini, anda perlu membayar yuran ini kepada rakan yang memperkenalkan anda iaitu affiliate @ Master Reseller. Bukan kepada pihak Infinity Downline.

* Tiada kos pentadbiran.
* Tiada konsep e-wallet.
* Tiada kos tersembunyi.

Infinity Downline adalah satu-satunya bisnes global yang membolehkan anda membayar dengan menggunakan cash / bank transfer. Tidak perlu kad kredit, Paypal dll. Anda boleh terus membayar kepada Penaja anda melalui cash / online banking dsb.

Fakta Unik 2 – Sistem Reverse 2 Up

Infinity Downline memperkenalkan Sistem Reverse 2 Up, satu pelan pemasaran terbaru yang terbukti telah melahirkan ramai jutawan di USA. Seperti mana yang kita maklum, komisyen yang kita terima adalah 100%. Jadi kita tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada hasil jualan downline anda.

Untuk membolehkan anda Override bonus daripada downline anda, syarikat telah merangka satu pelan pemasaran yang unik yang dinamakan Sistem Reverse 2 Up. Terdapat 2 syarat @ Lesen utama untuk menikmati sistem ini.

1. Anda perlu menaja sekurang-kurangnya 4 orang Ahli Premier
2. Anda perlu “pass up” 2 daripada 4 Ahli Premier kepada upline anda

Adakah sukar mencari 4 orang yang ada modal RM100? Sangat mudah bukan. Student pun mampu. Downline 2 dan 4 akan “roll up” @ “pass up” kepada upline. Jangan panik! Anda mungkin kehilangan 2 orang downline, tetapi downline 1 dan 3 anda pun perlu membuat perkara yang sama. Jadi, anda pula yang akan menerima 2 downline daripada setiap mereka.

Jadi anda kini mempunyai 6 downline termasuk 1 dan 3 yang anda taja. Melalui Sistem Reverse 2 Up ini, proses ini akan berulang dan kesemua downline 2 dan 4 di bawah mereka akan “roll-up” kepada anda sehingga level infinity selagi ada orang menyertai Infinity Downline. Unik bukan?

Kami mencipta kuasa 4Infinity yang mampu memberikan anda pendapatan lumayan. Formula ini menggabungkan pelan unik Infinity Downline dan Kuasa Copycat @ Duplikasi yang sememangnya satu perkara asas dalam apa jua perniagaan.

Seperti perniagaan franchise, outlet 001 dengan outlet 1,000 mestilah sama dari semua segi. Begitu jua Infinity Downline yang boleh digelar “Human Franchise”. Jadi semua ahli perlu copycat langkah yang sama untuk mempercepatkan langkah ke arah jutawan senyap.

Taja 4 Ahli & Copycat Hingga Level Infinity

Melalui Formula 4Infinity ini, anda hanya perlu menaja 4 orang untuk mencapai syarat lesen Bonus Powerline tidak kira dalam masa sehari atau seminggu ataupun sebulan. Kemudian, duplikasi perkara yang sama kepada 4 orang yang anda taja. Mereka juga perlu menaja 4 orang untuk mencapai syarat lesen.

Adakah sukar mencari 4 ahli dengan modal serendah RM100 dan keuntungan 100% serta bakal dapat infinity downline? Sangat mudah.

Rahsia Limpahan RM100 Mula Terbongkar

Anda mampu jadi jutawan dalam masa 15 hari! Percaya atau tidak? PERCAYALAH! Ini kerana di USA memang ada seorang jutawan dilahirkan setiap 20 hari melalui program Infinity Downline ini. Formulanya cukup mudah. Hanya duplikasi taja 4 ahli baru Infinity Downline.

RM 6,553,400.00! Bunyinya seakan mustahil. Tetapi jika semua orang mengambil sikap positif untuk mengubah kewangan mereka dengan bermodalkan RM100, ianya pasti tidak mustahil. YA! RM100 sahaja untuk kunci kebebasan kewangan setiap orang. Anda pasti mahu bukan!

Dalam dunia realiti, tidak dapat dinafikan pasti ada yang tidak mencapai sasaran. Akan tetapi katakan kita hanya mencapai 10% sahaja daripada potensinya, RM650,000 masih jumlah yang besar. Kalau 1% sekalipun, RM65,000 sudah cukup lumayan untuk usaha anda selama 15 hari.

RM65,000 Berterusan Setiap Bulan?

Katakan pendapatan anda bulan ini RM65,000, anda boleh terus mendapat RM65,000 pada bulan-bulan berikutnya. Caranya mudah sahaja, HANYA BAYAR RM100 pada setiap bulan. Jika anda tidak mahukan RM65,000 tidak mengapa, anda tidak perlu membayar RM100 itu kepada penaja anda.

Tetapi rugilah anda jika lepaskan RM65,000! Adakah RM100 sebulan membebankan berbanding pendapatan RM65,000? Adakah semua orang akan rasa RM100 bulanan itu membebankan jika mereka mampu hidup mewah dengan pendapatan tambahan sebanyak itu?

ANDA FIKIRLAH SENDIRI

NAK JOIN?

Klik website ni

Register, kemudian update-kan profile anda, seterusnya klik pada make payment (kemudian klik pada link warna biru) akan keluar info untuk anda lakukan pembayaran.

Bila sudah buat payment..hantarkan step sms dalam tu untuk saya aktifkan akaun anda..
lepas tu saya akan ajar anda step by step macam mana nak buat, anda cuma follow ajer satu per satu..selepas itu semua template dan sebagainya saya akan bagi. Saya akan buat penerangan menyeluruh supaya anda paham program ni macam mana. Sekarang ini, downline saya paling cepat dalam setengah jam dah dapat balik modal dan yang paling banyak boleh generate RM700 dalam 2 jam je guna fb..

Tools dan pemahaman ringkas mengenai bisnes ini akan diemailkan ke email anda selepas daftar.

Sebarang masalah sila SMS saya 019-95*****. InsyaAllah saya akan cuba membantu.

SAYA TIDAK AKAN BERKONGSI PELUANG INI JIKA IA TIDAK BERMANAFAAT KEPADA SEMUA DAN SAYA JAMIN IA MEMANG BERKESAN MEMBERI PENDAPATAN TETAP MENGIKUT JUMLAH DOWNLINE YANG ANDA DAPAT SETIAP BULAN.

Sekian terima kasih. Wassalam

-A***n-
019-95*****
P/s - klik link di bawah untuk merujuk laman web utama Infinity Downline. Sila buat pendaftaran percuma jika berminat. saya akan berhubung dengan anda nanti !


Infinity Downline
www.infinitydownline.com
Inside this amazing site access to hundreds of hours of training software with ways to put your web site on auto pilot, learn online and offline marketing and computer skills. This is just a quick look at the fantastic information and incredible secrets contained inside "Infinity Downline"

Simbol STAR * di atas bertujuan untuk tidak mendedahkan identiti penghantar.

Begitulah bunyinya,
bila mana saya membaca penerangan itu, terlintas seribu satu soalan tentang status hukum perniagaan ini berikutan terdapatnya unsur-unsur berlawanan dengan syarak, itu pun berdasarkan kefahaman saya menurut penerangan2 tentang Perniagaan & Pelaburan oleh UZAR sendiri.

Oleh sebab ceteknya ilmu pengetahuan saya tentang kewangan Islamik ini maka saya tidak berani untuk bersuara kepada orang ramai tentang masalah ini, hanya sekadar menerangkan secara umum sahaja kepada kenalan-kenalan yang ada bertanya.

Hari ini juga, setelah ditanya oleh kenalan baik saya Ahmad Syahir tentang bisnes ini saya juga menjawab dengan cara yang sama secara umum dan ringkas, kesimpulannya tidak menggalakkan untuk menyertai bisnes ini dan saya juga masih menunggu2 ulasan daripada mana-mana ulama, pakar kewangan Islamik atau pun mana2 ustaz yang bertauliah. Rupa-rupanya, UZAR sudah pun memberikan ulasan yang panjang lebar tentang status hukum bisnes ini dalam blog beliau ALHAMDULILLAH,

3 comments:

cun said...

kenapa link tu error? link hukum tu

Asraf Mahmud said...

Maaf, mungkin website lame kot.. sekarang dah tukar ke website baru dan saya telah edit link yg terbaru. Sila klik link itu semula atau pun pergi ke link yang sy beri ini :

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline--login-facebook-dapat-rm100.html#comments

Terima kasih kerana melawat dan memberitahu..

Asraf Mahmud said...

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline--login-facebook-dapat-rm100.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails