Tuesday, October 20, 2009

Life...Macam-macam.

" Life is not about finding yourself, life is about creating yourself "

Salam semua
(macam ramai je yang follow blog aku nih =P).

Hope korang semua sihat-sihat belaka al maklumla sebulan beraya makan sakan je korang nih pulun pergi open house sana-sini ada jugak yang pergi open house rumah sape2 ntah korang sendiri tak kenal tapi sebab member dah ajak korang follow je la kan? kan? kan?

Mmm..

Untuk raya tahun ini aku sambut alaqadar je. Persediaan untuk raya hari tu pun alaqadar je (budget lari jauh sgt2). InsyaAllah raya tahun depan akan jadi lebih meriah lagi tapi family members mungkin akan berkurangan seorang lagi sebab?..Sebabnya mungkinlah kakak aku sorang lagi tu akan mendirikan rumah tangga paling awal bulan 5 & paling lambat bulan 12 (planning shj)
Apa2 pun kita doakan apa yang terbaik buat dia. Benda yang baik jangan dilambat2kan tapi ayat ni terlalu LEMAH sebab sila pastikan benda yang baik tuh sudah ade planning yang CUKUP2 baik jangan kita pakai rembat je nak kawin dgn anak dara orang tapi duit semua tak stabil lagi...hah!! habis tu korang nak bagi makan ape? Kasih sayang?? Hahahaha.....teringat seseorang yang pernah berkata "duit tu semua tak penting yang penting kasih sayang je aku lebih percayakan kasih sayang je".

Erm...
Sudah mula merapu ke tempat lain.

Okay2. Hope raya tahun depan akan lebih meriah lagi!! Doa2kan jugak aku sempat merasa Ramadhan & Syawal akan datang insyaAllah kalau dipanjangkan umur.

Sekarang pukul 12.27 pagi, baru lepas berSMS dgn *seseorang*. Kitorang berbincang pasal financial masing2..ofcozla bincang pasal macam2 antaranya budget sebelum n selepas kawin nanti cmane walaupun masih muda n masih awal lagi utk berkahwin tapi aku cukup2 pasti masa utk kita merancang dah lama sampai mungkin ramai diantara kita yang sebaya belum merancang dengan teliti tentang perkahwinan masing2...tapi itulah SILAPnya...ramai yang memikirkan tapi tak pernah merancang last2 dah nak dekat2 baru tersedar diri tu dah nak dirikan rumahtangga baru nak planning semua. Aku taknak jadi macam ni kelam-kabut dibuatnya nanti insyaAllah time aku nanti akan jalan dgn lancar dan bukan setakat lancar je malah mengikut kemahuan dan citarasa kami berdua jugak. Setiap kali bercakap pasal benda nih aku sure akan rasa risau gila hmm...tu maknanya kene usaha lebih2 lagi...kene cari $$$$$$ banyak2 lagi.

Ya Allah murahkan lagi rezekiku, kurniakanlah kepadaku rezeki yang melimpah-ruah.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

Dengan doa di atas ni aku habiskan entri kali ini. Entri-entri akan datang akan aku ceritakan dan selitkan gambar2 menarik antaranya gambar2 semasa Majlis Pertunangan kakak aku Nurulbahtiah binti Mahmud Mahayudin dan fieldwork di Melaka.

By the way, minggu ni adalah minggu study week, next week dah start exam. Aku tak habis study lagi!!!

p/s : Thanks to SYAH sebab dia ingatkan aku utk update TWENTYFOURHOURS nie. Kalau tak bilalah aku nak update hahahaa...


Sincerely,
Asraf Mahmud
Keramat,
KL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails