Thursday, October 22, 2009

Ya Allah

Ulasan sedikit utk hari ini.

Hari ini, pagi-pagi lagi aku dah bergegas ke UKM kerana ada urusan penting dipendekkan cerita lebih kurang pukul 1130 pagi aku dah selesaikan semua hal kat UKM dan sampai di Keramat. Elok2 je sampai depan rumah Syah dah call ajak keluar n g lunch sama.

After lunch kitorang lepak kat ofis dia macam biasa, plan lepas lunch nak sambung study ~~ paper yang paling awal adalah paper ASTRONOMI : STSF3312, 27hb Okt 2009, bertempat di Dewan Gemilang~~ So, dalam masa terdekat nih nak fokus kat paper ni je tapi malangnya lepas lunch, badan aku dah rasa nak tumbang, kepala pun dah berat sbb tak tido malam tadi. So terpaksalah amik ubat & pergi tido 'sekejap'. Dalam pukul 5.00ptg tu kitorang pon balik rumah masing2 tapi setengah jam lepas tu aku g jemput Mas kat LRT JELATEK dia baru balik kerja.

Hari ni aku tak sempat nak baca paper sepenuhnya seperti kebiasaan tapi sempatlah jenguk2 baca sekejap online dan aku terbaca pasal ayat Al-Quran yang muncul di badan seorang bayi lelaki di Rusia. Di bawah ni aku sertakan berita tentang kejadian ini yang mana bagi aku sedikit sebanyak dapat memberi peringatan dan kesedaran kepada kita semua insyaAllah. Selamat membaca!!


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails