Wednesday, October 27, 2010

Qasidah Muhammadiyyah - Very Nice

Gelap terang gelap

Kita masih gelap walau sinar terang
"Mereka, dalam gelap semakin terang, sudah terang lagi bersinar. Namun, kita, semakin gelap walau sudah bersinar, makin buta walau sudah tinggi mendaki"

Skuter untuk menyelam di terumbu karang

GAMBAR menunjukkan seorang wanita menggunakan skuter selam ciptaan Andrew Sneath di sebuah kolam renang.

LONDON - Seorang pereka Britain, Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi meneroka kawasan terumbu karang, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka yang tidak pandai berenang boleh menaiki skuter itu untuk meneroka lokasi-lokasi pelancongan di seluruh dunia sehingga kedalaman 30 meter selepas mendengar penerangan mengenai operasinya selama 10 minit.
Pengguna HydroBOB tidak perlu memakai gogal, peralatan pernafasan atau sut selam.
Para pengguna itu boleh memakai cermin mata dan bercakap ketika berada di dalam air.
Sebuah kubah kaca memberi pandangan 180 darjah manakala kenderaan itu dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama sejam di dalam air.
Skuter itu dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot.
Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya, Hydrodome, mengeluarkan 350 HydroBoB untuk disewa di beberapa lokasi pelancongan di dunia termasuk Kepulauan Bahamas, Australia dan Tenerife. - Agensi
[Kosmo Online]

Monday, October 25, 2010

Majlis Nikah - Nurulbahtiah & Fariqe:10/10/10. Majlis Sanding:30/10/10.


Sedikit gambar Majlis Nikah antara "Nurulbahtiah (kakak) & Mohd Fariqe" pada tanggal 10hb Oktober 2010 (10/10/10) yang lalu. Bertempat di kediaman kami di Taman Keramat.


Majlis Sandingan pula akan diadakan pada 30hb Oktober ini bertempat di Dewan Besar UTM. 

Kami mohon limpah kurnia dan inayahNya agar majlis ini akan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. Amin

Saturday, October 23, 2010

"Masjid Dhirar"

Pengertian Masjid Dhirar :

Dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir Masjid Dhirar ialah masjid yang didirikan dengan tujuan memusuhi orang-orang Islam, dan memudharatkan perkembangan Agama Islam, memudharatkan umatnya, membahayakan Dakwah Islamiah sebagaimana Firman Tuhan dalam Surah At-Taubah ayat 107.
Mereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukan kekufuran, untuk memecahbelahkan antara orang-orang Mukmin, untuk menjaditempat mengintip bagi mereka yang memusuhi Allah dan Rasulnya sebelum itu, mereka bersumpah kami bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan mereka berdusta. Firman Allah لا تقم فية ابدا ... الخ.
Ulasan Jawatankuasa :-
Berdasarkan kepada huraian di atas maka mana-mana tempat ibadah yang didirikan dengan maksud-maksud atau salah satu maksud itu adalah termasuk dalam hukum Masjid Dhirar dan bertentangan dengan matlamat ajaran Islam, supaya umat Islam berkenal mesra di antara satu sama lain, berbaik-baik, bersatu padu dan saling bantu membantu. Oleh sebab itu membina masjid baru di tempat yang telah sedia ada masjid dan pembinaan itu adalah suatu amalan yang bercanggah dengan matlamat ajaran Islam, dan masjid itu adalah termasuk di bawah hukum Masjid Dhirar. Pembinaan masjid tidak dikira sebagai suatu amalan kebajikan yang diterima di sisi Allah kecuali ianya dilakukan untuk keperluan para ahli jemaah dan bukan bagi tujuan memecahbelahkan para jemaah.
Di dalam hal ini para Fuqaha" telah menyarankan pendapat-pendapat mereka di dalam kitab-kitab Fekah tentang hukum berbilang Jumaat di dalam satu mukim atau satu Daerah, dan mana-mana tempat yang memerlukan berbilang-bilang Jumaat adalah terlebih dahulu diperlukan mendapat keizinan pemerintah (Ulul Amri) kerana pada dasarnya setiap daerah atau mukim seboleh-bolehnya mestilah mempunyai satu tempat sahaja untuk didrikan Jumaat.
Pendapat Jawatankuasa :-
Atas konsep Dhirar maka mana-mana masjid atau tempat ibadah yang difikirkan boleh membawa berpecahbelah umat Islam serta fitnah adalah wajar dirobohkan sebagaimana Rasulullah s.a.w merobohkan Masjid Dhirar yang telah didirikan bagi menyaingi Masjid Qaba" di masa hayat baginda.

[Sumber : JAKIM]

Tuesday, October 19, 2010

Sunday, October 17, 2010

Terima Kasih Syeikh...

Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani




Alhamdulillah. Syukur kepada Yang Maha Pencipta, Yang Maha Berkuasa. Dengan limpah kurniaNya, Kuliah Subuh bersama Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani telah berjalan lancar dan selamat. Jutaan terima kasih kepada Tuan Syeikh kerana sudi hadir memberi sedikit santapan rohani kepada kami. Walaupun beliau sangat sibuk dalam masa seminggu ini, namun pada hari terakhir beliau di Malaysia, beliau sanggup turun ke Masjid Al-Ansar Taman Keramat untuk mengajarkan ilmunya sebelum beliau bertolak ke Kaherah hari ini. 

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya berpeluang bersama-sama jemaah yang lain dalam majlis ini walaupun kesihatan agak tidak berapa baik. 

Terasa amat rugi jika tidak dapat hadir, masakan tidak, ceramah ini disampaikan oleh bukan calang-calang penceramah, beliau adalah seorang ulama' Mesir, seorang Muhhadith tersohor.

Terkilan sedikit kerana tidak berpeluang bersalam-salaman dengan beliau sesudah selesai kuliah. Juga tidak berjaya mengambil gambar beliau secara dekat. Tidak mengapa, insyaAllah jika ada rezeki suatu hari nanti. Semoga beliau akan hadir lagi ke sini pada masa akan datang. InsyaAllah.

Ceramah beliau adalah mengenai Menjaga 6 Hak Sesama Muslim. Ceramah yang ringkas dan padat. Beliau memberi ceramah dalam Bahasa Arab dan diterjemah secara langsung ke Bahasa Melayu. Selesai ceramah, majlis dibuka pula kepada sesi soal jawab kira-kira setengah jam. Majlis ditamatkan dengan bacaan doa dan semua hadirin dijemput menjamu selera sarapan yang disediakan secara percuma.

Alhamdulillah...

Friday, October 15, 2010

Jemput Hadir - KULIAH SUBUH oleh Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani.

Masjid Al-Ansar Taman Keramat

KULIAH SUBUH

Penceramah : Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani (Mesir).
Tarikh : 17/10/2010.
Masa : Selepas Solat Subuh.
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Al-Ansar.
Anjuran : Masjid Al-Ansar Taman Keramat.

(Ceramah beliau akan diterjemahkan secara langsung ke Bahasa Melayu)

"SEMUA DIJEMPUT HADIR"


Gambar : http://ibnuyunus.blogspot.com/


AL MUHADDITH SYEIKH MUHAMMAD IBN IBRAHIM AL KATTANI.

PENGENALAN DIRI

Nama : Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim.

Asal Keturunan : Nasab keturunannya bersambung sehingga Sayyidina Husain RA.

Bapa : Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim.

Tarikh Lahir : 01 Jun 1946 M. 

Tempat Lahir : Bandar As-Saghr, Iskandariah, Mesir.



BIODATA
Beliau merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini. Kebanyakan kandungan syarahannya tidak terdapat di dalam kitab-kitab kerana ilmunya diambil terus daripada Allah.” Beliau pernah menyatakan, bahawa beliau menjadi sedemikian setelah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah memberikannya kitab karangan Syeikh Yusuf ibn Ismail al Nabhani yang bertajuk Hujjah Allah ‘ala al ‘Alamin. Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya, “Semoga Allah membuka ke atas kamu segala sesuatu.””

Beliau mempunyai ramai guru; di antaranya ialah ayahandanya sendiri, Syeikh Ibrahim ibn Abdul Ba’ith. Beliau mengambil Tariqat al Syazuliyyah daripada ayahandanya ini. Di antara gurunya yang lain ialah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar. Daripada Syeikh Soleh beliau mengambil Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah. Beliau pernah menceritakan pengalaman dengan gurunya ini kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan Sayyiduna Ali t. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain.

Di antara gurunya juga ialah Abu al Faidh al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau mengambil Tariqat al Kattaniah yang dengannya beliau dinisbahkan dengan gelaran al Kattani.

Di antara gurunya juga ialah al Muhaddith Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari. Pada suatu ketika dulu, beliau pernah belajar bersama-sama Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah yang salah.

Di antara gurunya lagi, iaitu sanad beliau yang tertinggi ialah al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau meriwayatkan kitab sanadnya yang bertajuk Fahras al Faharis yang di dalamnya mengandungi senarai 700 orang gurunya.

[ Biodata diambil dari 
http://yaayyuhalwalad.blogspot.com/ ]

Tahniah Malaysia! 12 Emas!!

Gambar : Kosmo Online
Tahniah Malaysia! Tahniah kepada kontinjen Malaysia kerana berjaya memungut 12 pingat emas di temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi. Jumlah pungutan emas ini sekaligus melepasi sasaran awal yang diletakkan MSN iaitu 10 pingat emas. 

Tahniah juga kepada pasukan badminton Malaysia (Mix Doubles, Man Doubles, Man Single) kerana berjaya menambah lagi 3 pingat emas pada hari terakhir temasya semalam. Malang sedikit buat Mew Choo kerana gagal memungut emas dalam Final Perseorangan Wanita, beliau tewas (21-19,21-23,13-21) kepada pemain no.1 India, Sania Nehwal. 

Temasya Sukan Komanwel kali ke-19 ini telah melabuhkan tirainya semalam di Stadium Jawaharlal Nehru. Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan temasya sukan yang berprestij ini, semuanya berjalan dengan selamat dan lancar walaupun terdapat beberapa kekurangan dan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku contohnya dari segi penginapan atlet. 

Sukan favourite aku kali ini adalah Badminton, Squash & Cycling. Bilalah aku nak start main balik sukan-sukan ni? Haishh....

Oklah, akhir kata,
Selamat Tinggal New Delhi, jumpa lagi di Glasgow 2014.

Thursday, October 14, 2010

Riak & Sum'ah VS Ikhlas & Ihsan

Situasi 1
A: (Mendial nombor telefon rakan karibnya)
     Truut truuttt..
B: Hello! 
A: Hello! Kau tengah buat apa?
B: Takde buat apa pun..
A: Ooo... Aku baru balik ni...
B: (silent)
A: (Silent)
B: Baru balik dari mana?
A: Baru balik masjid...
B: Oooo (Errrrrrrr... Macam saje je)

--> Tidak perlu pun si A memberitahu bahawa beliau baru sahaja pulang dari masjid. Amal ibadah kita tidak perlu dihebahkan atau dikhabarkan kepada orang lain.

Situasi 2
Di kedai mamak. Sambil menghirup teh tarik.
B: Sejuknya tengahari ini, dari pukul pagi tadi hujan tak henti-henti.
A: Tulah aku tengah sembahyang Tahajud pukul 4 pagi tadi sejuk gila......
B: -(silent)-

--> Amal ibadah kita tidak perlu dihebahkan atau dikhabarkan kepada orang lain walau dengan apa cara dan bentuk bahasa sekalipun. 

Situasi 3
Dalam surau. Soal jawab bersama seorang ustaz.
A: Ustaz ustaz, saya selalu baca Yassin sebelum tidur, bagus tak kalau macam tu?
Ustaz: Bagus sangatlah tu. (Lain macam je soalan ni)

--> Amal ibadah kita tidak perlu dihebahkan atau dikhabarkan kepada orang lain walau dengan apa cara dan bentuk bahasa sekalipun. 

Situasi 4
Dalam kereta.
A: Aku pergi sekolah semalam, bagi sumbangan sikit untuk sekolah...
B: Ooowhhh.... Baguslah tu (Errr perlu ke dia beritahu)

--> Amal ibadah kita tidak perlu dihebahkan atau dikhabarkan kepada orang lain walau dengan apa cara dan bentuk bahasa sekalipun. Amal ibadah kita hanyalah untuk pengetahuan Allah shj, semata-mata mencari keredhaanNya.

Situasi 5
Seorang suami pergi berwuduk pada pukul 3 pagi untuk menunaikan solat sunat Tahajjud. 
Si suami berwuduk dengan berhati-hati dengan menahan titisan air dengan tangannya supaya titisan air yang jatuh ke lantai itu tidak membangunkan isterinya, dikhuatiri isterinya akan mengatakan dia riak pula.  

*****************************************************

Riya' dan Sum'ah
"Barangsiapa yang beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Dan barangsiapa yang berbuat riya’, maka Allah akan menampakkan riya'nya" 

Tarjih hadis

Hadis ini dikeluarkan dari jalan sahabat Jundub oleh Imam Bukhari dalam sahihnya, kitab al Riqaq, bab al Riya’ Wa Al Sum’ah no. hadis 6,499, halaman 11/335. Imam Muslim dalam sahihnya, Ibn Majah dalam sunannya dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. 

Sebagaimana juga dikeluarkan dari jalan riwayat sahabat Abu Sa’id Al Khudri oleh Imam Tarmidzi dalam Jami’ (sunan)nya, Ibn Majah dalam Sunannya dan Imam Ahmad b Hanbal dalam Musnadnya (no 18.055)

At Tirmidzi berkata: “Hadis ini juga diriwayatkan dari sahabat Jundub dan Abdullah b Amru. Hadis ini adalah Hasan sahih dari sisi ini”...... 

Dalam memberikan komentar mengenai kenyataan Imam Al Tirmidzi ini, Syaikh Abulrahman Al Mubarakfuri berkata: “Hadis Jundub ini telah dikeluarkan oleh Syaikhan (Al Bukhari dan Muslim). Sedangkan hadis Abdullah b Amru telah dikeluarkan oleh Al Thabarani secara marfu’ (sanadnya sampai kepada nabi) dengan lafaz yang sedikit penambahan.

Al Mundzhiri, setelah menyampaikan hadis ini berkata dalam kitab Al Taghrib: Hadis ini diriwayatkan oleh At Thabarani dengan beberapa sanad periwayatan. Salah satunya sahih dan demikian juga Al Baihaqi” 

Makna hadis

Makna hadis ini, barangsiapa yang beramal dengan suatu amal dengan niat agar orang lain mendengar perbuatan dan memujinya, maka Allah akan membalas dengan membiatnya terkenal. Pada hari kiamat kelak, niat amal tersebut akan dibongkar dan dibalas dihadapan makhluk. Dan barangsiapa yang melakukan suatu amal dengan niat agar manusia melihatnya di dunia, (riya’) maka Allah akan membalasnya dengan menampakkan riya’ dihadapan makhluk. 


Pengajaran hadis

Beberapa pengajaran kita boleh dapati daripada hadis ini:

Pertama: Makna Sum’ah dan Riya’ serta berbezaan antara keduanya.

Secara bahasa riya’ berasal dari perkataan ru’yah bermakna penglihatan. Sehingga dalam bahasa arab hakikat riya’ ialah orang lain melihatnya tidak sesuai dengan hakikat yang sebenarnya. Sedangkan sum’ah datang dari perkataan tasmi’(memperdengarkan).

Menurut pandangan syarak, ulama memaksudkan riya’ sebagai seorang hamba yang melaksanakan ibadah yang dapat mendekatkan diri dengan Allah, namun tidak menginginkan balasan dari Allah, bahkan menginginkan dunia. 

Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riya’ ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.” 

Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.” 

Adapun mengenai makna sum’ah dikalangan ulama terdapat perbezaan pendapat. Menurut ibn Hajar “Adapun sum’ah adalah sama dengan riya’ tetapi ia berhubung dengan indera pendengaran (telinga). Sedangkan riya’ melibatkan deria penglihatan” 

Al Izz b Abdussalam menyatakan”Sum’ah adalah dengan cara menyembunyikan amalannya kerana Allah, lalu menceritakan kepada manusia” 

Dari defisini ulama di atas, jelas bahawa terdpat perbezaan antara riya’ dan sum’ah. Menurut Ibn Hajar, perbezaannya adalah pada indera yang digunakan. Sehingga sum’ah itu tidak akan terjadi melainkan kepada perkara yang biasa terdengar seperti membaca al quran, zikir dan sebagainya secara nyaring mengharapkan agar orang lain mendegar lalu memuji perbuatan tersebut.

Sedangkan menurut Al Izz b Abdussalam, sum’ah bersifat lebih umum daripada riya’. Ini kerana riya’ tidak mungkin terjadi amalan hati seperti rasa takut, cinta dan lain-lainnya. Ini membawa maksud riya’ hanya berlaku pada perbuatan zahir sahaja yang dapat didengar dan yang dapat dilihat. Sedangkan sum’ah termasuk amalan hati dan amalan anggota. 

Kedua: Penyebab Riya’ dan Sum’ah

Al Musaibi menyebut bahawa yang menjadi penyebab riya’ adalah kerana “Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada yang dimiliki orang lain”

Ini dapat disimpulkan bahawa puncanya ialah kerana ia amat suka dipuji dan takut dicela. 

Kaedah mengubati penyakit riya’

Pertama: Bermohon dan berlindung dengan Allah agar sentiasa melindungi kita dari penyakit riya’. 

Sabda Rasullulah s.a.w “Wahai sekalian manusia. Peliharalah diri dari kesyirikan ini kerana ia lebih samar dari langkah kaki semut” Mereka bertanya: “Wahai rasullulah s.a.w, bagaimanakah kami memelihara diri darinya padahal ia lebih samar dari kaki semut? Beliar menjawab (lalu membacakan doa):

Ya Allah kami berlindung dari Mu dari perbuatan syirik yang kami ketahui. Dan kami mohon keampunan kepadaMu pada apa yang kami tidak ketahui” 

Kedua: Mengenal riya’ dan berusaha menghindarinya.

Ketiga: Menyedari bahawa kesan akibat kepada riya’ ini adalah satu kecelaan di dunia dan di akhirat.

Keempat: Menyembunyikan dan merahsiakan amal ibadah. Apa yang disembunyikan adalah amalan nawafil sahaja. Sedangkan yang fardhu akan dizahirkan dengan syarat aman dari riya’. 

Kesemua ini tidak akan dapat dilakukan tanpa ada mujahadah dan latihan yang berterusan dan bersungguh-sungguh. 

Wallahualam

Filem : Sang Pencerah




Sepulang dari Mekah, Darwis muda (Muhammad Ihsan Tarore) mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Seorang pemuda usia 21 tahun yang gelisah atas pelaksanaan syariat Islam yang melenceng ke arah sesat, Syirik dan Bid'ah.

Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini ke barat ternyata bukan menghadap keKa'bah di Mekah, melainkan ke Afrika. Usul itu kontan membuat para kiai, termasuk penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Penghulu Cholil Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo), meradang. Ahmad Dahlan, anak muda yang lima tahun menimba ilmu di Kota Mekah, dianggap membangkang aturan yang sudah berjalan selama berabad-abad lampau.

Walaupun usul perubahan arah kiblat ini ditolak, melalui suraunya Ahmad Dahlan (Lukman Sardi) mengawali pergerakan dengan mengubah arahkiblat yang salah. Ahmad Dahlan dianggap mengajarkan aliran sesat, menghasut dan merusak kewibawaan Keraton dan Masjid Besar.

Bukan sekali ini Ahmad Dahlan membuat para kyai naik darah. Dalam khotbah pertamanya sebagai khatib, dia menyindir kebiasaan penduduk di kampungnya, Kampung Kauman, Yogyakarta. "Dalam berdoa itu cuma ikhlas dan sabar yang dibutuhkan, tak perlu kiai, ketip, apalagi sesajen," katanya. Walhasil, Dahlan dimusuhi.
Langgar kidul di samping rumahnya, tempat dia salat berjemaah dan mengajar mengaji, bahkan sempat hancur diamuk massa lantaran dianggap menyebarkan aliran sesat[3].

Dahlan, yang piawai bermain biola, dianggap kontroversial. Ahmad Dahlan juga di tuduh sebagai kyai Kafir karena membuka sekolah yang menempatkan muridnya duduk di kursi seperti sekolah modern Belanda, serta mengajar agama Islam di Kweekschool atau sekolah para bangsawan di Jetis, Yogyakarta.

Ahmad Dahlan juga dituduh sebagai kyai Kejawen hanya karena dekat dengan lingkungan cendekiawan priyayi Jawa diBudi Utomo. Tapi tuduhan tersebut tidak membuat pemuda Kauman itu surut. Dengan ditemani isteri tercinta, Siti Walidah (Zaskia Adya Mecca) dan lima murid murid setianya : Sudja (Giring Ganesha), Sangidu (Ricky Perdana), Fahrudin (Mario Irwinsyah), Hisyam (Dennis Adhiswara) dan Dirjo (Abdurrahman Arif), Ahmad Dahlan membentuk organisasi Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berpikiran maju sesuai dengan perkembangan zaman.[4] [Wikipedia]

Wednesday, October 13, 2010

“Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di NERAKA,”

Assalamualaikum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,"katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin. Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Tuesday, October 12, 2010

Installing Your Husband - Technical Problems


Question:
Dear Tech Support,
Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a distinct slow down in overall system performance, particularly in the flower and jewelry applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5 and then installed undesirable programs such as NBA 5.0, NFL 3.0 and Golf Clubs 4.1. Conversation 8.0 no longer runs, and Housecleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail. What can I do?
Signed,
Desperate

**********************************************************************************
Answer:
DEAR DESPERATE,
First keep in mind, Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an Operating System.
Please enter command: ithoughtyoulovedme.html and try to download Tears 6.2 and don't forget to install the Guilt 3.0 update. If that application works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewelry 2.0 and Flowers 3.5.But remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Beer 6.1. Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta. Whatever you do, DO NOT install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.) Also do not attempt to reinstall Boyfriend 5.0 program. These are unsupported applications and will crash Husband 1.0. In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider buying additional software to improve memory and performance. We recommend Cooking 3.0 and Hot Lingerie 7.7.
Good Luck,
Tech Support

Friday, October 8, 2010

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
www.iLuvislam.com
oleh : everjihad

*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami

ketika melihat kalian, 
apalagi jika kalian diamanahkan Allah 
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan 
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah 

bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh 
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar 
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.







"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.

Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, 
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti 
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...


Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails