Situasi 1
A: (Mendial nombor telefon rakan karibnya)
Truut truuttt..
B: Hello!
A: Hello! Kau tengah buat apa?
B: Takde buat apa pun..
A: Ooo... Aku baru balik ni...
B: (silent)
A: (Silent)
B: Baru balik dari mana?
A: Baru balik masjid...
B: Oooo (Errrrrrrr... Macam saje je)
--> Tidak perlu pun si A memberitahu bahawa beliau baru sahaja pulang dari masjid. Amal ibadah kita tidak perlu dihebahkan atau dikhabarkan kepada orang lain.
Situasi 2
Di kedai mamak. Sambil menghirup teh tarik.
B: Sejuknya tengahari ini, dari pukul pagi tadi hujan tak henti-henti.
A: Tulah aku tengah sembahyang Tahajud pukul 4 pagi tadi sejuk gila......
B: -(silent)-
--> Amal ibadah kita tidak perlu dihebahkan atau dikhabarkan kepada orang lain walau dengan apa cara dan bentuk bahasa sekalipun.
Situasi 3
Dalam surau. Soal jawab bersama seorang ustaz.
A: Ustaz ustaz, saya selalu baca Yassin sebelum tidur, bagus tak kalau macam tu?
Ustaz: Bagus sangatlah tu. (Lain macam je soalan ni)
--> Amal ibadah kita tidak perlu dihebahkan atau dikhabarkan kepada orang lain walau dengan apa cara dan bentuk bahasa sekalipun.
Situasi 4
Dalam kereta.
A: Aku pergi sekolah semalam, bagi sumbangan sikit untuk sekolah...
B: Ooowhhh.... Baguslah tu (Errr perlu ke dia beritahu)
--> Amal ibadah kita tidak perlu dihebahkan atau dikhabarkan kepada orang lain walau dengan apa cara dan bentuk bahasa sekalipun. Amal ibadah kita hanyalah untuk pengetahuan Allah shj, semata-mata mencari keredhaanNya.
Situasi 5
Seorang suami pergi berwuduk pada pukul 3 pagi untuk menunaikan solat sunat Tahajjud.
Si suami berwuduk dengan berhati-hati dengan menahan titisan air dengan tangannya supaya titisan air yang jatuh ke lantai itu tidak membangunkan isterinya, dikhuatiri isterinya akan mengatakan dia riak pula.
*****************************************************
Riya' dan Sum'ah
"Barangsiapa yang beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Dan barangsiapa yang berbuat riya’, maka Allah akan menampakkan riya'nya"
Tarjih hadis
Hadis ini dikeluarkan dari jalan sahabat Jundub oleh Imam Bukhari dalam sahihnya, kitab al Riqaq, bab al Riya’ Wa Al Sum’ah no. hadis 6,499, halaman 11/335. Imam Muslim dalam sahihnya, Ibn Majah dalam sunannya dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya.
Sebagaimana juga dikeluarkan dari jalan riwayat sahabat Abu Sa’id Al Khudri oleh Imam Tarmidzi dalam Jami’ (sunan)nya, Ibn Majah dalam Sunannya dan Imam Ahmad b Hanbal dalam Musnadnya (no 18.055)
At Tirmidzi berkata: “Hadis ini juga diriwayatkan dari sahabat Jundub dan Abdullah b Amru. Hadis ini adalah Hasan sahih dari sisi ini”......
Dalam memberikan komentar mengenai kenyataan Imam Al Tirmidzi ini, Syaikh Abulrahman Al Mubarakfuri berkata: “Hadis Jundub ini telah dikeluarkan oleh Syaikhan (Al Bukhari dan Muslim). Sedangkan hadis Abdullah b Amru telah dikeluarkan oleh Al Thabarani secara marfu’ (sanadnya sampai kepada nabi) dengan lafaz yang sedikit penambahan.
Al Mundzhiri, setelah menyampaikan hadis ini berkata dalam kitab Al Taghrib: Hadis ini diriwayatkan oleh At Thabarani dengan beberapa sanad periwayatan. Salah satunya sahih dan demikian juga Al Baihaqi”
Makna hadis
Makna hadis ini, barangsiapa yang beramal dengan suatu amal dengan niat agar orang lain mendengar perbuatan dan memujinya, maka Allah akan membalas dengan membiatnya terkenal. Pada hari kiamat kelak, niat amal tersebut akan dibongkar dan dibalas dihadapan makhluk. Dan barangsiapa yang melakukan suatu amal dengan niat agar manusia melihatnya di dunia, (riya’) maka Allah akan membalasnya dengan menampakkan riya’ dihadapan makhluk.
Pengajaran hadis
Beberapa pengajaran kita boleh dapati daripada hadis ini:
Pertama: Makna Sum’ah dan Riya’ serta berbezaan antara keduanya.
Secara bahasa riya’ berasal dari perkataan ru’yah bermakna penglihatan. Sehingga dalam bahasa arab hakikat riya’ ialah orang lain melihatnya tidak sesuai dengan hakikat yang sebenarnya. Sedangkan sum’ah datang dari perkataan tasmi’(memperdengarkan).
Menurut pandangan syarak, ulama memaksudkan riya’ sebagai seorang hamba yang melaksanakan ibadah yang dapat mendekatkan diri dengan Allah, namun tidak menginginkan balasan dari Allah, bahkan menginginkan dunia.
Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riya’ ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”
Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”
Adapun mengenai makna sum’ah dikalangan ulama terdapat perbezaan pendapat. Menurut ibn Hajar “Adapun sum’ah adalah sama dengan riya’ tetapi ia berhubung dengan indera pendengaran (telinga). Sedangkan riya’ melibatkan deria penglihatan”
Al Izz b Abdussalam menyatakan”Sum’ah adalah dengan cara menyembunyikan amalannya kerana Allah, lalu menceritakan kepada manusia”
Dari defisini ulama di atas, jelas bahawa terdpat perbezaan antara riya’ dan sum’ah. Menurut Ibn Hajar, perbezaannya adalah pada indera yang digunakan. Sehingga sum’ah itu tidak akan terjadi melainkan kepada perkara yang biasa terdengar seperti membaca al quran, zikir dan sebagainya secara nyaring mengharapkan agar orang lain mendegar lalu memuji perbuatan tersebut.
Sedangkan menurut Al Izz b Abdussalam, sum’ah bersifat lebih umum daripada riya’. Ini kerana riya’ tidak mungkin terjadi amalan hati seperti rasa takut, cinta dan lain-lainnya. Ini membawa maksud riya’ hanya berlaku pada perbuatan zahir sahaja yang dapat didengar dan yang dapat dilihat. Sedangkan sum’ah termasuk amalan hati dan amalan anggota.
Kedua: Penyebab Riya’ dan Sum’ah
Al Musaibi menyebut bahawa yang menjadi penyebab riya’ adalah kerana “Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada yang dimiliki orang lain”
Ini dapat disimpulkan bahawa puncanya ialah kerana ia amat suka dipuji dan takut dicela.
Kaedah mengubati penyakit riya’
Pertama: Bermohon dan berlindung dengan Allah agar sentiasa melindungi kita dari penyakit riya’.
Sabda Rasullulah s.a.w “Wahai sekalian manusia. Peliharalah diri dari kesyirikan ini kerana ia lebih samar dari langkah kaki semut” Mereka bertanya: “Wahai rasullulah s.a.w, bagaimanakah kami memelihara diri darinya padahal ia lebih samar dari kaki semut? Beliar menjawab (lalu membacakan doa):
Ya Allah kami berlindung dari Mu dari perbuatan syirik yang kami ketahui. Dan kami mohon keampunan kepadaMu pada apa yang kami tidak ketahui”
Kedua: Mengenal riya’ dan berusaha menghindarinya.
Ketiga: Menyedari bahawa kesan akibat kepada riya’ ini adalah satu kecelaan di dunia dan di akhirat.
Keempat: Menyembunyikan dan merahsiakan amal ibadah. Apa yang disembunyikan adalah amalan nawafil sahaja. Sedangkan yang fardhu akan dizahirkan dengan syarat aman dari riya’.
Kesemua ini tidak akan dapat dilakukan tanpa ada mujahadah dan latihan yang berterusan dan bersungguh-sungguh.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment