Sunday, August 21, 2011

Menolak tanggapan bahawa Rasulullah SAW adalah kufur sebelum diturunkan wahyu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata; "Para Sahabat bertanya; Ya RasuluLlah, bilakah kenabiyan diwajibkan bagimu?" sabda RasuluLlah saw; "Ketika Adam berada dalam proses kejadiannya di antara roh dengan jasad." (at-Tirmidhi, Hadis Hasan Sahih Gharib)
Hadis ini menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan sebelum kejadian mendapat wahyu di Gua Hira, Nabiy saw kesayangan kita adalah berada dalam kuffur adalah tertolak...

Golongan yang berpegang kepada Surah adh-Dhuhaa ayat.7 dan 8 bukan bermaksud RasuluLlah sesat atau kuffur... Golongan Wahabi yang berpegang ayat "dholin" di sini membawa maksud "sesat" sama seperti "dholin" pada Surah al-Fatihah adalah bercanggah. "Dholin" pada Surah al-Fatihah membawa maksud "sesat" manakala "dholin" pada Surah "adh-Dhuha" di sini membawa maksud kebingungan...

Bukan sesat tidak beriman.
Yang sesat sebenarnya ialah Wahabi itu sendiri yang suka menuduh orang lain sesat...

-Ustaz Sidi (Lebai Kampung)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails