Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak

 

Ramadhan bukan sahaja setakat keampunan dan ganjaran Allah semata-mata. Hakikat ramadhan adalah lebih dari itu. Ianya adalah tentang hubungan antara Pencipta dengan apa yang diciptakanNya. Bersabarlah ketika bersahur dan bersabarlah ketika berbuka, berpuasa itu bukan untuk menyangkan perut (jasad) tetapi ianya untuk menyangkan roh dengan amalan. Janganlah kita hilangkan pahala seharian berpuasa apabila tiba waktu berbuka.dan janganlah kita jadikan puasa kita ini seperti debu-debu yang ditiup angin iaitu berpuasa tetapi meninggalkan solat fardhu. Jadilah seorang hamba yang ikhlas menghambakan diri kepadaNya (dan bukannya menjadi hamba pada 'bulan ramadhan').[edited] - Ustaz Nor Rashidi bin Haris al-Jihini 


Soalan cepumas : Bagaimana sekiranya ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita?


Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua folower dan pembaca blog AkuKertasPutih

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails