Perbandingan di antara 3 darjat ma'rifat :
1. 'ILMUL YAKIN : Seseorang itu mengenal tuhan
dengan tahu adanya makhluk ini, seumpama dia mengenal rupa bentuk gula tanpa
dia merasai apa-apa nikmat gula itu, ini adalah martabat orang awam, syurga
belum terjamin baginya. Contoh lain seumpama seseorang yang melihat kepulan asap dari jauh tetapi dia tidak melihat api itu, namun yakinlah dia bahawa di sana ada api melalui dalil adanya asap tersebut.
Penerangannya, darjat pertama ('ILMUL YAKIN) hanya darjat "tahu dalilnya" sahaja dan bukan darjat pengalaman.
Penerangannya, darjat pertama ('ILMUL YAKIN) hanya darjat "tahu dalilnya" sahaja dan bukan darjat pengalaman.
2. 'AINUL YAKIN : Seseorang itu mengenal tuhan dengan merasai kelazatan zawq , seumpama dia mengenal gula dengan dia merasai nikmat gula itu setelah disentuhkannya gula itu pada lidahnya, ini adalah martabat para wali, syurga wajib terjamin baginya. Contoh lain seumpama seseorang yang pergi melihat api itu sendiri dengan matanya maka yakinlah dia bahawa api itu benar-benar wujud di sana.
Penerangannya, darjat kedua ('AINUL YAKIN) adalah darjat merasai pengalaman dengan merasai "melihat".
3. HAQQUL YAKIN : seseorang itu mengenal tuhan dengan dia merasai kelazatan zawq yang teristimewa, seumpama dia mengenal hakikat gula dengan dia merasai nikmat gula itu setelah disentuhkannya gula itu pada lidahnya kemudian ditelannya gula itu, ini adalah martabat para wali yang teristimewa, syurga wajib terjamin baginya dan teristimewa. Contoh lain seumpama seseorang yang menyentuh dan membakar jarinya sendiri dengan api, maka yakinlah dia dengan sebenar-benar pengalaman merasainya yang sangat kemuncak.
Penerangannya, darjat ketiga (HAQQUL YAKIN) pula adalah darjat merasai pengalaman tertinggi dengan "merasai kemuncak yang hakiki".
Kedua-dua darjat terakhir inilah yang sebenar-benarnya ma'rifah. Dalam ilmu tasawwuf dinamakannya dengan "zawq" (rasa) iaitu
"merasai" hakikat sebenar ma'rifah.
Semoga kita dipimpinNya ke destinasi pilihan kita......
Semoga kita dipimpinNya ke destinasi pilihan kita......
No comments:
Post a Comment