Mutiara Hati Tuan Guru Jahid Sidek al-Khalidi
Penegasan " DENGAN NAMA ALLAH " -BILLAH
Dengan nama Allah itu hendaklah
sebut nama Allah berulang-ulang terus menerus sehingga penuh zahir dan batin
sehingga seolah-olah melimpah keseluruh alam. Maka, pada ketika itu barulah
"dengan nama Allah". Jika menyebut Bismillah bukan semata-mata
bismillah tetapi beserta Allah dalam ingatan zahir dan batin.
(Kuliah Malam Jumaat 10/12/11)
Semasa
berzikir, ingatlah atau rasakan kita berada di dalam KEGELAPAN YANG
BERLAPIS-LAPIS. Yang berada di dalam kegelapan itu adalah RUH kita. Walaupun
tubuh zahir kita sentiasa berada dlm terang...terangnya alam, terangnya bulan,
terangnya cahaya lampu dsbnya, namun hakikatnya RUH kita tetap berada di dalam
kegelapan kerana tidak kenal lagi pada Allah seperti sebelum ruh masuk ke
tubuh. Sebelum lahir kedunia, Ruh kita cukup terang dan sangat kenal dengan
Allah.
Ruh
kita tidak kenal lagi dengan Allah kerana HIJAB AL-KAWN (hijab kejadian).
Dan hijab al-kawn yg paling besar bagi kita adalah tubuh/jasad kita sendiri.
Maka itulah, setelah kita mati, kita akan kenal semula kepada Allah kerana pada
ketika itu pandangan ruh kita akan kembali terang dan tajam (tidak ada lagi
hijab al-kawn).
Semasa
kita hidup, kita masih berpeluang untuk mengenal ALLAH....iaitu dengan jalan
BERZIKIR. Apabila berzikir dengan menyebut...ALLAH, ALLAH, ALLAH... terus
menerus sepanjang masa, siang dan malam, ketika berbaring atau duduk
dsbnya...maka ALLAH akan mendengar kita dan ALLAH akan kenal kita. Apabila
ALLAH kenal kita barulah DIPERKENALKAN diri-NYA kepada kita.
Ringkasnya,
Begitulah maksud nak kenal
ALLAH itu mesti dengan nama-NYA. Namanya itu apa? Adalah ALLAH. Bagaimana
DENGAN nama-NYA itu? Adalah dengan menyebut/zikirkan ...ALLAH, ALLAH,
ALLAH....terus menerus.
Adab seseorang mukmin terhadap ALLAH yang paling penting ada 4 perkara:
1. sentiasa ingat
akan nama-Nya
2. sentisa
menyedari akan wujud-Nya
3. sentiasa
menyedari akan keagongan-Nya
4. sentiasa
menyedari akan kesempurnaan-Nya
*
menyedari meaning 'muraqabah'
Kesan
positifnya ialah hati mukmin tersebut akan jadi mutmainnah, rasa takutnya
hati kepada ALLAH dan pergantungan hati kepada rahmat-Nya menjadi
seimbang. Mukmin itu akan menjadi sebaik-baik mukmin sehingga bala' dan
nikmatnakan dirasai sama pada pandangan hatinya, tetap baik baginya.
Tulisan Azza Izzi
No comments:
Post a Comment