Sunday, January 3, 2010

Singapore Trip

Maaf kerana terlalu banyak hal saya telah lambat upload gambar-gambar menarik semasa di Singapura. Saya malas nak mengulas setiap gambar, banyak sangat hehe.







































































Sedikit kesimpulan,

Saya amat berpuas-hati kerana misi saya untuk melihat bandar Singapura akhirnya tercapai, lebih-lebih lagi dapat dirakamkan menggunakan kamera digital Sony 13.8px yang tak seberapa. Kalau bawak kamera SLR ni lagi cantik gambar-gambarnya.

Kagum dengan kecantikan bandarnya, pelbagai rupa bentuk binaan yang cantik lagi unik. Tersusun rapi dan persekitaran yang bersih. Bangunannya yang tinggi-tinggi dan rapat membuatkan cuaca yang panas terasa nyaman sekali, ditambah pula dengan kerimbunan pohon-pohon hijau membuatkan mata sedang memandang.

Walaupun bandarnya lebih maju dan moden berbanding Kuala Lumpur, Malaysia namun kami masih lagi boleh merasai ketenangannya, menarik kan?

Misi saya tercapai!

Shopping? itu bukan misi saya kali ini mungkin trip kedua hujung tahun ini shopping adalah misi utama saya hahaha bukan apa banyak juga barangan branded yang harganya jauh lebih rendah berbanding di Malaysia, berbaloi jugaklah. Akan datang, bila tiba masa ingin mendirikan rumahtangga, mungkin di sinilah tempat yang akan saya datang untuk membeli-belah barangan hantaran seperti perfume (sudah semestinya), handbag, kasut, jam tangan dan sbgnya. Serius.

Harap lepas ini saya akan berpeluang lagi untuk ke sana atau ke mana-mana negara luar lagi, seronok dapat penuhkan lagi passport!

Walaubagaimanapun, saya masih lagi berpendapat adalah sangat bertuah saya menetap di Malaysia berbanding di Singapura, 'hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails