Wednesday, March 17, 2010

Mulut laser? Mulut celupar? Mulut tak makan saman?

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga ibu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang anakku” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai ibu” Si ibu berfikir, apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebatang paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik ibu” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan? tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. "Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?"

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan sangat-sangat terpuji tetapi berusaha agar kita menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain lagi adalah jauh lebih lagi terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di luar lebih-lebih lagi jika ada yang berdendam.

(Kredit to iluvislam)

2 comments:

iXa said...

thanks for sharing. betul juga tu. apologizing is not a ticket to hurt people's feelings. hm.

Salik said...

yup...apologizing is not a ticket and hurting people is an option...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails