Wednesday, March 3, 2010

Teruk betul orang macam ni...

Pelik...

Tempoh hari saya ada tulis entri berkenaan bisnes terbaru iaitu Infinity Downline, sila klik sini.

Selepas keluarnya ulasan penuh status hukum perniagaan ini yang dibuat oleh Ustaz Zaharuddin, pelbagai hujah dilemparkan oleh para penyokong tegar ID ini, malangnya hujah-hujah berkenaan hanyalah menyentuh isu-isu ranting dan bukannya isu pokok.

Yang sangat menyedihkan adalah mereka menentang serta mempertikaikan bukan saja hujah Ust Zaharuddin bahkan ilmunya juga, jika pertikaian itu dibuat oleh orang yang setaraf ilmunya tidak mengapa tapi ini tidak malah kebanyakan komen mereka berbaur emosi semata-mata sehinggakan saya juga dituduh ahli-ahli tegar ID bertuhankan Ustaz Zaharuddin pula akibat menyokong hujah-hujah ustaz. Sehingga sekarang saya masih mencari-cari hujah kuat yang menyokong bisnes ini berdasarkan sudut syariah, tapi masih belum jumpa, dan berkemungkinan tiada langsung.

Ini antara komen yang berbaur emosi yang dipetik daripada blog Uzar :
Klik sini untuk paparan yang lebih besar

Jika benar bisnes ID ini mematuhi kehendak syarak, maka saya cadangkan pihak pengurusan Infinity Downline Malaysia merujuk sepenuhnya ke mana-mana ulama atau penasihat-penasihat syariah yang bertauliah. Buat pengetahuan anda, Ustaz Zaharuddin ini antara salah seorang penasihat syariah yang bertauliah di Malaysia, jadi persoalan rendahnya ilmu beliau berkenaan kewangan Islamik/fiqh muamalat dan kewangan moden tidak sepatutnya wujud dan tidak sepatutnya dipertikaikan.

Namun, kali ini saya ingin menunjukkan beberapa komen di laman Facebook UZAR berkenaan isu ID ini, ahli-ahli ID ini telah menggunakan pernyataan-pernyataan daripada beberapa artikel Uzar dalam blognya untuk menghalalkan perniagaan mereka di dalam website mereka.

Pelik...dan geram...

Mereka menggunakan artikel-artikel Uzar untuk menyokong dan menghalalkan perniagaan mereka tetapi dalam masa yang sama mereka juga menentang habis-habisan ulasan panjang lebar Uzar berkenaan STATUS HUKUM INFINITY DOWNLINE.

Berikut adalah beberapa komen yang dipetik dalam Facebook Zaharuddin.net :

Klik sini untuk paparan yang lebih besar

Berikut pula adalah link website Infinity Downline dengan menggunakan nama Infinity Downline Success Builders Malaysia :



2 comments:

iXa said...

aku tak sebelahi sapa2 sebab aku bukan dalam position utk menilai. aku nak bercakap dari suduh usul fiqh. dalam erti kata lain, macamana sesuatu hukum tu boleh ditentukan.

usul fiqh ialah satu cabang dalam islam, dan cabang kecilnya ialah proses penentuan hukum. contoh paling simple yang kita belajar dari sekolah, macam mana dadah tu dikatakan haram sedangkan tak ada dalam Quran? Penggunaan analogi atau QIYAS diaplikasikan. 'Illah atau sebab pengharamannya sama dengan sebab pengharaman arak iaitu mengkhayalkan atau memabukkan.

itu satu contoh.

jadi since aku pun tak tahu apa-apa pasal infinity ni, pihak2 yang berwajib harus kaji balik, tengok kemaslahannya, pro and cons ke, kat mana ada GHARAR atau keraguannya, kat mana yang boleh jadi haram dan sebagainya.

Bagi mamat yang komen yang kata bukan kita yang patut tentukan hukum haram ke halal, itu betul. kerana kita tak layak jadi mujtahid. in fact zaman sekarang susah betul nak jumpa orang-orang yang betul-betul cukup qualification nak jadi mujtahid. sebab tu kita ada majlis fatwa. dan katakan majlis fatwa dah kata haram, maka kita sebagai rakyat akan berdosa tak ikut fatwa tu.

kalau sesuatu tu meragukan, bagus kita bahaskan supaya dapat satu kesimpulan. masing-masing ada hujah masing-masing. tapi keputusan akhir kena dibuat supaya tak ada sesiapa yang menanggung beban dosa akhirnya.

wallahualam.

Salik said...

Hehe..

Memang betul expectation aku, memang macam ni jawapan yang jangka daripada kau..

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails