Wednesday, June 2, 2010

Mavi Marmara - latest

1. Dipercayai seramai 610 aktivis yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza telah ditahan di sebuah penjara di kawasan selatan Israel dipercayai penjara Beersheba.

2. 12 orang rakyat Malaysia juga turut ditahan di penjara Beersheba dan berada dalam keadaan selamat. Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata Kementerian Luar berusaha untuk membawa kesemua rakyat Malaysia pulang.

3. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan segera ke atas Israel.

4. Israel menyiarkan 'kononnya' terdapat senjata yang dirampas dari kapal Mavi Marmara antaranya pisau, parang, tukul, spanar, lastik, topeng gas dan bahan letupan.

5. Israel juga masih lagi mempertahankan serangannya atas alasan mereka diserang dahulu walaupun ramai yang mendakwa mereka tidak menyerang dahulu malah telah mengibarkan bendera putih sejak awal lagi.


6. Jika benar mereka menyerang dahulu, dengan senjata apakah yang digunakan? Adakah mereka menyerang dengan senjata api atau bahan letupan? Dalam rakaman pihak tentera Israel menyiarkan bahawa aktivis-aktivis kapal Mavi Marmara membaling beberapa objek ke arah kapal komando Israel. Persoalannya, adakah komando Israel berhak menyerang mereka dengan senjata api malah mengorbankan nyawa beberapa orang aktivis? dan apakah hak Israel mengambil tindakan sebegini di perairan antarabangsa?

7. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersuara lantang mengutuk dan mengkritik tindakan Israel berikutan terkorbannya beberapa rakyatnya dalam serangan tempoh hari. Beliau juga mengatakan bahawa hubungan antara Turki dan Israel berada di hujung tanduk. Katanya lagi "Jangan menguji kesabaran Turki" dan "Kebencian Turki sama kuatnya dengan persahabatan yang ditawarkan kepada Israel"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails