Tuesday, June 8, 2010

Undi-undi! Saya musykil !!






Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mempunyai beberapa persoalan berkenaan politik.

Jika ada sesiapa yang tahu jawapannya, saya mohon anda kongsikan dengan saya dan pembaca-pembaca yang lain.


1. Apakah hukum orang yang mengundi pemerintah yang melakukan kemungkaran?

2. Apakah pilihan untuk mengundi kita jika kedua-dua pemerintah dan pembangkang melakukan kemungkaran?

3. Adakah kita sama-sama menanggung dosanya sekiranya kita mengundi parti yang ada melakukan kemungkaran?



Setakat itu sahaja. Harapan saya ada yang sudi menjawab beberapa soalan saya ini.


Terima kasih.



Tambahan :

“Akan dilantik para pemimpin yangg kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) & kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yg berdosa) sesiapa yang redha & menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat” (Riwayat Muslim).

4 comments:

iXa said...

Yey bab ni pun dah belajar kat UIA.

1. Kalau tak mengundi pun kita dikira tidak melaksanakan tanggung jawab sebagai Muslim kerana tidak memiilih pemerintah.

2. Ada dua perspektif dalam mengundi. Satu, kita undi dalam memilih individual (ahli parlimen atau ADUN kawasan) dan kedua, Parti.

Jika kita mengundi atas dasar percaya akan kewibawaan INDIVIDU yang kita pilih tak kira parti, maka terlepas t/jwb lah daripada segala persoalan ko tu.

Tp kalau kita mengundi atas dasar PARTI, this is a bit complicated. If say ko undi utk parti yang perjuangkan Islam sekalipun, kita kena ingat bahawa sekarnag ni ada BA dengan BN, yang mana BA sekarang ni gabungan beberapa parti termasuk yg bukan Islam sekalipun. Jadi, sama sahaja kalau undi BN. Camtulah lebih kurang.

What's best is to undi on individual basis. Kita pilih pemimpin kawasan yang kita percaya dan ada kredibiliti, dan kita percaya pada dia untuk menyalurkan pendapat kita melalui dia.

gebitu. dan wallahu'alam.

Asraf Mahmud said...

Thanks so much share pendapat.

Ok. lets say kalau ada dua individu dari parti berbeza n actually dua-dua ni pun tak berapa 'bersih' sgtla ataupun dua-dua ni memang bagus. So kita kene undi sape yang paling kita percayalah kan? Betul?

Ok so persoalan kedua : kita undi individu tu berdasarkan kpd kepercayaan kan? Tapi kepercayaan yang macam mana? (maksud aku garis panduan dari segi Islamla)

Pendidikan?
Agama?
Bangsa?
Harta?
Paling mesra rakyat?
Paling boleh bantu rakyat?
Akhlak?
Pandai berucap?
Bersemangat?
Paras-rupa (errrr)?

choco said...

Dia ada ciri-ciri pemimpin. Ni belajar time first year tapi lupa dah. Antaranya ilmu, agama etc.

Mungkin kita boleh pilih yang paling dkt dengan ciri-ciri di atas. ishk taksure la.

-akula izzah

Asraf Mahmud said...

Awat tak ingat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails