Monday, November 30, 2009

Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima




Salam.

"HAPPY MONDAY!!"

Harap semua berada dalam keadaan baik dan sihat maklumlah 3 hari bercuti nak pulak asyik makan daging je kan? Dalam 2-3 hari ni aku banyak habiskan masa dengan family je samada kat rumah ataupun kat luar. 1st day : Rendang daging, 2nd day : Sup daging, 3rd day : daging bakar...haa semuanya daging-daging belaka. Tu yang malam tadi aku sampai rasa nak demam-demam mungkin sebab banyak sangat minum ais sampai tekak pon dah mencanak-canak sakit nih. Okay, so habis sudah weekend aku kali ini dengan amat memuaskan sebab dapat gather satu family selama 3 hari, jarang kitorang dapat gather lama-lama macam ni selalunya kejap-kejap je. Harap korang semua pun mcam tu jugak, GEMBIRA!

Untuk entri kali ini aku post tentang AMALAN SEDEKAH yang kerap kali dipandang mudah oleh segelintir daripada masyarakat kita hari ini. Yang mana selalu bersedekah tu baguslah, amal-amalkan selalu, tapi awas jangan sedekah kalau tak ikhlas ye. Sebelum tu, korang baca dulu cerita di bawah sebagai sedikit introduction untuk entri kali ini.

Diceritakan dalam sebuah hadis yang berbunyi :

Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang dibuat daripada besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedasyat manapun nescaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Dasyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".

Ini bermakna apa yang paling hebat, paling kuat dan paling dasyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Demikian juga disebutkan dalam firman Allah S.W.T :

“Tidakkah mereka tahu bahawa Allah menerima taubat dari hamba-Nya dan menerima sedekah..” ( At-Taubah : 104 )

“Allah S.W.T menghapuskan (berkat) riba dan menambah (berkat) sedekah..” ( Al-Baqarah : 276 )

Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan arab yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah. (Wikipedia)

Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar-benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq itu sendiri iaitu mengeluarkan sebahagian daripada harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.

Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas berbanding infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan aspek material, manakala sedekah merangkumi aspek material dan bukan material.

Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah pun berzakat tetapi masih mempunyai harta yang berlebihan maka ini sangatlah digalakkan untuk berinfaq dan bersedekah.

Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan juga memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran ke atas nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam. Sedekah umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu sedekah wajib (zakat) dan sedekah sunat. Ditekankan di sini ialah sedekah sunat dipandang ringan sesetengah pihak tetapi sebenarnya ia memberikan manfaat yang besar seperti dapat meringankan beban dan penderitaan si penerima, khususnya di kalangan orang fakir, miskin dan anak yatim.

Jika menurut penjelasan Imam Syafie Rahimahullah “Orang fakir ialah orang yang tidak berharta dan tidak ada mata pencarian (sumber rezeki), manakala orang miskin pula ialah orang yang ada harta (ala kadarnya) atau ada mata pencarian tetapi tidak mencukupi sara hidupnya”.

Baginda Rasulullah s.a.w menerangkan golongan yang dikatakan fakir miskin, seperti dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, maksudnya:

“Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat satu atau dua suap makanan atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang men cukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.” (Hadis sahih, riwayat Imam Ahmad).

Ingatlah! Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Sekecil dan sedikit mana sedekah yang dihulurkan, ianya cukup bermakna kepada si penerima yang hidup dalam serba kekurangan malah sedekah yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman dan kegembiraan walaupun hanya untuk sementara.

“Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang balasan darimu atau ucapan terima kasih.” (al-Insaan : 8-9)

Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya. Antaranya adalah:

Dapat melipatgandakan pahala.

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

Dalam suatu riwayat oleh segolongan ulama Hadis disebukan : “Pada malam diisrakkan, aku melihat di atas pintu syurga bertuliskan: Sedekah dilipatgandakan lapan belas kali seumpamanya dan memberi hutang dilipatgandakan lapan belas kali. Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, Allah akan memudahkan di dunia dan di akhirat”

Hapuskan sikap sombong dan bangga diri.

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( Hadith Riwayat Tabrani )

Mengelak bala bencana.

Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( Hadith Riwayat Al-Baihaqi )

Janganlah ditangguh-tangguh sedekah itu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah s.a.w lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi s.a.w menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu (Hadith Riwayat Al-Bukhari )

“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

Tidak mengurangkan harta.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Mati dalam keadaan diterima Allah.

Dalam suatu riwayat : “Sesungguhnya dengan sedekahlah menghindarkan tujuh puluh pintu (kemungkinan) mati dalam keadaaan tidak diterima Allah S.W.T.

Sedekahlah kepada semua

Seorang cendekiawan Muslim, Sheikh Ahmad Kutty, dipetik sebagai berkata: “Islam menggalakkan pemberian sedekah kepada semua manusia, tanpa mengira perbezaan agama, kaum, warna atau bahasa.”

Cuma, menurut fatwa yang pernah dikeluarkan hendaklah didahulukan bersedekah kepada saudara di ka langan orang Islam sebelum bersedekah kepada orang bukan Islam.

Oleh itu, marilah kita perbanyakkan sedekah kerana sedekah itu banyak manfaatnya di dunia dan di akhirat. Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara : Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), Ilmu yang berguna dan diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”. Janganlah kita tangguh-tangguhkan kemampuan untuk bersedekah itu walaupun ianya hanyalah sebiji kurma. Jika semua umat Islam hari ini dapat mengamalkan sedekah nescaya umat Islam serata dunia akan dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan tenteram. Tiada lagi fakir miskin tiada lagi orang miskin. Wallahualam.





Saturday, November 28, 2009

Gambar waktu Raya Aidiladha & One Utama with family

Salam.

Jumpa lagi kali ni dengan entri yang terkini.

Alhamdulillah, Aidiladha kami kali ni dapat disambut dengan lancar walaupun sambutannya hanya alaqadar serta tidak membazir namun dapat mewujudkan perasaan gembira antara kami sekeluarga.

Dua tiga hari ni aku lebih banyak luangkan masa dengan family di rumah mahupun di luar. Perasaaan utk 'spent time' dgn family lagi kuat maa...berbanding dgn kawan-kawan. So, dua tiga hari ni aku dah tolak banyak ajakan member-member utk keluar hang out ke mana-mana walaupun utk menonton perlawanan Chelsea (feveret nih) & Arsenal nanti haha.

Rasa melepak dgn family kat rumah lagi rasa BEST!. Yela, bukan senang nak dapat lepak & gather satu family ramai-ramai, dapat peluang macam ni memang syokla, sampai ada rasa jugakla tak nak diganggu oleh deringan handphone mahupun bunyi SMS dari sesiapa pun hahahaha.

InsyaAllah, lepas dorang semua balik nanti bolehla kita sambung apa-apa yang patot okay!! Jangan amik-amik hati naa, aku sekeh korang nanti kehkeh.

Tambah pulak, sekarang ni tak tahulah kenapa rasa nak bercuti ke mana-mana tempat yang takde line coverage je hehe tapi takleh pulak nanti 'org tersayang' tak dapat contact hahaha sempat-menyempat lagi.

Okaylah sebenarynya entri kali ni nanti tunjuk kat korang beberapa gambar family aku.

Enjoy!

ni Imran (Imyan) si botak dan bulat kehkeh..anak buah aku ni (anak ke-3 abangah aku)


Menangis

Ni gambar kat One Utama..bayar deposit kereta kecik nih RM50, sejam kalau tak silap RM3 kot.

Yang tengah berdiri atas kereta tuh nak anak pertama abangah, Nia Insyirah

Ni akak aku (Kak Zatul, tengah mengandung anak pertama bulan depan dijangka bersalin) & dalam kereta kecik tu Haikal anak ke-2 abangah..
*aku gelar si Haikal ni Dafi sebab suke nangis2 kadang2 mengalahkan adik dia si botak tuh*

Sekali kat situ ada pameran keretala pulak, ada sport car (Nissan Fairlady 370z) yang aku suka pulak tuhh..350z pon aku suke..tak tahulah memang minat dah lama dah kereta ni MINAT SANGAT!!






Smart tak? Besar giler rim dia dah la kereta ni warna putih pulak tuh memang feveretla

Smart kan? kan? Lighting baeknya punyer

Perh...bontot dia memang mantapla...solid habis!!

Sekali harga haa amik!! Beli kereta macam ni adalah satu pembaziran ye adik2. Jangan amalkan, baik beli rumah jer =(

Ni la sebahagian besar ahli keluarga aku, abah takda dia pergi sembelih lembu dekat surau @ Sg. Buloh


Ni bukan CENDOL ye ni adalah SANTANDOL!!

Tak sedap!!

Ni akak aku sorang lagi, Kak Nurul (kitorang panggil Yuyu je)

Kak Zatul, Mak aku, Nia, Kak Inaz(kakak ipar) dan juga Abangah tu tgh makan

ni budak kecik ni sampai tertidor penat agaknye drive dari Johor sampai Kelantan kan sian dia penat...haha

dalam kereta ni pon leh layannn...

Imyan tengah posing

Nia Insyirah


Sukenye dia...

Beli baju baby...

Okay. tu je gambarnya tapi ada lagi gambar dalam kamera abg Radzi (abg ipar). Nanti kalau ada peluang aku letak ok.


Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Sempena Hari Raya ini marilah kita hayati erti pengorbanan yang
sebenar-benarnya.

Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Mari ke dapur......!! - Part II


Ni sambungan gambar-gambarnya

Kacang2

Close up sikit

Kelapa tadi yang dah garing

Kucing-kucing yang tengah tunggu turn nak kene sembelih esok pagi

Ni kucing yang dah siap disembelih ahahaha takdelah ni ayamla

Start memasak rendang ayam

Kuah kacang

Ayam yang digoreng separa masak utk elakkan daripada cepat basi

Berasap-asaaaap




Dah hampir masak..japlg masaklah

Ha tengok...kejap je dah masak dah ahahhaaa dah boleh makan!!

Mari ke dapur......!!

Salam.

Haha esok dah raya haji, jadi hari ni kene buat persiapan sikit-sikit untuk esok.

Kitorang sambut dengan persiapan alaqadar je tak kurang tak lebih. Setakat kemas-kemas rumah sikit dan tolong mak aku masak apa-apa yang patut, untuk raya esok mak aku masak rendang ayam hari ni nyam nyam....tu tgh buat kerisik kat dapur.

Memandangkan dekat rumah dah takde anak dara dah yang boleh tolong (owh ada tapi kakak aku kerjala) jadi aku je yang tinggal sebagai anak teruna nak taknak kenela tolong sikit-sikit kupas2 & potong2 bawang satu bakul, potong2 serai, asah2 pisau dan macam2 lagi. Kerja-kerja di dapur ni turut dibantu oleh ayah ku juge kehkehkeh kire satu family la ni menolong kalau tak penatla mak aku nak buat sorang2.

Haa sape2 yang ada mak yg tengah buat persiapan masak- memasak kat dapur tu baik korang pergi tolong sikit2 apa yang patut...tak reti takpe belajarlah wei!! Nanti dah kawen boleh tolong mak mertua kau kat dapur (bak kata ayah aku tadi) , then naik saham kau nanti hahaha. Takpe kerja perempuan lelaki boleh tolong buat, kerja lelaki perempuan boleh tolong sekali kan?
Malam ni kakak aku yang dah kawen tu datang, tidur sini then esok pagi sama2 pergi semayang raya dengan abang ipar & ayah aku. Esok pagi pulak lepas semayang abang aku kat Puchong tu pulak datang dengan anak-anaknya yang kiut-miut tu hehehe si Nia, si Haikal dan si kenit bulat Imran hehe Comel2!!

Sementara tu, jom kita tengok gambar2 sikit nih!!


Bawang dan serai yang sudah siap dipotong oleh aku dan abah

Close up sikit

Ni pulak kelapa yang siap diparut (nak buat kerisik) oleh bantuan mesin Makcik Zainab di rumahnya

Mak aku tengah kacau2 kelapa dalam kuali

Ni pulak kucing yang dah standby nak kene sembelih esok pagi hahahaha....Muka toye je tak dapat nak keluar rumah, saje taknak bagi nanti dah keluar dia merayap ntah ke mana tak balik2 rumah. Siap pakai loceng lagi tuh takut org culik dia hehe comel2!!


Rendang ni tak siap lagi, nanti dah siap aku letak gambar-gambar lain lagi ok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails