Thursday, March 18, 2010

GempaQ!!!

BAIKI...kerja baik pulih helikopter Nuri yang mendarat cemas di padang
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pulau Sebang, semalam.

TAMPIN: Penduduk di Taman Pegoh Baru, Rumah Awam Peringkat 3 dan Taman Mahsuri, dekat sini, gempar apabila sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di padang Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pulau Sebang di sini, awal pagi semalam

Helikopter SK 61A Nuri dari 10 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur itu mendarat cemas kira-kira jam 8.40 pagi dipercayai mengalami kerosakan teknikal tanpa berlaku insiden buruk dengan seorang juruterbang berpangkat kapten dan tiga kru berada dalam keadaan selamat

Pengawal keselamatan sekolah berkenaan yang enggan namanya disiarkan, berkata helikopter itu dilihat terbang rendah di atas bumbung sekolah.

Menurutnya, ketika itu, dia berada di pintu depan sebelum tiba-tiba ternampak sebuah helikopter terbang rendah dan hampir mencecah bumbung bangunan sekolah.

“Saya berlari ke bahagian belakang dan melihat helikopter itu mendarat cemas di padang sekolah dan melihat empat anggota tentera terjun keluar sambil memegang alat pemadam api sebelum menyembur ke bahagian dalam helikopter berkenaan,” katanya.

Penduduk, Azman Md Nor, 30, berkata dia terdengar bunyi pesawat itu begitu kuat dan berada pada paras rendah dalam keadaan berlegar-legar dipercayai mahu mendarat.

Menurutnya, apabila melihatkan keadaan pesawat itu seolah-olah tidak stabil, dia menghubungi bomba untuk mendapatkan pertolongan kecemasan.

Penduduk lain, Mohd Razak Rasol, 13, berkata dia dan beberapa rakannya yang bermain di tepi pagar sekolah berkenaan melihat helikopter itu terbang rendah dan melihat asap keluar.

“Mulanya, saya ingat ia latihan tentera dan sejurus selepas itu, helikopter berkenaan terus mendarat di padang sekolah. Sebaik pintu helikopter dibuka, saya nampak empat anggota tentera yang lengkap dengan pakaian seragam terjun sambil memegang alat pemadam api,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataannya, Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, sebuah helikopter Nuri melakukan pendaratan (pre-cautionary landing) di padang sekolah berkenaan ketika dalam perjalanan menuju Kem Terendak, Melaka bagi tujuan latihan kepada Pusat Latihan Darat (Pulada).

“Ketika penerbangan, juruterbang mengesan sedikit gangguan teknikal pada pesawat lalu mengambil langkah mengikut prosedur yang ditetapkan dengan mendaratkan pesawat bagi melaksanakan pemeriksaan lanjut,” kata kenyataan itu.

(Sumber : Komso Online)

p/s : dulu masa sekolah teringin jugak nak tengok ada helikopter mendarat kat padang sekolah tapi sampai sekarang tak dapat-dapat tengok hehe. Sekarang ni, bukan lagi nak tengok helikopter mendarat kat padang aje tapi nak tengok helikopter ni mendarat atas jalan raya pulak haha COOLLLLL !!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails