Thursday, March 11, 2010

Sedikit renungan

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali ra

“ Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:

1. Jujur berkata-kata.
2. Menjauhi segala yang haram.
3. Merendahkan diri.

"Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Rahsiakan ibadahnya.
2. Rahsiakan sedekahnya.
3. Merahsiakan ujian ynag menimpanya.

"Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:

1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

"Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisabkan dirinya.
3. Membanyakkan ibadah kepada Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails