Monday, May 23, 2011

CETUSAN NURANI

Manhaj Ulama Alam Melayu
Telah meninggalkan jalannya yang jelas
Pada Akidah, Fekah, Tasawwuf, Tarekah, Dakwah dan
Siasah
Pada Syariat, Tarekah, Hakikat dan Makrifat Berdiri di atas Ahlu Sunnah wal Jamaah perjalanan Nabi, Sahabat, Tabi'en dan Tabiut Tabi'en
Dan terus berjalan rantaian sanad tersebut pada diri mereka melalui guru-guru mereka

Dan aku kini hanya penyambung sanad ilmu dan amalnya
Tiada aku mencipta sesuatu yang baru
Biarlah aku dianggap jumud, sesat, bida'ah, ketinggalan zaman dan ditohmah dengan pelbagai fitnah
Namun dasar ilmu dan tarbiyah mereka tetapku teruskan

Dakwah dan siasah mereka ku jadikan sandaran
Keyakinan ku, jalan mereka diredhai Allah, dicintai Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam
Mereka kekasih Allah yang tiada siapa boleh pertikaikan
Perjuangannya telah membawa kejayaan membina pemerintahan yang bertakwa dan masyarakat yang beriman
Inilah juga perjalanan Ulama Tradisi Alam Melayu

Cahaya Allah yang dilimpahkan kepada Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam tidak akan terpadam
Ia tetap bersinar bagaikan matahari daripada dada hamba Rabbani

Tujuh Sendi kekuatan yang dibina di Nusantara ini
akan mekar kembali di bumi bertuah ini
Tiada siapa lagi mampu menahannya!

al faqir Tokku

[Sumber : zawiyahsam.com]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails