Setiap dosa yang dilakukan akan meninggalkan parut pada hati.
Walaupun sudah beristighfar beribu kali dan bertaubat berkali-kali ianya hanya boleh menghilangkan luka dosa di hati tetapi bukan parutnya. Seperti mana kita mengetuk paku di dinding, dan kemudian mencabut kembali paku itu, mungkin paku boleh tertanggal tapi bekasnya tidak, bekasnya tetap ada pada dinding.
Parut dosa atau titik hitam dosa akan tetap ada, meninggalkan bekas pada hati. Tidak hilang.

Jadi, sudah berapa banyakkah parut yang sudah kita tinggalkan pada hati kita? Tidak terkira banyaknya.
Syurga Allah itu dihuni oleh hamba-hamba yang memiliki hati suci dan bersih, kerana syurga itu sendiri adalah suci dan bersih.
Hati yang hitam karat, hati yang berparut dosa tidak lepas untuk masuk ke syurgaNya.
Jadi bagaimana? Jika syurgaNya sahaja sudah tidak layak dimasuki apatah lagi jika kita ingin menatap Yang Maha Suci nanti?
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi SAW mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga:

Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkau Engkau."
[Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323]
No comments:
Post a Comment