Wednesday, May 25, 2011

Perlunya kita mencari mursyid..


Ulama dahulu, walaupun bertaraf mujtahid, masih mencari guru untuk membimbing rohani mereka sebagaimana Imam Al-Ghazali dengan syeikhnya, Ali Al-Farmadzi yang seorang tukang kasut. Imam Shafei pula dengan Asy-Syaiban, seorang pengembala kambing. Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’im dengan Ma’ruf Al-Kurkhi. Kita???

Pernah terfikir tuan-puan..guru rohani (guru kepada penyucian jiwa atau nafsu) mereka seorang Tukang Kasut dan Pengembala Kambing?

Nampak hina pekerjaan mereka tetapi rohani mereka.. siapa yang tahu? Siapa tahu dia KEKASIH ALLAH (auliya'/wali)?

Fikir-fikirkanlah...

Oleh kerana rohani mereka terhijab dengan ilmu yang dipelajari ilmu secara akal, maka mereka akan berkata kitab-kitab dan ilmu-ilmu Imam Al-Ghazali terlalu dalam dan boleh memeningkan masyarakat sehingga terlupa bahawa "Diriku tiada berilmu/aku belum sampai tahap ilmu Imam AlGhazali".

Ketahuilah bahawa berkata Al-Imam Ghazali selepas berguru dengan syeikh Ali Al-Farmadi : “Aku menyeberangi lautan fekah, aku sampai ke seberang, aku menyelami lautan tauhid, aku sampai ke seberang, aku menyeberangi lautan falsafah, aku sampai ke seberangnya, (tetapi) apabila aku menyeberangi lautan tasawuf, aku tenggelam dalam lautannya tanpa penghujung..”

MasyaAllah! Siapa kita untuk mengkritik beliau? Soalan ini ditujukan kepada mereka yang selalu mengkritik/memperlekeh Imam Al-Ghazali.

[Sumber : Facebook Kuliah Ilmu]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails