Kupasan Kitab Minhaj al-'Abidin,
Berkata Syeikh Fuad Kamaludin Al-Maliki, "Imam al-Ghazaly menempelak mereka yang hanya melakukan kefardhuan zahir tetapi meninggalkan kefardhuan batin. Sedangkan kedua-duanya diperintahkan oleh Allah SWT untuk. melaksanakannya".
"Kefardhuan zahir itu ialah solat, puasa, zakat & haji dan kefardhuan batin itu ialah tawakal, sabar, zuhud, redha, ikhlas dsbnya namun disebabkan kejahilan kita, maka kita tidak menyempurnakan kefardhuan batin tersebut".Berkata Imam Al-Ghazaly, "Kita tidak akan tahu tentang kefardhuan batin kerana ulama-ulama berpagi-pagi bersegera mengejar dunia".
"Ulama-ulama dunia memusuhi kitab-kitab karangan Imam Al-Ghazaly kerana kitab-kitabnya telah mendedahkan keaiban ulama-ulama yang mengejar dunia".
"Maka ulama-ulama dunia tidak menyampaikan ilmu dari kitab Imam Al-Ghazaly dengan alasan akan menjadikan umat Islam mundur dan tidak cintakan kepada dunia". "Sesiapa yang suka kepada kitab Imam Al-Ghazaly, maka mereka adalah anak-anak akhirat & sesiapa yg memusuhi kitab-kitab Imam Al-Ghazaly, itulah sebenarnya ahli bida'ah".

"Ulama-ulama dunia tidak akan mengajar hakikat kefardhuan batin kerana hari ini ramai di kalangan orang-orang 'alim yang menjadikan perkara ma'ruf sebagai mungkar & yang mungkar sebagai ma'ruf".
"Ilmu ulama-ulama hari ini ditukar dengsn dunia yang hina, maka Nabi SAW. bersabda, "SepulUh kali celaka bagi ulama-ulama yang mengharapkan imbuhan seumpama (wang ringgit) dari mereka-mereka yang mengharapkan ilmu dari ulama-ulama tersebut".

"Apabila kita meninggalkan perintah Allah dalam kefardhuan batin, maka Allah SWT akan membiarkan kita terkapai-kapai di hari akhirat". Ini adalah kupasan tentang maksud "lupa" kita kepada Allah maka Allah juga "lupa" kepada kita. Maka kita wajib menyempurnakan kefardhuan batin & meninggalkan maksiat batin seumpama riak, ujub, takbur dsbnya.
Syeikh Fuad al-Maliki sering berdoa, "Ya Allah, jika rezeki itu di langit Engkau turunkan ia, jika rezeki itu di bumi, Engkau keluarkanlah ia, jika ia jauh, Engkau dekatkanlah ia & janganlah sampai hambaMu ini meminta-minta dengan makhlukMu".
Pesan Syeikh lagi, "Janganlah kita berkira-kira dengan Allah, selagi kita bekerja dengan Allah, maka Allah akan menjaga kita". "Apabila kita diberi hadiah yang kita tidak pernah terfikir untuk mendapatkannya, maka itu adalah anugerah dari Allah SWT kpd kita: "Jika ada keizinan dari Allah, walaupun duit kita hanya satu sen, maka apa yang dihajati akan berlaku tetapi jika tiada keizinan dari Allah walaupun duit kita berjuta, tak mampu kita utk melaksanakan apa yang dihajati

No comments:
Post a Comment