Monday, July 18, 2011

Tidak bertaubat selagi tidak sedar..


Madah Sufi: Maqam Taubat adalah umpama kita membuka pintu, ianya sebentar sahaja, sebelumnya Maqam Sedar, selagi kamu tidak sedar diri kamu maka selagi itulah kamu umpama orang yang berdiri di depan pintu itu.
Taubat adalah maqam awal seorang Salik (Pencari). Hakikat Taubat menurut bahasa ialah "kembali" maknanya 'kembali dari sesuatu yang dicela dalam syariat menuju kepada sesuatu yang dipuji dalam syariat.

Hadith Nabiy saw; "Penyesalan adalah taubat" (riwayat Ibnu Mas'ud dikeluarkan oleh Imam Ahmad I/376-423-433 dlm al-Musnad dan Imam Bukhari dlm at-Tarikh)


Dan syarat taubat itu ada 3 iaitu:
1. Menyesali sungguh-sungguh atas perbuatan yang dilakukan,
2. Meninggalkan terus dengan dibuang sejauhnya lintasan untuk mengulanginya lagi,
3. Ketetapan hati dalam terus menerus dengan penyesalannya dan membenci kepada perbuatan itu.

Justeru untuk datang rasa taubat itu terlebih dahulu seorang itu harus SEDAR DIRI...tanpanya pintu taubat buat dirinya takkan terbuka...

- Ustaz Sidi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails