Monday, July 18, 2011

Meminta-minta....

aku meminta bukan kerana aku tidak beryukur, aku meminta bukan kerana tidak cukup tetapi aku meminta kerana aku ini seorang hambaMu, kerana aku seorang hamba yang hina, serba ketiadaan.

Aku tidak ingin menjadi hamba yang sombong tidak mahu meminta padahal Engkaulah Maha Kaya,  Engkaulah Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Engkau amat suka hamba-hambaMu meminta-minta kepadaMu.

Aku mohon ampun kepadaMu duhai Allah, sekiranya aku meminta sesuatu kerana merasa tidak mencukupi, meminta kerana merasa tidak redha dengan pemberianMu dengan ketentuanMu.. Ampunilah aku duhai Allah.. aku hina aku lemah... kasihanilah aku...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails