"..sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:153) |
Pada suatu hari salah seorang murid Imam Ghazali termenung di tepi pantai.
Datang Imam Ghazali lalu bertanya kepada muridnya,
“Wahai murid ku, mengapa termenung dan merenung terlalu jauh?”
Maka jawab muridnya, “Wahai guruku, aku musykil tentang satu perkara, aku sedang mencari apakah kejadian Allah yang terbaik di atas muka bumi ini?”
Maka tersenyum Imam Ghazali sambil merenung muka muridnya lalu berkata "Kamu".
Terkejut muridnya mendengar kata kata Imam Ghazali itu, kerana diantara semua murid gurunya dialah murid yang paling dungu. Lalu dia berkata kepada gurunya, "Cuba engkau lihat pada laut yang luas terbentang ini, di dalamnya dapat menampung berjuta jenis ikan yang dapat memberi makanan kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini, tidakkah laut yang luas ini sedikit sahaja lebih baik dari aku?”
Jawab gurunya "Tidak, kamu lebih baik dari laut yang luas itu".
Maka muridnya berkata lagi, "Cuba kamu lihat bukit bukau di belakang sana, ianya berdiri megah sebagai paku alam yang dapat menangung pelbagai haiwan dan pelbagai kayu kayan di atasnya, tidakkah ia sedikit sahaja lebih baik dari aku?”
Jawab gurunya “Tidak, engkau lebih baik dari bukit bukau itu".
Lalu muridnya merenung ke arah langit lalu berkata, "Cuba kamu lihat matahari itu, jika ia datang maka seluruh alam ini akan terang benderang dan jika ia pergi selurun alam ini akan gelap gelita dan ianya juga dapat memberi manafaat kepada setiap kehidupan, tidakkah ia sedikit sahaja lebih baik dari aku?” Maka jawab gurunya "Tidak, engkau lebih baik dari matahari itu".
Baiklah jika aku ini yang terbaik maka tunjukkan aku bahagian mana pada diriku ini yang paling baik?” Lalu gurunya menjawab, "Hati".
Maka berkata muridnya “Pada bahagian hati yang manakah yang terbaik itu?” Kata gurunya "Iman".
Tanya muridnya lagi "Di dalam iman itu pada bahagian mana yang paling baik?” Maka jawab gurunya "Sabar".
No comments:
Post a Comment