Wednesday, March 9, 2011

Kesan Zikrullah yang Nyata


oleh Hazlie Bsc Liesenden

Di dalam tenggelamnya diri kita sewaktu berzikrullah dgn sepenuh jiwa, .
bilamana berlaku gangguan daripada luar bising umpamanya diwaktu itu kita tidak akan ada lagi beza baik sunyi,bising,gegak gempita sekalipun, namun bila zikir khafi telah meliputi dengan tahkiq,tiada lagi bisikan kata-kata hati kita lagi.Apa yang tuan dengar itu adalah merupakan kata-kata hati yang masih separuh lagi belum diliputi dengan zikirullah.

Bila hati dengan dilimpahi dengan nur zikir itu maka setiap yang didengar,setiap yang dilihat akan kita pulangkan kembali kepada ALLAH swt, inilah yang dikatakan syuhud.

Kita telah ketahui bahawa apabila kita mula beramal dgn zikirulLah khususiah akan berlaku perubahan perasaan,pendengar,dan penglihatan spt mana yg telah kita diskuskan tempohari,dan bila kita cuba nak mendescribekan rasa itu kepada perkataan,saya fikir ianya amat kompleks sekali.,walaupun begitu ALLAH dengan sifat Rahman dan Rahim akan menghadirkan tanda-tandanya,yakni:-

1--akan terasa redup hati drp kebisingan dan hiruk pikuk duniawi sebelum ini.

2-Terasa nafsu seakan-akan terhenti seketika drp memandang segala yg ghaflah (unsur² kelalaian)

3-Iman terasa lebih mantap dan meningkat sebelum semasa tidak berzikiruLah.

4-Solat terasa lebih khusyu' dan hadir makna solat pada diri kita.

5-Akan terasa menyesal sekiranya kita membuat pelanggaran dosa atau maksiat.

6-Terkadang juga berlaku sekiranya ada kawan kita yg selama ini banyak mengajak kpd kejahatan selama berkawan dgn kita sebelum ini,akan bertindak menjauhkan diri drp kita kerana tidak tahan dengan nur zikir yg terpancar.

Dari penghalusan makna zikir terdapat beberapa hijab besar kepada penzikir tersebut antara nya ialah:-

1-Ada dosa dan unsur2 derhaka kpd ibubapa.
2-Belajar dan beramal dgn ilmu sihir./Ilmu hitam.
3-Syirik jali kepada ALLAH swt.
4-Pernah menganiayai manusia lain.

Berkata Syeikh Ahmad Darqawi, "Apabila kita berbuat ibadah dan tak sampai maksud nya,maka perhalusi dan semak kembali niat kamu dan ilmu kamu tentang Tuhan."

Niat memainkan peranan yang cukup penting.Cuba perhatikan ayat "MengingatiKU",apakah kita benar2 menginganti Nya,sebagai mana disebut sebagai zikirulLah,atau masih berlegar2 atas kalimah yang tidak sampai hadir makna dan maksud?

Menyatakan nama/asma' Nya berulang kali baik zikir jihar atau zikir khafi secara berulang kali hinggalah terkesan pada jiwa/hati sama ada tempoh untuk sampai maksud zikir itu memakan masa lama,ketahuilah itu merupakan satu perkerjaan jihad fisabillilah, sebab bersusah payah dalam mengerjakan amalan setelah mendapat ilmu itu,akan diganjarkan ALLAH swt dalam setiap langkah tapak kaki nya dalam tempoh itu.

Untuk menyelami dan mendapat kefahaman tentang zikiruLah itu tidak wusul dalam jangka waktu yang nafsu kita sendiri inginkan,tetapi ALLAH menyusuan juzuk2 batin dan zahir kita mengikut keperluan dan apa yang ditakdirkan Nya yang baik dan sesuai dengan kadar had diri kita sendiri.

Jangan pandang diri kita melalui kaca mata orang lain.,tetapi jadikan semangat dan iltizam orang lain yang boleh dijadikan nasihah untuk memantapkan diri kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails