Tuesday, November 24, 2009

Aku Nak!














OPEL FRONTERA. Inilah kereta yang aku nak dalam masa terdekat ni. Warna putih penuh atau hitam, yang pastinya dua-dua ber'tinted'kan hitam. Kereta ni sekarang pon dah banyak murah-murah, harga dalam RM13k-RM25k. Not bad kan?? Selesa pon selesa. Relax je redah hujan tak payah risau-risau nak langgar air ke lubang ke. Kereta ni aku start suka masa 1st time aku tgk Syah pakai, mula-mula dulu tak berapa kenal sangat kereta ni tapi bila selalu nampak Opel ni atas jalan slow-slow minat tu datang. Kereta ni nampak sangat SMART and MACHO!! Nampak angkuh sikitla bila atas jalan ahahahaaa. tapi takpe rase selamat bila drive kereta ni. Takdelah kereta-kereta 'EKZOS BESAR' ni berani nak cucuk2 or nak buat kurang ajar. Betol tak Zack? Roy? Joe? apa-apa jela nama yang seumpamanya yang segolongan dengan REMPIT tapi bukan rempit motor tapi gelar mereka-mereka ini REMPIT KERETA!!!

Antara ciri-ciri kereta mereka ini adalah :

1. EKZOS BESAR!
(pasti!)

2. Lowered
(betul ke spelling?)

3. Tinted melampau
(kaler je hitam tapi dok dalam rasa panas jugak)

4. Suka cucuk kereta lain dari belakang
(macam kau sorang je nak cepat)

5. Drive macam anjing
(aku tak mencarot ok)

6. Driver muka angkuh ala-ala rupa REMPIT

7. Selalu ada aweklah kat dalam kereta tu jarang nampak dorang bwk mak bapak dorang mungkin sebab mak bapak diorang dah tak ngaku anak kot
("Hebatla you ni bawak kereta!" kata awek kepada REMPIT sambil menyelit2 di MRR2)

8. Kereta dorang mesti bunyik BISING giler walaupun dengan kelajuan 20 km/j
(memang 'lajulah' kereta abang!)

9. Mesti sakit hatilah kalau tengok kereta dorang walaupon dorang BELUM buat salah lagi hahahaha (suka hati akulah)

10. Kebanyakannya kereta NASIONAL tapi bikin sampai perasan macam kereta EVO!
(siap tukar logo kereta lagi time tuh dah tak ngakulah kereta nasional)

11. Dalam bonet kereta mesti ada simpan SPANAR 14
(in case nak pukul org, betul beb..)

12. Hah apa lagi??

13. Korang sambunglah sendiri

Ni antara contoh-contoh keretanya, contoh je haha :








Sebenarnya aku tak kesah pon kalau korang nak bikin-bikin kereta ni aku pon suka jugak sesetengah kereta yang dibikin nampak lawa dan tertonjol kreativiti masing-masing tetapi masalahnya sepanjang aku hidup ni kebanyakan kereta yang pernah buat kurang ajar atas jalan raya adalah kereta-kereta species macam nilah. Yang drive kurang ajar tuh selalunya confirm EKZOS mesti BESAR punya taknak KALAH! Kadang-kadang kesian tau tengok yang kene tu orang-orang tua, kakak2, makcik2. Kalau yang kene tu bakal mak mertua or bapak mertua korang macam mane? Haaa padan mukalah awal-awal dah kene reject!

Okaylah so korang jangan terasa hati ye dengan entri aku kali ni sebab aku tau korang bukan dalam golongan macam ni.

Tapi AWAS!

Kalau korang adalah golongan macam ini haa lantak koranglah siapa suro makan cili banyak sangat kalau tak tahan pedas.



Sincerely,
Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

1 comment:

Asraf Mahmud said...

Haha baru je tadi post pasal kete rempit nih dah jumpa kat MRR2 tadi...bawak laju2 dari lane kanan then masuk lane kiri sekali lepas tu tiba2 mencelah lane tengah(lane aku) sampai aku terpaksa brake2...ciri-ciri kereta tu, kereta honda lama warna merah, lowered, ekzos besar, bising, tinted hitam habis, drive macam anjing, selamat tak nampak drivernya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails