Wednesday, November 18, 2009

Ya Rasulullah - Part II

Baru selesai mendengar satu tajuk ceramah "mimpi bertemu Rasulullah SAW" yang disampaikan oleh ulama terkenal Dato' Harun Din Al-Hafiz. Tempoh ceramah (audio) tersebut hanya sekitar 1 jam sahaja.

Secara ringkasnya disini saya coretkan serba sedikit intipati ceramah yang boleh saya kirakan agak menarik dan sedih sekali.

Kisah Dato Harun Din, beliau ada menceritakan pengalaman mimpi beliau bertemu dengan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Sambil menangis, beliau menceritakan pengalaman ini berlaku beberapa tahun yang lalu.

Mimpi pertama dimana beliau mengambarkan seolah-olah beliau hidup dizaman Rasulullah SAW. Beliau ditugaskan menjaga pintu masuk di sebuah pondok dimana didalamnya beliau yakin ada Rasulullah SAW bersama para sahabat sedang mengajar.

Beberapa detik kemudian beliau terjaga dari tidur dan termenung seketika. Perasaan sedih dan kesal menyelubungi diri beliau kerana beliau tidak dapat menatap wajah Rasulullah sedangkan beliau tahu di dalamnya ada Rasulullah.

Mimpi kedua dimana beliau sekali lagi berada dizaman Rasulullah dan bersama sama baginda menunaikan haji atau umrah (beliau tidak dapat menjelaskan samada sesang menunaikan haji atau umrah). Beliau bersama-sama Rasulullah dan para sahabat melakukan tawaf di Kaabah. Apa yang dikesalnya, beliau hanya mampu melihat Rasulullah di jarak yang amat jauh dan sekali lagi beliau rasa sungguh terkilan tidak dapat menatap wajah Rasulullah dalam jarak yang dekat. Terjaga dari mimpi tersebut beliau menangis mengenangkan nasibnya yang beliau kira terlalu jauh dengan baginda SAW.

Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan hambanya yang soleh. Sekali lagi beliau bermimpi berada di zaman Rasulullah SAW. Mimpi ini menceritakan dimana beliau bersama-sama penduduk dizaman tersebut sedang menanti kemunculan Rasulullah SAW di dalam sebuat pondok. Beliau ketika itu berdiri di depan pintu masuk pondok tersebut. Sambil menangis beliau menceritakan dimana dengan izin Allah maka keluarlah Rasulullah bersama para sahabat. Kali ini beliau dapat melihat wajah Rasulullah dengan jelas. Mukanya bersih, sempurna, terlalu cantik dan tiada seorang pun dizaman ini sesempurna kekasih Allah ini. Lalu beliau mengambil sepatu Rasulullah yang beliau kira terlalu usang dan dipakaikan sepatu tersebut ke kaki Rasulullah Saw. Lalu beliau berkata-kata didalam hati (dalam bahasa arab) bahawasnya sepatu ini lebih bertuah berbanding beliau kerana sepatu tersebut dapat melindungi Rasulullah daripada kotor dan batu. Terlalu besar jasa sepatu tersebut. Setelah selesai menyarungkan sepatu kepada kaki Rasulullah maka baginda SAW pun memandang beliau dan mengucapkan " ya anta" kemudian berlalu...tidak lama selepas itu beliau terjaga dari tidur.

Inilah serba sedikit pengalaman Dato Harun Din menceritakan bermimpi bertemu Rasulullah dan ianya dapat memberi pengajaran kepada kita bersama untuk bermuhasabah diri.

Untuk mendengar audio ceramah ini sila tekan di sana tu.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails