Tuesday, November 24, 2009

Kucing

Salam.

Entri kali ni aku nak share gambar kucing aku.

Kucing ni parent aku kutip kat Raub, Pahang. Time tu dia (masih kecik lagi) dengan selamba je melintas jalan besar kat Raub, dahla jalan tu banyak kereta & lori lalu lalang tambah pulak semua laju2 belaka.

Time dia melintas tu mak bapak aku ternampak, then dorang berhenti tepi jalan utk jenguk2 kucing ni. Kucing tu lari masuk semak tapi bila mak aku panggil banyak kali baru dia menyahut. Lapar agaknya. Mak aku pon ape lagi terusla amik kucing tu dahla kitorang dah lama tak bela kucing lagi-lagi kucing berwarna oren.

Mak aku bawak balik ke rumah kampung kitorang dekat Sg Pasu, Gali, Raub Pahang. Masa mula2 sampai kucing tu takut2 sampai menyorok2 bawah almari kat rumah tu sampaila mak bapak aku nak balik semula ke KL barula dia nak jinak2 nak manja2 dengan parent aku. So, apa lagi dorang bawakla balik KL hahaha...bayangkan kucing tu dari kampung bawak balik naik kereta sampai ke KL.

Agak2 pening tak kucing ni? Hehe..

Dipendekkan cerita, kitorang jaga dia sampai sekarang, kucing ni kitorang namakan dia Memey (sebab time tu kecoh kes pasal Memey dgn Norman) tapi actually bukan kitorangla, mak aku je yang namakan sebab kitorang semua dah tak tau nak bagi nama apa...maklumlah dah lama tak bela kucing...aku nak bagi nama Oyen tapi disebabkan nama tu pernah digunakan so kitorang taknak guna lagi sekali nak taknak sampai sekarangla melekat nama Memey tu. Tapi yang peliknya napelah mak aku letak nama Memey nape tak letak nama Norman ke sebab dia kucing jantan...hmmm pelik2....

Ok malas nak cerita panjang lagi jom tengok gambar2 ni!!

Gambar kucing aku masa kecik2 dulu

Bakul besar tu sebenarnya tempat tido Memey tapi si Oren ni selamba badak je landing kat situ terpaksa ganti satu bakul lain lagi utk si Memey.

Si Oren ni taktau mana asal usulnya...tiba2 jer datang rumah mintak makan lepas tu selamba je round2 dalam rumah golek2 macam rumah dia pulak. Selamatlah kau comel...hehe

Tengok tuh!! Tido takmo kalah terkangkang2! Tutupla sikit t*l*r tu haha

Ni pulak ape kes?? Penat tengok AF ke?? Ni mesti si Oren punye keje mengajar Memey ni tido rupe gini

Apa pandang2?

Apa tengok2?

Ha habis satu rumah ko nak panjat...


Ha ni dia gambar terbaru..dah besar..bulu pon dah panjang...makin berisi....makin manja...makin mengada

Aku tangkap dia senyap2 masa dia tengah sedap tido atas katil aku

Tak ubah2...dari kecik sampai besar tidor terkangkang2

Udah2la tu

Alamak dia dah perasanla aku amki gambar...hahaha

Muka tengah lalok2


Okay. Setakat itu shj gambar yang aku upload hari ini nanti kalau ada gambar2 lain lagi aku akan upload lagi.

* p/s : si Memey ni sekarang tiap2 malam dia akan tidor sekatil dengan aku sebok jer..ni tengah type ni dia sebok mengacau aku...isk2..geram betol... *


Sincerely,
Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.

4 comments:

cik erin said...

eh tu bukan Oren rumah no6 ke?
hahahah. merayap! :P

Asraf Mahmud said...

ye kot....kucing tu selamber je buat macam rumah sendiri...

faridwenger said...

camana nk ajar kucing ni berak kat luar umah ?

Asraf Mahmud said...

caranya ialah masa nampak kucing tuh agak-agak dah nak terberak, kite angkat die bawak keluar rumah.. tapi hati-hati masa angkat tuh jgn sampai terberak pulak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails