Thursday, November 26, 2009

Mari ke dapur......!!

Salam.

Haha esok dah raya haji, jadi hari ni kene buat persiapan sikit-sikit untuk esok.

Kitorang sambut dengan persiapan alaqadar je tak kurang tak lebih. Setakat kemas-kemas rumah sikit dan tolong mak aku masak apa-apa yang patut, untuk raya esok mak aku masak rendang ayam hari ni nyam nyam....tu tgh buat kerisik kat dapur.

Memandangkan dekat rumah dah takde anak dara dah yang boleh tolong (owh ada tapi kakak aku kerjala) jadi aku je yang tinggal sebagai anak teruna nak taknak kenela tolong sikit-sikit kupas2 & potong2 bawang satu bakul, potong2 serai, asah2 pisau dan macam2 lagi. Kerja-kerja di dapur ni turut dibantu oleh ayah ku juge kehkehkeh kire satu family la ni menolong kalau tak penatla mak aku nak buat sorang2.

Haa sape2 yang ada mak yg tengah buat persiapan masak- memasak kat dapur tu baik korang pergi tolong sikit2 apa yang patut...tak reti takpe belajarlah wei!! Nanti dah kawen boleh tolong mak mertua kau kat dapur (bak kata ayah aku tadi) , then naik saham kau nanti hahaha. Takpe kerja perempuan lelaki boleh tolong buat, kerja lelaki perempuan boleh tolong sekali kan?
Malam ni kakak aku yang dah kawen tu datang, tidur sini then esok pagi sama2 pergi semayang raya dengan abang ipar & ayah aku. Esok pagi pulak lepas semayang abang aku kat Puchong tu pulak datang dengan anak-anaknya yang kiut-miut tu hehehe si Nia, si Haikal dan si kenit bulat Imran hehe Comel2!!

Sementara tu, jom kita tengok gambar2 sikit nih!!


Bawang dan serai yang sudah siap dipotong oleh aku dan abah

Close up sikit

Ni pulak kelapa yang siap diparut (nak buat kerisik) oleh bantuan mesin Makcik Zainab di rumahnya

Mak aku tengah kacau2 kelapa dalam kuali

Ni pulak kucing yang dah standby nak kene sembelih esok pagi hahahaha....Muka toye je tak dapat nak keluar rumah, saje taknak bagi nanti dah keluar dia merayap ntah ke mana tak balik2 rumah. Siap pakai loceng lagi tuh takut org culik dia hehe comel2!!


Rendang ni tak siap lagi, nanti dah siap aku letak gambar-gambar lain lagi ok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails