Allah,Yang tidak tersembunyi bagi-Nya apa pun yang di langit dan di bumi. Bagaimana mungkin TERSEMBUNYI bagi-Mu, Tuhanku. apa yang Engkau CIPTAKAN. Bagaimana mungkin Engkau tidak MENGHITUNG apa yang Engkau BUAT. Bagaimana mungkin HILANG dari-Mu apa yang Engkau ATUR. Bagaimana mungkin bisa LARI dari-Mu orang yg tidak ada kehidupan kecuali dgn REZEKI-Mu. Bagaimana mungkin SELAMAT dari-Mu orang yang tidak punya tempat lari di luar KEKUASAAN-Mu.
Wednesday, January 27, 2010
Selamat Malam!
Bar Master Xtreme
Barmasters Xtreme was started by Hassan Salaam to provide an opportunity for the most Xtreme exercise phenomenon taking hold in Harlem and around the Nation. He saw the competitive nature of some of the young and the old participants to engage in this exercise. These individuals were intent on displaying there talents in doing superhuman workouts without the assistance of weights. These participants were dedicated to keeping themselves fit, and in good natural order.
Hassans keen sense of talent moved him to start a company dedicated to giving this sport the needed exposure it deserved. He wanted to bring this to anyone and everyone that wanted to participate. In his travels he came upon other ethnicities that were also caught up in this phenomenon. As you will find, Barmasters is sweeping the country. This started with a group of men that were determined to stay active and fit through natural exercise. As the phenomenon grew, more people wanted to emulate what they were seeing. Hassan found their dedication and the ability to perform exercises to be extraodinary. He has enlisted a talented group of professionals to assist him in bringing this phenomenon to the market.
Sunday, January 24, 2010
ADUKATARUNA - Blogger yang mencarot dan dicarot!!
Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.
"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
Thursday, January 21, 2010
Gula-gula rokok? Memang teruk betullah...
Gula-gula bentuk rokok berleluasa
KOTA BHARU - Golongan ibu bapa di sini kesal dengan tindakan syarikat pengeluar makanan kerana menjual gula-gula dalam bentuk rokok bagi menarik perhatian kanak-kanak.
Bungkusan gula-gula rokok itu didapati hampir sama dengan jenama rokok sebenar di pasaran dan dijual pada harga 40 sen dengan pelbagai perisa.
Seorang bapa, Yusri Ibrahim, 32, semasa mendedahkan perkara itu berkata, tindakan tersebut dikhuatiri boleh mempengaruhi kanak-kanak ke arah tabiat merokok kerana bungkusan dan gaya memakan gula-gula itu hampir sama.
"Cara kanak-kanak makan gula-gula ini seakan-akan menghisap rokok, kita bimbang mereka akan menjadi ikutan pula dengan menghisap rokok sebenar pula," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
(Sumber : Kosmo Online)
Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah akhbar tempatan yang menyatakan bahawa Kempen Berhenti Merokok GAGAL. Rata-rata perokok tegar di Malaysia masih lagi tidak mengendahkan seruan kerajaan untuk berhenti merokok, tidak dinafikan bahawa terdapat juga segelintir perokok yang telah mengambil tindakan untuk berusaha berhenti daripada merokok tetapi malangnya kebanyakan daripada mereka telah kembali semula ke tabiat merokok setelah beberapa minggu atau bulan berusaha.
Tabiat merokok ini sememangnya tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada perokok dan juga orang sekeliling, lebih malang lagi jika kita sebagai orang sekeliling kerana asap yang dihembuskan itu tidak dialu-alukan pun untuk masuk ke dalam paru-paru kita yang masih terjaga ini. " Kalau nak bunuh diri janganlah ajak orang lain sekali!! " itulah antara kata-kata yang terpacul dalam hati ini setiap kali duduk berhampiran perokok-perokok ini.
Walaupun kebanyakan fatwa (Selangor,Kedah,Perlis,Pinang,Sarawak dan Melaka) telah menyatakan bahawa merokok adalah HARAM (rujuk sini) namun saya perhatikan saban hari semakin meningkat jumlah orang yang merokok, dan lebih dibimbangkan lagi adalah peningkatan dari kalangan kanak-kanak sekolah.
Mana taknya, lihatlah tajuk akhbar Kosmo hari ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mendedahkan rokok kepada anak-anak kecil dengan menghasilkan gula-gula berbentuk rokok berserta dengan kotaknya sekali.
----Serius sebijik!----
Sangat sedih kalau perkara seperti ini tidak dibendung seawal-awalnya, lagi tambah risau jika gula-gula ini tersebar ke macam-macam tempat dan seterusnya memerangkap anak-anak kita sendiri. Jangan lupa pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya" kalau dari rebung pun sudah didedahkan dengan perkara-perkara negatif seperti ini nescaya akan datang akan hura-hara jadinya.
Thursday, January 14, 2010
Hantu pun tengok AJL?
Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada ‘orang’ yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh… yang sorang itam sorang pakai putih tuh….yang terbang2. Masaalahnya… satu… ‘orang’ tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang… dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.
Sedikit penerangan dari Klubkidd.
1. Insiden ni disaksikan lima orang in total dalam kumpulan kengkawan aku. Aku sempat snappy dua pic je, memula ingat nak blog wat lawak, sebab kami semua sangkakan penari Faizal, sebab kejadian ketika lagu Aku Kau oleh Aizat. Aku cuma sedar ‘kepelikan’ bila pas dua kali snap blur tuh – kali ketiga aku tengok nak amik da hilang.
2. Memang ‘entiti’ itu bergerak, seperti orang tapi pergerakan dia minimal, tapi seolah cubaan lambaian sambil melihat ke arah audience dibawah.
3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab
a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut.
b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain – dan tak mungkin dancer unsupervised alone.
c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that – orang production akan pakai warna hitam sahaja.
d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.
Demam
Saturday, January 9, 2010
Layan semula....
Friday, January 8, 2010
Sebuah gereja telah dibom! Bahaya ni
Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.
Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.
Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.
Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.
Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.
Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.
"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.
"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.
(Sumber : malaysiakini)Wednesday, January 6, 2010
Masjid Usamah bin Zaid
Ketua Imam (JAWI)
Ustaz Mursyidi bin Haji Abdul hamid
Imam Rawatib
Ustaz Haji Mohammad bin Yusof
Imam Rawatib
Imam Rawatib
Ustaz Ihsan
Ketua Bilal (JAWI)
Ustaz Reimi
Bilal Rawatib
Ustaz Nashol
Bilal Rawatib
Ustaz Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi
Noja
Abang Mohd Noor Biggs Abdullah
Jaga
Abang Yusoff
Dr Asri - Garis Panduan Penggunaan Nama Allah. (drmaza.com)
Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah
Oleh : Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Di sini saya mencadangkan beberapa perkara untuk diteliti dalam isu penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam.
Seperti mana yang saya sebutkan dalam artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk “Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Harap kenyataan ini dibaca bersama dengan artikel tersebut.
Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!
Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.
Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.
Untuk mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka saya sekadar mencadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;
- Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.
- Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
- Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.
- Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.
- Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.
- Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak merusuh disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain.
(Sumber : drmaza)
Dr Asri - Isu Kalimah Allah
Dr Asri pertikai kenyataan Dr Haron Din
Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.
Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.
"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?
"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.
Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.
"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.
“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.
Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.
Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).
Usaha mendapatkan penjelasan lanjut Dr Haron setakat ini belum berhasil.
ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata kenyataan Dr Haron itu bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berhubung perkara yang sama.
"Hendak mengkafirkan orang bukan senang. Parti beliau sendiri kata golongan bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.
"Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah," katanya.
Abdul Hadi dalam kenyataannya semalam berkata, berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya dibenarkan kepada penganut agama Kristian dan Yahudi.
Bagaimanapun, Abdul Hadi juga berkata, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama.
Dr Mohd Asri sekali lagi menekankan keperluan mewujudkan satu panduan atau undang-undang berhubung penggunaan kalimah tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang provokasi.
Sementara Ahmad pula menyifatkan keputusan mahkamah 31 Disember lalu mempunyai hikmah supaya umat Islam memantapkan lagi kepercayaan dan kefahaman tauhid masing-masing.
Selain itu, bekas pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, bagi mengelakkan penggunaan kalimat tersebut secara salah, beliau mencadangkan pendekatan undang-undang dan dialog antara agama.
(sumber : malaysiakini)
Katanya, garis panduan tersebut dicadangkan bagi "mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum".
Menulis Dr Mohd Asri, ini adalah beberapa cadangannya mengenai hal tersebut untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
"Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.
Enam garis panduan tersebut dicadangkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitannya.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung tindakan mahkamah itu, sebalik mengusulkan supaya merujuk terus ke laman blognya.
Menulis dalam blognya Dr Mohd Asri berkata "bukan Muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam".
"Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat," tulisnya.
Menurut pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu lagi "isu tersebut lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempatan, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas Islam".
Dr Mohd Asri berharap pembaca dapat membaca kenyataan beliau itu bersama dengan artikel yang ditulisnya dalamblognya bertajuk"Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah".
Beliau juga menegaskan dalam garis panduan itu bahawa "bukan Muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan".
"Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain," tulisnya lagi.
(sumber : malaysiakini)
Hari ini bersama mesin MRI.
Sendi lutut merupakan sendi yang terbesar badan dan berperanan penting untuk pergerakan. Terdapat dua set ligamen yang memberikan lutut kesetabilan: cruciate and colateral. | |||||||||||||||
Ligamen cruciate | |||||||||||||||
Ligamen cruciate terletak di dalam sendi lutut and menghubungkan tulang betis ke tulang paha. Ligamen tersebut terdiri daripada beberapa fibre dan berfungsi seperti tali yang pendek memegang sendi lutut dengan ketat semasa sendi lutut melurus and membengkok. Nama cruciate berasal daripada perkataan crux, bererti bersilang atau sabit. Ligamen cruciate bukan sahaja berada di dalam senti lutut, tetapi meraka bersilang membentuk “X”.Ligamen cruciate yang terletak di hadapan lututu adalah Anterior cruciate ligament (ACL) dan yang terletak di belakang lutut dipanggil Posterior cruciate ligament (PCL). | |||||||||||||||
Kecederaan Ligamen | |||||||||||||||
Ligamen ACL menghalang betis daripada bergerak ke hadapan peha. Ligamen ACL boleh tercedera dengan beberapa cara:
| |||||||||||||||
Mengenali Kecederaan ACL Jika anda mengalami kecederaan ACL, mungkin anda tidak akan mengalami sebarang kesakitan. Tetapi, anda mungkin terdengar bunyi “pop“dan merasai lutut longar. Dalam masa 2 hingga 12 jam, lutut tersebut akan bengkak, dan anda akan merasai sakit semasa berdiri. Letakan aisbeku untuk mengurangkan bengkak dan tinggikan lutut anda sehingga anda berjumpa pakar ortopedik anda. | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Mendiagnosakan Kecederaan ACL | |||||||||||||||
Diagnosa kecederaan ACL bergantung pada pemeriksaan fisikal lutut berkenaan. Pemeriksaan termasuk beberapa ujian untuk melihat samada lutut anda berada pada posisi yang betul semasa tekanan di tujukan pada beberapa arah. Pakar ortopedik anda mungkin akan membuat pemeriksaan X-ray dan MRI ( Magnetic Resonance Imaging) atau, pemeriksaan artroskopic (pembedahan). | |||||||||||||||
Merawat Kecederaan ACL | |||||||||||||||
|
Tuesday, January 5, 2010
Tun Mahathir - KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH"
KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH"
1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.
2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.
3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.
4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.
5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".
6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.
7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.
8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.
9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.
10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?
11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?
12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.
(Sumber : chedet)
Ustaz Zaharuddin - Larangan Kristian Guna Nama Allah : Ulasan Ringkas
Larangan Kristian Guna
Nama Allah : Ulasan Ringkas
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".
Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.
Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini
SUDUT HUKUM
Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.
Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.
Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.
Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :
Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).
Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.
Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.
Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.
Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.
Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.
TETAPI ..
Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.
Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.
Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.
Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.
Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionarybukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.
Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.
Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.
Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.
Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
15 Muharram 1431 H
01 Januari 2010
(Sumber : zaharuddin.net)