Allah,Yang tidak tersembunyi bagi-Nya apa pun yang di langit dan di bumi. Bagaimana mungkin TERSEMBUNYI bagi-Mu, Tuhanku. apa yang Engkau CIPTAKAN. Bagaimana mungkin Engkau tidak MENGHITUNG apa yang Engkau BUAT. Bagaimana mungkin HILANG dari-Mu apa yang Engkau ATUR. Bagaimana mungkin bisa LARI dari-Mu orang yg tidak ada kehidupan kecuali dgn REZEKI-Mu. Bagaimana mungkin SELAMAT dari-Mu orang yang tidak punya tempat lari di luar KEKUASAAN-Mu.
Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Sedikit update
Salam.
Maaf saya tidak sempat update blog ni walaupun sudah pulang ke tanah air pada hari Ahad yang lepas. Balik-balik je Malaysia dah ada macam-macam hal perlu diuruskan sampai hilang mood untuk update blog mengenai trip ke Singapura tempoh hari. Nanti saya akan update tentang trip Singapura berserta dengan gambar-gambarnya sekali.
Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa, boleh dikira sebagai penutup tahun 2009 sebabnya hari ni 29/12/2009 merupakan tarikh lahirnya seorang baby girl daripada pasangan Radzi dan juga Nurzatul Hakimah (akak-ku). Bertempat di Hospital Serdang, lebih kurang pada pukul 9 lebih sebentar tadi bayi ini selamat dilahirkan dan kelahiran ini juga menjadikan jumlah anak buah saya sekarang adalah seramai 7 orang (4 lelaki dan 3 perempuan) hahahahaaha.....seronok2!! Tambah lagi tambah lagi!
Tahniah Abg Radzi dan Nurzatul kerana telah bergelar ibu bapa!! Jadilah ibu bapa yang baik dan bagus okay! Tahun depan sila tambah anak lagi haha...
Okaylah hari ni sangat2 penat, perlu masuk tidur dulu...ZZzzz......
Thursday, December 24, 2009
AkuKertasPutih
Aku akan rindukan AkuKertasPutih!
p/s : Selamat Hari Krismas kepada sesiapa yang menyambutnya dan kepada yang tidak sepatutnya menyambut Krismas jangan gatal-gatalka diri anda untuk menyambutnya.
Holiday!!
Singapura
Apa ada di Singapura?
Sebelum ini pernah jugak bercadang untuk ke Singapura, teringin melihat cara hidup, kebersihan, rupa-bentuk bangunan, sistem jalan rayanya, kemudahannya, ragam rakyatnya dan macam-macam lagi. Tak pernah sampai lagi.
Alhamdulillah, mungkin rezeki badan, semalam saya dipelawa untuk pergi melawat Singapura buat kali pertama untuk menemani kakak sendiri. Percutian ini di-sponsor sepenuhnya, best kan? tapi lagi best kalau dapat pergi dengan menggunakan duit sendiri, lagi puas hati (tak cukup budgetlah).
Kata orang, Singapura sangat bersih persekitarannya. Mungkin benar kenyataan itu, namun persoalannya adakah persekitarannya shj yang bersih? Bagaimana pula keadaan hati rakyat dan pemerintahnya? Adakah sama bersih?
Dulu, saya pernah mempunyai kenalan dan saudara berwarganegara Singapura, mereka bijak, pandai dan agak mewah kehidupannya tapi malangnya adab dan budi bahasa diletakkan di tapak kaki mereka, di bawah sekali, paling bawah. Mungkin inilah 'bersih' yang dimaksudkan?
Namun tak semua rakyatnya bersikap begini, ramai juga yang masih mempunyai adab dan sopan santun yang tinggi, harap di sana nanti dapatlah berjumpa dengan orang sebegini.
Tahun lepas 2008, saya berpeluang melawat Jakarta selama beberapa hari, bandar yang sangat sesak dan ber'habuk', banyak bangunannya yang lebih cantik berbanding di Malaysia namun persekitarannya lebih 'kotor' dari negara kita sendiri.
Jalan di sana padat dengan kenderaan, sangat padat, suasananya boleh dikatakan 'huru-hara', setiap saat tidak terlepas untuk mendengar bunyi hon di sana di sini, macam pesta hon pun ada haha tapi yang menariknya, walaupun jalannya padat dengan kenderaan namun kemalangan jarang berlaku, tak silap saya jika mengikut statistik, kadar kemalangan di sana jauh lebih rendah berbanding Kuala Lumpur sendiri. Mengagumkan bukan? Mungkin kerana bunyi riuh rendah hon itu membantu mereka untuk lebih berhati-hati dan berwaspada kot hehe.
Terfikir, kenapalah di Malaysia ni banyak sangat kemalangan berlaku? Salah orangnya ke? Salah sistem jalannya ke? Salah kenderaannya ke?
Okaylah, entri kali ini mungkin merupakan entri yang terakhir untuk minggu ini, malam ini pukul 930mlm saya sudah berangkat ke Temasek menaiki train, berapa jam agaknya baru sampai ye? 1st time naik train nih. Doa-doakan segala-galanya berjalan lancar dan selamat. Nantikan gambar-gambar menarik dari saya minggu hadapan. Ahad nanti saya kembali ke Malaysia dan mungkin akan ada sedikit entri pendek berkenaan 'holiday' ini.
Saya pasti kali ini akan menjanjikan pengalaman yang lebih menarik dan menyeronokkan!
Wednesday, December 23, 2009
AVATAR memang best!
Sekadar berkongsi...
Komen : Filem ini memang sangat best, 5STAR! Avatar adalah filem penutup tahun ini yang sangat bagus! Sebuah filem yang sangat unik, walaupun penuh dengan CGI dan 3D, namun tak terasa pulak nak muntah macam menonton sesetengah filem CGI yang lain. Mungkin kerana, filem ini banyak berlatar-belakangkan hutan, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang unik dan indah. Terpesona jugaklah melihat keindahan yang hutan yang ditunjukkan, rasa macam teringin untuk ke sana...serius. Walaupun filem ini sangat lama, iaitu hampir 3jam namun tak terasa lamanya, mungkin kerana jalan cerita yang menarik ditambah pula grafik yang sangat cantik. Filem ini telah pun melepasi 'benchmark' yang saya jangkakan, maka dengan itu untuk koleksi peribadi saya filem Avatar ini menjadi filem terbaik tahun 2009 mengalahkan filem Transformers : Revenge of the fallen. . Two Thumbs Up!
p/s : Teringin nak menonton sekali lagi.
Tuesday, December 22, 2009
Duduklah....
Seorang pakcik (61thn) berada dalam LRT-dari Stesen Setiawangsa menuju ke Stesen Ampang Park. Suasana dalam LRT agak ramai orang. Masing-masing ada destinasi tersendiri. (Sumber gambar contoh : asianimages.wordpress)
Pakcik MM : (sedang berdiri menunggu destinasi tiba)
'Chinese Girl' : (sedang duduk) 'Chinese girl' itu bangun lalu mempelawa Pakcik MM duduk.
'Chinese Girl' : Duduklah pakcik..
Pakcik MM : Eh takpelah
'Chinese Girl' : Duduklah..
Pakcik MM : Terima Kasihlah (sambil duduk)
'Chinese Girl' : (Menganggukkan kepalanya)
Pakcik MM : Dah tua rupanya aku nih (dalam hati)
Di sekeliling pakcik itu terdapat beberapa remaja Melayu yang seperti tidak mengendahkan kehadiran Pakcik MM tersebut. Tertanya-tanya, adakah remaja Melayu sekarang sudah semakin kurang sopan santunnya? Dimanakah kata-kata "Orang Melayu baik budi pekerti, sopan-santun.." ?
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" Benar, tetapi biarlah Melayu itu, Melayu yang terpelihara budi pekerti dan sopan-santunnya.
Monday, December 21, 2009
Kerana segulung kertas.....
Top 5 - Sukan yang aku teringin nak main balik!
1. Badminton - dulu waktu sekolah menengah rajin sangat main badminton ni , tak pandai pun main tapi adela jugak wakil sekolah beberapa kali since sekolah rendah lagi (tak menang sampai final pon haha). Beregu adalah feveret aku.
(Sumber gambar : Utusan online)
2. Tenis - sukan ni aku jarang main tapi aku tak dapat nafikan sukan ni sangat best. Puas hati dapat pukul kuat-kuat sama macam main badminton jugak tapi tenis ni lebih penat lagilah.
(Sumber gambar : pursuitofsanity.com)
3. Skuasy - haha sukan ni aku mula jinak-jinak masa study kat matrikulasi dulu, tiap-tiap petang jugakla main. Mula-mula tak pandai tapi dah lama boleh ketagih tuh hehe. Adik-beradik badminton & tenis jugak, semua sports ni boleh pukul sekuat hati hehe release tension sikit. Walaubagaimanapun, bagi aku ranking dari segi kepenatan, Tenis > Badminton > Skuasy.
(Sumber gambar : famemas.blogspot.com)
4. Bola keranjang (Basketball) - selalu main waktu sekolah dulu tapi tak dapat mewakili sekolah pun, ingat lagi waktu dulu aku & member-member satu batch (form 3-2002) mula2 main dulu di sekolah (SMK Taman Keramat) bersama dengan pelajar-pelajar senior. Tiap-tiap petang main & selalu lawan friendly. Dulu terel gakla shot 3 pointer hehe.
(Sumber gambar : kids.nationalgeographic.com)
5. Ragbi - haa sukan ni takde kat sekolah jadi terpaksalah jinak2kan diri waktu kat matriks dulu. Belajar sikit2 skills ragbi nih. Training kalau tak silap setiap petang Rabu lepas kelas. Syok jugak main tapi tahun (2005) tu coach taknak hantar wakil so takdela kolej aku join tournament ragbi, taktahu pulak kenape. Sukan ni ganas sikit main langgar-langgar hentam orang, nak lepas geram pon sesuai jugak tapi hati-hati takut patah tulang jer nanti hehe.
(Sumber gambar : schuderiafasniz.blogspot.com)
Saturday, December 19, 2009
UFO lagi...
MOSCOW - Satu imej objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakamkan berlegar-legar di bangunan Kremlin di sini mengejutkan penduduk Rusia, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut beberapa saksi, UFO itu sama seperti imej kapal angkasa Imperial dalam filem Star Wars. Imej itu yang dirakamkan pada waktu malam dari sebuah kereta oleh jurugambar amatur disiarkan berulang kali dalam laporan berita di negara tersebut.
Satu klip UFO berbentuk tiga segi itu yang berlegar-legar di Medan Merah di sini turut disiarkan di laman YouTube di Internet. Seorang peminat UFO yang pernah bekerja dengan Jabatan Pertahanan Britain selama tiga tahun berkata, klip itu merupakan yang paling ganjil pernah dilihatnya. Dia berkata: "Pada mulanya, saya menganggap ia merupakan satu pantulan tetapi ia kelihatan berada di belakang satu garisan tenaga sekali gus teori pantulan tersebut tidak boleh digunakan." Setakat ini polis Rusia enggan memberikan sebarang komen. (Sumber berita : Kosmo online)
Saya adalah antara peminat2 kisah-kisah Unidentified Flying Object (UFO) tapi bukanlah peminat fanatik (sehingga mempercayai semua cerita2 UFO) dan tidak ikuti kisah-kisah UFO ni secara terperinci, yelah sekarang nih banyak gambar2 atau video2 UFO yang kebanyakannya adalah palsu-palsu belaka, begitu juga dengan kisah-kisah UFO yang dipalsukan untuk mendapatkan perhatian umum dan media...HOAX!! Kadang2 rasa meluat dengan perangai orang yang memalsukan cerita, fakta, gambar mahupun video. Apelah agenda dorang sebenarnya?
Walaubagaimanapun, saya turut mengambil tahu serba sedikit tentang UFO, tupun bergantunglah. Kalau ada masa, saya lebih gemar mencari video-video UFO yang kelihatan agak 'real' dan meyakinkan, antara video yang mana bagi saya adalah 'real' adalah video di atas. Saya sendiri tidak pasti apakah objek tersebut, mungkin anda lebih mengetahuinya. Terdapat banyak lagi kisah2, gambar2 dan video2 UFO yang anda boleh 'search' di google, berlambak2 dan tak menjadi masalah tapi anda nilailah sendiri samada ianya benar2 sahih ataupun palsu. Di dunia barat, ada agama yang dicipta dengan mengagung2kan 'alien' dan 'UFO' ini serta menganggap mereka adalah tuhan. Apa-apa pun, kita janganlah terlalu taksub dengan sebarang cerita tanpa merujuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis.
Labels:
info,
Kehidupan,
Pelik menarik tertarik.
Dewan atau di rumah?
Kahwin.
Anda sudah kahwin?
1. Belum? Nanti nak kahwin kat mana? Di dewan atau rumah?
2. Sudah kahwin? Dulu kahwin kat dewan atau rumah?
Dulu, abang 1st (rumah), abang 2nd (rumah), kakak 4th (dewan), kakak 3rd(bakal buat di dewan juga). Tertanya-tanya, tempat mana yang paling sesuai untuk mengadakan kenduri kahwin? Dewan atau rumah? Kedua-duanya ada PRO & CON. Bergantung juga samada di kawasan kampung ataupun bandar, suasana kedua-duanya sudah pasti berlainan.
Di bawah ini saya senaraikan antara PRO & CON kahwin di dewan ataupun di rumah pengantin. Jika anda mempunyai 'point2' yang lain silalah tambahkan, tulis dalam komen anda. Terima kasih.
Dewan (PRO) :
1. Lebih selesa (aircond,luas,sejuk).
2. Senang untuk parking.
3. Selalunya guna catering.
4. Ahli keluarga relax je tak payah buat kerja.
5. Jiran-jiran tak payah tolong apa2, semuanya beres.
6. Selalunya ada organiser yang aturkan majlis.
7. Suasana lebih terkawal.
8. Kalau ada apa2 masalah senang nak refer, kalau ada salah pun senang kita nak cari untuk marah sbb ada organizer.
9. Risiko kes2 kecurian rendah. (Selamat sikit)
10. Tak payah kemas rumah beriya-iya sangat.
Dewan (CON) :
1. Mahal (tapi kalau ada duit banyak jalan je)
2. Tak meriah.
3. Jumlah jemputan mungkin terbatas.
4. Tak mengeratkan silaturrahim.
5. Tempoh masa kenduri terbatas pada waktu yang telah ditetapkan.
6. Selalunya dewan terletak lebih jauh dari rumah.
7. Kesukaran untuk orang mencari lokasi dewan(selalu tahu pergi rumah je)
Rumah (PRO) :
1. Murah (jimat)
2. Sangat meriah.
3. Eratkan silaturrahim.
4. Kenduri habis tak tentu masa, selagi ada tetamu selagi itulah ON.
5. Kadang2 ada yang guna catering.
6. Rumah, senang nak cari tak macam dewan.
7. Kenduri depan rumah je dekat.
Rumah (CON) :
1. Parking susah giler.
2. Kereta2 tetamu selalu block depan rumah jiran dengan selambernye.
3. Jiran2 maki hamun dalam hati ataupun kuat2 (hilang berkat kenduri sbb dah nyusahkan jiran2)
4. Mungkin kurang selesa (panas, crowded dan sbgnya)
5. Kalau masak sendiri sudah tentu jiran2 atau ahli keluarga terdekat terpaksa memasak (kesian dorang,penat)
6. Kalau salah masak atau masak tak sedap takkan nak marah jiran2/sedara mara yang tolong masak tadi?
7. Risiko untuk berlaku kecurian adalah tinggi (selalu jadi nih)
8. Selalunya sebelum dan selepas kenduri kitalah yang kene kemaskan (termasuk rumah dan juga khemah)
9. Khemah kenduri menghalang laluan keluar masuk kereta jiran sebelum dan selepas kenduri. (kene maki lagi)
10. Semua orang nak tgk pengantin bersanding dalam rumah (boleh bayangkanlah panas dan penuhnya orang dalam rumah tu nanti). Sekarang ramai yang dah pasang pelamin bawah khemah kat luar rumah.
11. Cukuplah tu...korang sambung pulak.
Cukuplah setakat itu, aku pasti korang lebih banyak tahu daripada aku. Jadi, tolong sambung lagi mana-mana yang patut. Sesiapa yang belum mendirikan rumah-tangga tuh, korang pilihlah mana-mana yang sesuai mengikut kemampuan dan keselesaan diri-sendiri dan orang lain juga. Jadikan hari persandingan korang nanti hari yang penuh berkat dan dihindari daripada sabarang kesulitan dan keburukan. Dan..ingat, jangan jadikan hari itu nanti, Hari Pembaziran. Sama-sama kita beringat.
p/s : Macam mana lah keadaan majlis kahwin aku nanti yek? Okay ke tak? Kat dewan ke kat rumah? Hehe..
(Sumber gambar : obefiend.blogspot.com)
Friday, December 18, 2009
Keputusan Poll (Kursus BTN)
Berikut adalah keputusan Poll yang dibuat dalam blog AkuKertasPutih mengenai Kursus BTN.
Soalan :
Kerajaan Selangor Haram Kakitangan Negeri dan Pelajar IPT Milik Selangor Hadiri Kursus BTN. Adakah anda bersetuju?
Jawapan :
Tidak Bersetuju - 72%, Setuju - 16%, Tidak kesah - 8%, Other - 4%, Tidak Pasti - 0%
Terima kasih atas kesudian anda untuk mengundi.
Avatar!!
The latest movie yang kene tengok kat panggung wayang, AVATAR!!
Nak tengok DVD je?
Haa ikut koranglah tak kesah. Bagi aku kalau cerita tu nampak best, aku prefer tengok di panggung lebih puas hati harga pun berbaloi-baloi, DVD sekarang pon lebih kurang je harganya tapi DVD boleh tengok banyak2 kali, tapi untuk 1st time tengok, better pergi tengok kat panggunglah, DVD beli jugak hehe.
So far, trailer movie ni nampak menarik, rasa terpanggil untuk menonton. Kebanyakan komen yang aku terima daripada orang2 yang dah tengok cerita ni adalah BAGUS! 5star! BEST GILER! SANGAT BEST!. Semua komen memberangsangkan, cuma ada yang menegur ceritanya panjang sikit, sakit punggung kahkah tapi grafik memang tip top!!
Kalau takde halangan, movie ni akan aku tengok dalam masa terdekat. Sape nak join? Jom! Belanja aku sekali hahahaha.....
Post ke-100!!
Terima Kasih kepada semua pembaca-pembaca dan pelawat-pelawat blog AkuKertasPutih (dahulunya TwentyFourHours) yang sudi singgah dan membaca entri-entri-ku. Terima Kasih juga kepada semua Followers kerana sanggup menjadi Followers-ku haha. Semoga entri-entri selepas ini akan lebih menarik. Komen anda semua amat saya alu-alukan, tanpa komen anda maka blog ini akan jadi tidak bernyawa. Sesiapa yang pernah meninggalkan komen, terima kasih banyak-banyak juga. Saya akan turut memberi komen dalam blog anda. Happy 100th!!
Salam Maal Hijrah 1431H!!
Labels:
info,
Kehidupan,
motivation,
Musti Tuntun,
Pelik menarik tertarik.,
Teladan
Thursday, December 17, 2009
Post ke-99!
Post ke-99.
1. Owh dah post ke-99 ke?
2. Salam Maal Hijrah 1431H sekali lagi. Semoga apa yang kita lakukan selepas ini akan lebih diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
3. Setelah kemarau 2o tahun, skuad bola sepak Malaysia U-23 kita berjaya mengalahkan pasukan Vietnam sebentar tadi dan sekaligus merangkul pingat emas untuk Malaysia dalam Sukan SEA kali ini. Tahniah diucapkan.
4. Semester baru akan bermula tidak lama lagi. Perasaan : takde hati takde minat takde mood. Terima kasih.
5. Sekarang tengah bad mood dengan segelintir orang. Encik, tolong jangan riak. Kalau niat encik baik, sila ajak saya sekali bukannya menunjuk2. Kalau menunjuk2 maka segala-galanya akan jadi sia-sia belaka.
6. Salahkah kalau seorang penagih dadah (masih lagi menagih tp sedang berusaha berhenti) menasihati orang lain untuk jangan gatal2 terlibat dengan najis dadah? Salahkan seorang perokok (masih lagi merokok tp sedang berusaha berhenti) menasihati orang lain supaya jangan gatal2 nak merokok? Salahkan seorang kaki minum (masih lagi minum tp sedang berusaha berhenti) menasihati orang lain supaya jangan mula untuk meminum arak?
Bagi aku, tak salah malah kalau aku jadi orang yang dinasihati tu, aku akan dengar nasihat mereka sebabnya mereka dah rasa azabnya perbuatan mereka tuh dan mereka berusaha untuk berhenti.
7. Lusa, 19th Disember, adalah tarikh yang istimewa. Nantikannya!
8. Nanti aku akan letak post yang ke-100 sesuai dengan tarikh 1 Muharam 1431H. Tahniahlah buat saya yang dahulunye tak gemar langsung untuk ber'blog2' nih kehkeh.
Salam Maal Hijrah 1431
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wednesday, December 16, 2009
Cinta dulu ke kahwin dulu?
Antara Cinta sebelum kahwin dan Cinta selepas kahwin?
Yang mana satu lebih menjaminkan kebahagiaan suatu pasangan?
Yang mana satu lebih bagus?
Kata orang "Zaman sekarang, cinta sebelum kahwin banyak mengundang maksiat (segala macam) tapi bila cinta selepas kahwin pula, belum kenal lagi, dah kenal menyesal, dah menyesal cerai pula".
Kalau diberi pilihan, anda akan pilih yang mana dan mengapa? (Wajib jawab)
Berapa ramai orang yang benar-benar bijak menjaga cinta(hubungan) sebelum kahwin?
dan berapa ramai pula yang benar-benar bijak bercinta selepas kahwin?
Ada sesetengah pendapat pula mengatakan banyak pasangan yang bercinta selepas kahwin akan lebih cenderung untuk bercerai berbanding pasangan yang bercinta sebelum kahwin. Adakah pendapat ini benar? Walaubagaimanapun, ini adalah sebahagian pendapat, bagaimana pula dengan pendapat anda?
Adakah anda tergolong dalam orang yang bercinta sebelum kahwin ATAU golongan orang yang bercinta selepas kahwin?? (Wajib jawab)
"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas". (H.R. Tirmidzi)
Tuesday, December 15, 2009
Sanggup tak?
Salam.
Siang ni aku & Syah ada kat ofis sekejap je. Tengahari, kitorang balik ke rumah Syah untuk lunch dan aku sempat pergi membeli Nasi Ayam feveret kitorang kat Dato' Keramat tuh. Kedai tu berdekatan dengan Pasar Keramat, bersebelahan dengan kedai keropok lekor serta betul2 berhadapan dengan masjid, tapi terlupa pulak nama masjidnya. Kalau korang singgah ke Dato Keramat, pergila cuba makan Nasi Ayam di situ, waktu lunch dalam pukul 12pm-2pm memang sangat penuh sampai beratur panjanglah, ramai pegawai2 tentera yang berkerja di Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH) selalu lunch di sana. Kalau bernasib baik, tak ramai orang, tapi kalau tak, korang terpaksalah ikut sekali beratur. Jangan risau, ramai2 orang pon servis dorang memang cepat. Kira MANTOP jugakla!! Hehe sempat promote pulak.
Okeh, untuk entri kali ni aku nak sentuh pasal isu poligami tapi takkan menyentuh secara mendalam. Poligami...hehe tajuk yang agak ditakuti oleh kaum Hawa tapi barangkali digemari oleh kaum Adam. Takdelah cuma nak tau apa pandangan korang tentang poligami ni? Berapa ramai suami-suami yang ada pasang niat untuk berpoligami dan berapa ramai pula isteri-isteri yang sanggup hidup bermadu? Berapa ramai suami yang mampu? dan....Adakah poligami ini suatu keharusan atau hanya sekadar alasan si suami untuk menggatal?? Hahaha....gurau je...
Sebelum tu, kita fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan poligami nih. Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan lebih dari seorang wanita pada satu-satu masa (maksimum 4 orang je okay!). Antara syarat-syarat berpoligami adalah:
1. Berkemampuan untuk menaggung nafkah isteri-isteri.
2. Berlaku adil kepada semua isteri.
Haa...agak2 yang si suami-suami ni mampu tak buat dua syarat-syarat ni? dan untuk isteri-isteri, korang sanggup tak bermadu kalau suami korang mampu buat semua ni? Jawab jangan tak jawab.
Walaubagaimanapun, poligami ni sendiri menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam sebabnya dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perangai suka 'membela' perempuan2 simpanan yang pastinya telah berlaku zalim terhadap diri sendiri dan wanita. Namun begitu nikmat poligami ni seharusnnya dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab bukan pakai redah aje. Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu dan poligami ni sebenarnya adalah suatu keharusan bersyarat.
Apa pandangan korang pulak?
Berapa ramai suami-suami yang pasang niat untuk berpoligami?
Berapa ramai pula isteri-isteri yang sanggup hidup bermadu?
Korang sanggup?
Asraf Mahmud,
Keramat,
KL.
(Sumber gambar : abuthalhah.wordpress.com )
Subscribe to:
Posts (Atom)