Thursday, April 28, 2011

DEFINASI “TA’WIL”



Setelah menerima beberapa kritikan dari seseorang dlm laman blog, maka rasanya perlu dijelaskan di sini makna dan maksud sebenar pengistilahan “Ta’wil”. Sebagaimana yang biasa kita dengar iaitu apabila seseorang memberi pandangan atau pendapatnya tentang hadith-hadith yg dikutipnya dari rangkaian hadith-hadith samada yg sahih atau yg dha’if atau mana-mana hadith pada kedudukan yg sebagaimana sekalipun maka istilah perkataan “ta’wil” akan muncul.

Dan ramai yg kurang arif atau kurang faham tentang istilah ini, ada yg beranggapan dalam perkara memberi huraian terhadap hadith tertentu itu, maka itu padanya tidak dikira sebagai perbuatan “men’ta’wil” atau perbuatan peng’ta’wil’an sedang dikerjakannya tetapi padanya itu adalah semata-mata sekadar memberi pendapatnya sahaja tanpa menyedari bahawa perbuatannya dalam memberi huraian itu termasuk dalam perbuatan meng’ta’wil’kan hadith tersebut.

Kebarangkalian pendapatnya dalam huraian tentang hadith itu mungkin sama seperti apa yg disyarah oleh ulama hadith yg terdahulu atau mungkin juga tidak menepati maksud sepertimana yg dihuraikan oleh ulama’ yg muktabar maka jika perbuatannya itu bertentangan dengan huraian para ulama terdahulu atau muktabar (ahli dalam bidang permasalahan hadith atau ahli dalam ilmu hadith), maka ianya boleh menyebabkan berlakunya pada dirinya kesesatan dalam ilmu.
Kesesatan dalam ilmu ini, sekiranya ia yakin dan beramal dengan kesesatan tersebut maka ia telah melakukan dosa besar atau mungkin dalam keadaan tertentu boleh gugur imannya selama mana ia berpegang dengan kesesatan itu.

Di sini saya nukil beberapa pandangan dan huraian oleh para ulama muktabar terdahulu yg ahli dalam bidang hadith, dalam memberi definasi makna dan maksud “ta’wil” yg sebenar, ianya seperti:

AHLUS SUNNAH MENTA’WIL AYAT MUTASYABIHAT

Ta’wil bererti:  
Menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi AllahSwt, ini kerana zahir makna pada nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas ada persamaan AllahSwt dengan sifat makhluk. Oleh itu, perlu pengta’wilan terhadap ayat-ayat tersebut bagi mengelak daripada kekeliruan umat dalam memahami ayat tersebut, iaitu ayat Mutasyabihat.

Jenis Ta’wilan ada dua, iaitu:
Pertama: Ta’wilan Ijmaliyy iaitu; ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-Mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya itu, sebagai contoh perkataan istawa yg dikatakan istawa yg layak bagi AllahSwt dan pada waktu yang sama dinafikan zahir akan makna istawa kerana zahir asal maknanya ialah bererti duduk dan sifat duduk memberi maksud ianya bertempat, sesungguhnya Maha Suci AllahSwt dari bersifatkan duduk dan bertempat sepertimana makhluk.

Kedua: Ta’wilan Tafsiliyy iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi sifat AllahSwt, seperti istawa bagi AllahSwt itu bererti Maha Berkuasa, kerana Allah sendiri mensifatkan dirinya sebagai Maha Berkuasa, lihat dalam tafsir yg dibuat oleh para ulama terdahulu dalam menjelaskan makna istawa, antaranya ialah:

Penafsiran lafaz “istawa” dalam Surah ar-Ra’d,:

1. Tafsir Ibnu Kathir:
(ث�… استوى على العرش ) telah dijelaskan maknanya sepertimana pada tafsirnya Surah al-Araf, sesungguhnya ia ditafsirkan tanpa kaifiat (bentuk) dan penyamaan.

2. Tafsir al-Qurtuby:
(ث�… استوى على العرش ) dengan memberi makna; penjagaan dan penguasaan.

3. Tafsir al-Jalallain:
(ث�… استوى على العرش ) “istiwa” yang layak bagi-Nya, tanpa memberi huraian yg lebih dari itu.

4. Tafsir an-Nasafi:
Makna ( ث�… استوى على العرش) adalah bermaksud; menguasai. Ini adalah sebahagian dari tafsiran para ulama terdahulu, tetapi banyak lagi tafsiran-tafsiran ulama’ Ahlus Sunnah yang lain…

MAKNA “ISTIWA” DALAM BAHASA ARAB


Di dalam kamus-kamus Arab yang ditulis oleh para ulama’ Ahlus Sunnah telah menjelaskan “istiwa” boleh difahami dalam banyak makna, antaranya:

1.   Masak (iaitu suatu keadaan yg boleh di makan) contoh:
قد استوى الطعا�…�”�”قد استوى التفاح maknanya dalam bahasa Arab ialah: makanan yg sudah masak�” seperti buah epal yg telah masak, bukan maksudnya masak itu sebagai satu pekerjaan, iaitu seperti mengoreng ikan, memasak mee goreng, masak nasi atau sebagainya... maksudnya sesuatu yg sudah cukup tempoh matangnya...

2.   الت�…ا�…: maknanya ialah sesuatu yg telah sempurna, atau lengkap, maksudnya semuanya telah disediakan.

3.  الاعتدال : lurus

4.   Duduk/bersemayam, contoh: – استوى الطالب على الكرسي : maksudnya seperti pelajar yg sedang duduk atas kerusi -استوى ال�…لك على السرير : maknanya seperti raja yg sedang bersemayam di atas katil atau boleh juga kita faham bersemayam di atas singgahsananya.

5. استولى : Menguasai, contohnya: قد استوى بشر على العراق �…ن غير سيف ود�… �…هراق
Maknanya: Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa menggunakan pedang dan penumpahan darah.

Al-Hafiz Abu Bakar bin Arabi telah menjelaskan makna “istiwa” mempunyai hampir 15 makna, antaranya ialah: tetap, sempurna, lurus, menguasai, tinggi, atas, lelangit, gah dan banyak lagi maknanya. Sila rujuk; Kamus Misbahul Munir, Mukhtar al-Sihah, Lisanul Arab, Mukjam al-Buldan, dan banyak lagi makna seperti yg ada pada koleksi kamus-kamus yg lain. Yang menjadi masalahnya ialah, kenapa golongan Wahabi itu memilih makna pada istilah perkataan “istawa” ialah bersemayam.

Apakah makna yang mereka faham itu “bersemayam” ialah “duduk” sepertimana kita manusia "duduk" maka jika itulah pandangan mereka yg SAH seperti itu maka jelaslah pemahaman mereka itu SALAH, masakan layak sifat "duduk" seperti manusia itu di letakkan ke atas AllahSwt? Apakah golongan Wahabi itu tidak tahu makna “bersemayam” itu adalah sifat bagi makhluk? Apakah mereka tidak tahu bahawa sesiapa yang menyamakan AllahSwt dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat makhluk-Nya maka orang yg melafaskan makna sedemikian itu jadi kafir. Seperti kata ulama’ Salaf iaitu; Imam at-Tohawi (w.321H):
و�…ن وصف الله ب�…عنى �…ن �…عانى البشر فقد كفر
Maknanya: Barangsiapa yang menyifatkan AllahSwt dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia [atau binatang atau mana-mana makhluk ciptaan-Nya] maka orang itu telah jadi kafir. Kemudian ulama’-ulama’ Ahlus Sunnah telah menafsirkan perkataan ayat “istiwa” yang terkandung dalam al-Qur’an dengan makna; menguasai Arasy kerana Arasy adalah makhluk yang paling besar, oleh itu ianya disebutkan di dalam al-Qur’an untuk menunjukkan Kekuasaan Allah subhanahu wata’ala sepertimana kata-kata Syaidina Ali k.w. yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur al-Tamimi dalam kitabnya; at-Tabsiroh:
ان الله تعالى خلق العرش اظهارا لقدرته ول�… يتخذه �…كان لذاته
Maknanya: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta al-Arasy untuk menzahirkan Kekuasaan-Nya, bukannya untuk menjadikan ia tempat bagi diri- Nya.

AllahSwt ada (wujud) tanpa ada tempat dan arah, dan ianya (faham seperti itu) adalah akidah para salaf yang lurus dan betul.

HUKUM YANG MENYAKINI TAJSIM; BAHAWA ALLAH ADALAH BENDA
Syekh Ibn Hajar al-Haitami (w.974H) dalam kitabnya; al-Minhaj al-Qawim hlm.64, mengatakan:

“Ketahuilah bahwasanya al-Qarafi dan yang lainnya meriwayatkan akan perkataan Imam asy-Syafi’i, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah -semoga Allah meridhoi mereka- mengenai pengkafiran mereka terhadap orang-orang yang mengatakan bahawa AllahSwt di suatu arah dan Dia adalah benda, mereka dengan pantas menolak pegangan tersebut (kekufuran)”.

Al-Imam Ahmad ibn Hanbal -semoga AllahSwt meridhoinya- mengatakan:
“Barangsiapa yang mengatakan AllahSwt itu adalah benda, tetapi tidak seperti benda-benda maka ia telah jadi kafir” (dinukil oleh Badr ad-Din az-Zarkasyi (w.794H), seorang ahli hadits dan fiqh yang bermazhab Syafi’ie dalam kitabnya; ‘Tasynif al Masami’ dari pengarang kitab al-Khishal dari kalangan pengikut mazhab Hanbali dari al-Imam Ahmad ibn Hanbal).

Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dalam karyanya an-Nawadir mengatakan:
“Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa AllahSwt adalah benda maka ia telah jadi kafir, kerana tidak mengetahui akan Sifat-Sifat Tuhannya”.

AS-SALAF ASH-SALIH MENSUCIKAN ALLAH DARI HAD, ANGGOTA BADAN, TEMPAT, ARAH DAN SEMUA SIFAT-SIFAT MAKHLUK.
Al-Imam Abu Ja’far ath-Thahawi -semoga Allah meridhoinya- (227-321H) berkata: 

“Maha Suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil mahupun besar, sesungguhnya AllahSwt tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar (seperti wajah, tangan dan yang lainnya) begitu juga anggota badan lain yang kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan selainnya). Dia tidak diliputi oleh satu mahupun enam arah penjuru (seperti arah atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang), tidak seperti makhluk-Nya yang diliputi dengan enam arah penjuru tersebut”.

Perkataan al Imam Abu Ja’far ath-Thahawi di atas merupakan Ijma’ para Sahabat dan para Salaf (orang-orang yang hidup pada tiga abad pertama Hijriyah, 300 tahun selepas wafat Nabiy s.a.w.).

Di bawah adalah sebahagian daripada kata-kata ulama’ 4 mazhab dalam Ahlus Sunnah tentang akidah:

1. Imam Abu Hanifah (pelupor mazhab Hanafi):
لايشبه شيئا �…ن الأشياء �…ن خلقه ولا يشبهه شيء �…ن خلقه
Maknanya: (AllahSwt) tidak menyerupai sesuatu apapun daripada makhluk-Nya, dan tidak ada sesuatu makhlukpun yang menyerupai dengan-Nya.” Kitab Fiqh al Akbar, karangan Imam Abu Hanifah, pada m/s.1

2. Imam Syafi’ie (pelupor mazhab Syafi’ie):
انه تعالى كان ولا �…كان فخلق ال�…كان وهو على صفته الأزلية ك�…ا كان قبل خلقه ال�…كان لايجوز عليه التغيير
Maknanya: “Sesungguhnya Dia (Allah Ta’ala) itu Ada (dari Azali) dan “tempat” belum diciptakan lagi, kemudian AllahSwt mencipta “tempat” dan Dia tetap kekal dengan sifat-Nya yang azali itu sepertimana sebelum terciptanya “tempat”, tidak harus atas Allah ada perubahan.” Dinuqilkan oleh Imam al-Zabidi dalam kitabnya; Ithaf al-Sadatil Muttaqin jilid 2 m/s.23

3. Imam Ahmad bin Hanbal (pelupor mazhab Hambali):
-استوى ك�…ا اخبر لا ك�…ا يخطر للبشر
Maknanya: “Dia (AllahSwt) “istawa” sepertimana Dia khabarkan (di dalam al-Qur’an), bukannya seperti yang terlintas di fikiran manusia”. Dinuqilkan oleh Imam al-Rifae dalam kitabnya; al-Burhan al-Muayyad, dan juga al-Husoni dalam kitabnya; Dafu’ syubh man syabbaha wa Tamarrad.

و�…ا اشتهر بين جهلة ال�…نسوبين الى هذا الا�…ا�… ال�…جتهد �…ن أنه -قائل بشىء �…ن الجهة أو نحوها فكذب وبهتان وافتراء عليه
Maknanya: “...dan apa yang telah masyhur di kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan diri mereka pada Imam Mujtahid ini (Ahmad bin Hanbal) bahawa dia ada mengatakan tentang (AllahSwt) berada di arah atau seumpamanya, maka itu adalah pendustaan dan kepalsuan ke atasnya (Imam Ahmad bin Hanbal) Kitab Fatawa Hadisiyyah karangan Ibn Hajar al-Haitami...

4. Imam Malik (pelupor mazhab Maliki):
الاستواء غير ال�…جهول والكيف غير ال�…عقول والاي�…ان به واجب و السؤال عنه بدعة
Maknanya: Kalimah “istiwa” tidak majhul (diketahui dalam al-Qur’an) dan kaif (bentuk) tidak diterima aqal, dan beriman dengannya adalah wajib, dan menyoal tentangnya adalah bid’ah.”

Imam Malik menulis bahawa perkataan “istiwa” (لاستواء) bukan bermakna jalasa atau duduk atau bersemayam atau bertempat (istiqrar)…..

TIDAK PERNAH IMAM MALIK MENTAFSIR MAKNA ISTIWA DENGAN MENGATAKAN IANYA ADALAH: ISTIQRAR/ BERTEMPAT/ BERSEMAYAM.!!



Lihat bagaimana golongan Wahabi memperbodohkan pengikut mereka DENGAN MENULIS MAKNA ISTIWA ITU IALAH: “BERSEMAYAM/ISTIQRAR”.

Dalam pegangan akidah golongan Wahabi, mereka menulis dengan menisbahkan kepada Imam Malik berkata: “Allah bersemayam... (padahal dalam kitab asalnya beliau hanya menulis lafaskata: “istiwa” sahaja tanpa sebarang penambahan.) ...telah jelas kita ketahui, bagaimana Dia bersemayam tidak akan terjangkau oleh Akal. Beriman tentang hal tersebut adalah suatu kewajiban bagi kita sedangkan menanyakan bagaimana hakikatnya/kaifiyyatnya adalah termasuk melakukan perbuatan bid’ah.”

Kesimpulannya: Bagi kita yang hanya orang awam, maka janganlah kita memandai cuba untuk men’ta’wil ayat-ayat samada dari al-Qur’an ataupun dari hadith tanpa merujuk kepada kitab-kitab syarah yg telah dikupas, dibahas, ditahkik, diperdebatkan oleh para ulama’ muktabar. WAJIB ke atas kita yakni orang awam mengambil pendapat mereka. Bukan memandai-mandai menta’wil atau mentafsir mengikut sesuka hati. Kebarangkalian tanpa kita sedari pandangan kita itu ada terselit pandangan dari hasutan dan bisikan syaitan yg sejak berkurun abad lamanya senantiasa bertungkus-lumus untuk menyesatkan kita. Semoga AllahSwt selamatkan kita dari tangan-tangan mereka yg suka ta’wil mengikut hawa nafsu mereka.

Wallahu’alam

Oleh
Oleh Lebai Kg...

[Penulis : Ustaz Sidi As-Syatarie ]

Wednesday, April 27, 2011

Lesen M

Apabila Allah sudah memberikan rezeki lebih pada kita, janganlah pulak kita mendabik dada, menghina dan memandang rendah orang lain pula. Kalau benar niat ingin menegur, tegurlah dengan cara yang baik. Pekerjaan, karier yang bagus & gaji yang besar bukan lesen untuk membolehkan kita menghina orang lain. - Peringatan untuk diri sendiri & orang lain.

Tuesday, April 26, 2011

Kenapa Wahabisme, Shiisme, Pluralisme, dll. Perlu Ditentang?

Kenapa Wahabisme, Shiisme, Pluralisme, dll. Perlu Ditentang?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Segala lafaz pujian bagi Allah yang Menguasai seluruh alam. Maha Suci Allah daripada diserupakan dengan segala yang baru. Selawat dan salam ke atas junjungan agung kita Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, juga kepada ahli keluarga baginda yang mulia serta para sahabat yang terpuji.

Saya teringat beberapa artikel yang pernah saya baca yang mengkritik perjuangan kelompok “Ahli Sunnah wal Jamaah” – khususnya perjuangan menentang “wahabi”, “syiah”, “pluralisme” dan sebagainya. Sememangnya masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini yang tidak memahami akan sebab perjuangan kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah menentang golongan seperti Wahabi dan sebagainya. Malah, ada juga suara-suara yang mengkritik amalan label-melabel dengan nama-nama seperti “wahabi”, “syiah”, “pluralis agama” dan lain-lain; kelompok-kelompok yang dipakaikan dengan label itu menyatakan bahawa mereka ‘dituduh’. Kelompok yang dilabelkan dengan nama “wahabi” – sebagai contoh – tidak mengaku mereka daripada kalangan “wahabi”.

Dalam menilai situasi ini, satu perkara yang disepakati oleh para ‘ulama seluruh dunia adalah – bahawa kelompok yang sentiasa berada di atas kebenaran seperti yang dijamin di dalam hadith Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah. Ahli Sunnah wal Jamaah merujuk kepada kelompok umat Islam yang sentiasa berpegang teguh dengan sunnah baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, dan sentiasa berada di dalam jamaah umat Islam yang majoriti. Dalam hal ini, Ahli Sunnah wal Jamaah bukanlah merujuk kepada mana-mana persatuan, atau organisasi, atau mazhab, atau tareqat secara khusus. Tetapi yang menjadi kayu ukur terpenting dalam mengukur sama ada layak atau tidak sesuatu kelompok itu tergolong dalam “keluarga” Ahli Sunnah wal Jamaah, adalah soal ‘aqidah. Hal ini demikian kerana Rasulullah telah menjamin semua yang beragama Islam dengan sebenarnya – yakni dengan ‘aqidah yang murni – adalah golongan yang selamat. Justeru, kelompok yang berpegang dan beri’tiqad dengan ‘aqidah yang menyeleweng yang tidak selari dengan ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah, bolehlah ditolak keluar daripada kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah. Seterusnya, apabila kita membicarakan tentang soal ‘aqidah – yang mana asas-asas dalam hal ‘aqidah tidak ada ruang untuk khilaf – maka kita membicarakan tentang Allah dan Rasulullah.

Maka, dalam hal ini, saya ingin cuba menyenaraikan beberapa ciri-ciri pemikiran yang wujud pada hari ini – dan perkara-perkara inilah yang menjadi sebab kenapa para ‘ulama Ahli Sunnah wal Jamaah begitu giat menentang kelompok-kelompok yang pelbagai yang wujud di negara ini. Kita lupakan seketika label-label yang telah diberikan dan kita perhatikan ciri-ciri pemikiran yang menyeleweng – atau paling tidak sedikit menyimpang – daripada ‘aqidah Islam yang murni;

(1) Faham mujassimah – yakni fahaman yang menjisimkan Allah, menyatakan bahawa Allah itu mempunyai jisim. Apabila seseorang menyatakan bahawa Allah itu mempunyai jisim, maka orang itu sebenarnya telah memberikan sifat “beranggota” kepada Allah, kerana yang dikatakan jisim itu – menempati ruang, mempunyai had dan menghasilkan satu bentuk anggota. Walhal, Allah itu “tidak menyerupai segala sesuatu”. Haram bagi seseorang menyamakan Allah dengan makhluk-Nya. Justeru, tidak boleh beri’tiqad bahawa Allah itu mempunyai tangan – kerana tangan itu makhluk. Namun, ada kelompok yang beri’tiqad begitu – mentafsirkan (sebagai contoh) kalimah “yad” dalam al-Qur’an secara literal membawa maksud “tangan Allah” sedangkan haram memberikan anggota kepada Allah kerana anggota itu adalah makhluk.

(2) Menyerupakan Allah dengan makhluk dalam hal lain – contohnya dengan menyatakan bahawa Allah itu bertempat. Sebagai contoh, ada kelompok yang menyatakan bahawa Allah berada di langit. I’tiqad bahawa Allah berada di langit juga adalah salah, haram bagi sesiapa menyatakan bahawa Allah itu mempunyai tempat. Hal ini demikian kerana apabila diberikan tempat kepada Allah, maka itu bermaksud Allah itu mempunyai had. Kerana, jika Allah menempati langit, bermakna Allah tidak ada di bumi. Dan, kalaupun dikatakan Allah berada di langit dan di bumi sekaligus, tetap juga salah kerana tidak boleh memberikan tempat kepada Allah. Apabila seseorang menyatakan bahawa Allah itu berada di sesuatu tempat, maka itu membawa implikasi makna bahawa Allah tidak ada di tempat yang lain, justeru menggambarkan bahawa Allah itu ada had. Sedangkan Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa daripada mempunyai sebarang had dan batasan. Ayat-ayat al-Qur’an dan hadith yang merujuk ke langit sebagai tempat sumber turunnya Rahmat Allah, dan juga sebagai tempat kiblat bagi doa, adalah kerana langit tempat duduknya para malaikat. Para malaikat pula adalah tentera-tentera Allah – makhluk yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan Rahmat-Nya, dan juga ditugaskan oleh Allah untuk mencatat segala amal perbuatan hamba-Nya.

(3) Merendahkan martabat dan taraf Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam dengan menyamatarafkan baginda dengan manusia biasa. Ada bentuk pemikiran yang menyatakan bahawa Sayyiduna Muhammad tidak mempunyai apa-apa keistimewaan sebelum diturunkan wahyu pertama pada usia 40 tahun – malah menyatakan bahawa Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sebelum diturunkan wahyu sama sahaja seperti “Muhammad-Muhammad yang lain”. Memang benar terdapat ayat al-Qur’an seperti di dalam surah al-Kahfi di mana Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang lebih kurang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku ini adalah manusia seperti kamu...”. Namun, ayat al-Qur’an yang sering menjadi hujahan pihak yang merendah-rendahkan taraf Rasulullah itu tidak terhenti setakat itu, namun setakat itulah ayat al-Qur’an ini sering digunakan. Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman dalam ayat tersebut yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku ini adalah manusia seperti kamu, diturunkan wahyu kepadaku...”. Hakikat bahawa Rasulullah diturunkan wahyu kepada baginda adalah merupakan pembeza antara taraf baginda dan taraf manusia biasa. Justeru, adalah merupakan satu kebiadaban yang besar terhadap Rasulullah untuk menyamatarafkan baginda dengan manusia biasa kerana bukan sahaja taraf spiritual baginda yang tidak sama dengan manusia biasa, malah fizikal baginda juga tidak sama dengan manusia biasa. Cukuplah kita membaca kitab “Syamail an-Nabi” karangan Imam at-Tirmizi untuk kita memahami betapa luarbiasanya baginda.

(4) Antara bentuk pemikiran yang cukup biadab adalah menyatakan bahawa ibubapa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam adalah kafir. Biarpun golongan ini menghadirkan beberapa hadith sebagai dokongan hujah mereka, namun para ulama yang benar-benar faham akan hakikat Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menghuraikan beberapa maksud terhadap hadith-hadith tersebut. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa hadith yang turut menjelaskan tentang keislaman ibubapa Rasulullah seperti hadith yang menjelaskan tentang kesucian susur galur baginda. Paling mudah, kita selaku umat Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam boleh memahami bahawa ibubapa baginda hidup sebagai ahli fatrah. Namun, cukup menyedihkan kerana masih ada di kalangan umat ini yang ‘tergamak’ untuk mengkafirkan ibubapa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

(5) Terdapat juga satu bentuk kecenderungan untuk menghukum haram perkara yang dihalalkan atau dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Contohnya, terdapat kelompok yang menghukum bid’ah (dholalah) amalan-amalan sunat seperti menziarahi kubur para nabi dan orang-orang yang mulia di sisi Allah. Sedangkan baginda Rasulullah sendiri menziarahi kuburan orang mulia, dan tidak melarang umat baginda untuk menziarahi kuburan orang-orang mulia.

(6) Bentuk pemikiran yang tidak betul juga adalah pemikiran yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah, serta bentuk pemikiran yang mengkafirkan para ‘ulama dengan sewenang-wenangnya. Ada pemikiran yang mengkafirkan para sahabat, menuduh para sahabat merampas hak Sayyidina ‘Ali selaku khalifah serta ingkar terhadap arahan Rasulullah. Kelompok ini mungkin tidak memahami larangan baginda Rasulullah daripada mencela dan menghina para sahabat – apatah lagi mengkafirkan! Ada juga kelompok yang dengan mudahnya mengkafirkan para ulama kerana dikatakan melakukan amalan khurafat atau syirik. Seorang imam di Makkah, contohnya, seringkali menyebut kepada para tetamu Allah di sana akan kafirnya ulama yang melakukan atau menyambut Maulid Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam; walhal, Maulid Nabi adalah merupakan amalan terpuji yang disepakati oleh para ulama. Malah, ulama agung kontemporari, Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani telah memfatwakan hukum wajib ke atas perayaan Maulid Nabi, dengan mengambil kira keadaan semasa umat Islam.

(7) Ada juga aliran pemikiran yang menyamatarafkan para imam mereka dengan Nabi. Aliran pemikiran ini jelas menyeleweng kerana pertama, kenabian telah terhenti dengan Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam; dan kedua, kerana tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang boleh menyamai atau melangkaui taraf para Nabi kerana para Nabi adalah mereka yang diturunkan kepada mereka wahyu oleh Allah.

(8) Satu lagi bentuk pemikiran yang tidak betul adalah pemikiran yang cenderung untuk menyamatarafkan semua agama. Bentuk pemikiran ini cuba meletakkan “kebenaran” itu berada pada semua agama, dan bahawa semua agama akhirnya membawa kepada “keselamatan”. Pemikiran seperti ini cukup berbahaya kerana beberapa sebab, antaranya; pertama, membuka ruang untuk seseorang itu keluar-masuk agama Islam dengan sewenang-wenangnya; kedua, bertentangan dengan deklarasi Allah di dalam al-Qur’an bahawa “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah itu hanyalah Islam.”; ketiga, menjejaskan ‘aqidah kerana asas ‘aqidah dalam Islam adalah kalimah tauhid “tiada tuhan melainkan Allah”, sedangkan agama-agama lain mempunyai kefahaman dan konsepsi yang berbeza tentang tuhan.

Itulah antara lain sedikit-sebanyak bentuk-bentuk pemikiran yang bercanggah dengan aqidah Islam, yang dapat saya senaraikan secara ringkas dan mudah. Penyelewengan-penyelewengan seperti inilah, dan juga banyak bentuk penyelewengan pemikiran yang lain, yang mendorong para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah untuk lantang mengkritik dan menentang golongan-golongan tertentu di negara ini. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dan terperinci, serta untuk memastikan kita sentiasa berada di atas jalan kebenaran, rantaikanlah diri dengan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah!

Wallahu’alam.

[akhienaim.blogspot]

Biodata : Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz dari Yaman, keturunan Rasulullah SAW yang ke-39.



Al-Imam Al-’Arifbillah Al-Musnid Al-Hafidz Al-Mufassir Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz. Beliau adalah Al-Habib ‘Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafidz putera dari Abdallah putera dari Abi Bakr putera dari‘Aidrous putera dari Al-Hussain putera dari Al-Syaikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari ‘Abdallah putera dari ‘Abdarrahman putera dari ‘Abdallah putera dari Al-Syaikh ‘Abdarrahman Assaqof putera dari Muhammad Maula Al-Daweela putera dari ‘Ali putera dari ‘Alawi putera dari Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad putera dari ‘Ali putera dari Muhammad Sahib Al-Mirbat putera dari ‘Ali Khali‘ Qasam putera dari ‘Alawi putera dari Muhammad putera dari ‘Alawi putera dari ‘Ubaidallah putera dari Al-Imam Al-Muhajir Ilallah Ahmad putera dari ‘Isa putera dari Muhammad putera dari ‘Ali Al-‘Uraidi putera dari Ja’far Asshadiq putera dari Muhammad Al-Baqir putera dari ‘Ali Zainal ‘Abidin putera dari Hussain sang cucu laki-laki, putera dari pasangan ‘Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah Azzahra puteri dari Rasul Muhammad SAW.

Beliau terlahir di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang adalah seorang pejuang martir yang terkenal, Sang Intelektual, Sang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Syaikh Abu Bakr bin Salim. Ayahnya adalah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidup mereka demi penyebaran agama Islam dan pengajaran Hukum Suci serta aturan-aturan mulia dalam Islam. Beliau secara tragis diculik oleh kelompok komunis dan diperkirakan telah meninggal, semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Demikian pula kedua kakek beliau, Al-Habib Salim bin Hafiz dan Al-Habib Hafiz bin Abdallah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya. Allah seakan menyiapkan kondisi-kondisi yang sesuai bagi al-Habib ‘Umar dalam hal hubungannya dengan para intelektual muslim disekitarnya serta kemuliaan yang muncul dari keluarganya sendiri dan dari lingkungan serta masyarakat dimana ia dibesarkan.

Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan ia juga menghafal berbagai teks inti dalam fiqh, hadith, Bahasa Arab dan berbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatnya termasuk dalam lingkaran keilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyaknya ulama-ulama tradisional seperti Muhammad bin ‘Alawi bin Shihab dan Syaikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari berbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu spiritual keagamaan dari ayahnya yang meninggal syahid, Al-Habib Muhammad bin Salim, yang darinya didapatkan cinta dan perhatiannya yang mendalam pada da’wah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah s.w.t. Ayahnya begitu memperhatikan sang ‘Umar kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan dhikr.
 
Namun secara tragis, ketika Al-Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk sholat Jum‘ah, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan sang ‘Umar kecil sendirian pulang ke rumahnya dengan masih membawa syal milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak pernah terlihat lagi. Ini menyebabkan ‘Umar muda menganggap bahwa tanggung jawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya dalam bidang Da‘wah sama seperti seakan-akan syal sang ayah menjadi bendera yang diberikan padanya di masa kecil sebelum beliau mati syahid. Sejak itu, dengan sang bendera dikibarkannya tinggi-tinggi, ia memulai, secara bersemangat, perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk Majelis-majelis dan da’wah. Perjuangan dan usahanya yang keras demi melanjutkan pekerjaan ayahnya mulai membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi anak muda maupun orang tua di mesjid-mesjid setempat dimana ditawarkan berbagai kesempatan untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu tradisional.
 
Ia sesungguhnya telah benar-benar memahami Kitab Suci sehingga ia telah diberikan sesuatu yang khusus dari Allah meskipun usianya masih muda. Namun hal ini mulai mengakibatkan kekhawatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan beliau dikirim ke kota Al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara yang menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang ingin mencelakai sang sayyid muda.
 
Disana dimulai babak penting baru dalam perkembangan beliau. Masuk sekolah Ribat di Al-Bayda’ ia mulai belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan ahli dari yang Mulia Al-Habib Muhammad bin ‘Abdullah Al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan ulama madzhab Shafi‘i Al-Habib Zain bin Smith, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya ia ditunjuk sebagai seorang guru tak lama sesudahnya. Ia juga terus melanjutkan perjuangannya yang melelahkan dalam bidang Da‘wah.

Kali ini tempatnya adalah Al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang terlewat dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul SAW pada hati mereka seluruhnya. Kelas-kelas dan majelis didirikan, pengajaran dimulai dan orang-orang dibimbing, usaha beliau yang demikian gigih mulai menunjukkan hasil yang besar, mereka tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya telah terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan dangkal, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sadar bahwa hidup memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentitas baru mereka sebagai orang Islam, mengenakan sorban dan mulai memusatkan perhatian mereka untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia dari Rasul SAW.
 
Sejak saat itu, sekelompok besar orang-orang yang telah mengikuti beliau mulai berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan da‘wah maupun keteguhan beliau dalam mengajar di berbagai kota besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini beliau mulai mengunjungi kota-kota maupun masyarakat diseluruh Yaman, mulai dari kota Ta’iz di utara, beliaupun belajar ilmu dari mufti Ta‘iz Al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mulai menunjukkan pada beliau perhatian dan cinta yang besar sebagaimana ia mendapatkan perlakuan yang sama dari Syaikh Al-Habib Muhammad Al-Haddar, sehingga ia memberikan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang agung.
 
Tak lama setelah itu, beliau melakukan perjalanan melelahkan demi melakukan ibadah Haji di Mekkah dan untuk mengunjungi makam Rasul SAW di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, beliau diberkahi kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal disana, terutama dari Al-Maghfurlah Al-Qutub Al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad Assaqaf yang menyaksikan bahwa di dalam diri ‘Umar muda, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan Rasul-Nya SAWW dan sungguh-sungguh tenggelam dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap sesama umat manusia sehingga beliau dicintai oleh Al-Habib Abdul Qadir salah seorang guru besarnya. Begitu pula beliau diberkahi untuk menerima ilmu dan bimbingan dari kedua pilar keadilan di Hijaz, yakni Al-Habib Ahmed Mashur Al-Haddad dan Al-Habib ‘Attas Al-Habsyi.
 
Sejak itulah nama Al-Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama dikarenakan kegigihan usaha beliau dalam menyerukan agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopuleran dan ketenaran yang besar ini tidak sedikitpun mengurangi usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya, beliau mendapatkan sumber tambahan dimana tujuan-tujuan mulia dapat dipertahankan. Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingat Allah SWT dan Rasul SAW dalam berbagai situasi dan lokasi yang berbeda. Perhatiannya yang mendalam terhadap membangun keimanan terutama pada mereka yang berada didekatnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling terlihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke Dunia Baru.
 
Negara Oman akan menjadi fase berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15. Setelah menyambut baik undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan menggebu untuk menerima manfaat dari ajarannya, beliau meninggalkan tanah kelahirannya dan tidak kembali hingga beberapa tahun kemudian. Bibit-bibit pengajaran dan kemuliaan juga ditanamkan di kota Shihr di Yaman timur, kota pertama yang disinggahinya ketika kembali ke Hadramaut, Yaman. Disana ajaran-ajaran beliau mulai tertanam dan diabadikan dengan pembangunan Ribat Al-Mustafa. Ini merupakan titik balik utama dan dapat memberi tanda lebih dari satu jalan, dalam hal melengkapi aspek teoritis dari usaha ini dan menciptakan bukti-bukti kongkrit yang dapat mewakili pengajaran-pengajaran di masa depan.
 
Kepulangannya ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan mendasar dari tahun-tahun yang ia habiskan untuk belajar, mengajar, membangun mental agamis orang-orang disekelilingnya, menyebarkan seruan dan menyerukan yang benar serta melarang yang salah. Dar-Al-Mustafa menjadi hadiah beliau bagi dunia, dan di pesantren itu pulalah dunia diserukan. Dalam waktu yang dapat dikatakan demikian singkat, penduduk Tarim akan menyaksikan berkumpulnya para murid dari berbagai daerah yang jauh bersatu di satu kota yang hampir terlupakan ketika masih dikuasai para pembangkang komunis. Murid-murid dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, Inggris, Pakistan, Amerika Serikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain dan negara bagian di Arab akan diawasi secara langsung oleh Habib Umar bin Hafiz. Berdirinya berbagai institusi Islami serupa di Yaman dan di negara-negara lain dibawah manajemen Al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran Ilmu dan perilaku mulia.
 
Habib ‘Umar kini tinggal di Tarim Yaman, dimana beliau mengawasi perkembangan di Dar al-Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibangun dibawah manajemen beliau. Beliau masih memegang peran aktif dalam penyebaran agama Islam, sedemikian aktifnya sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahunnya mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan mulianya.


Iblis Azazil

Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.

Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…

Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :

“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”

Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
 
Sumber : /nasbunnuraini

Mencari Kedudukan..


"Mencari kedudukan bagi tujuan untuk berkhidmat tetap batil walaupun manusia menganggapnya sebagai satu kebenaran. Perkara sebenarnya adalah kamu berkhidmat sesuai seperti mana Allah jadikan kalian. Jika kamu tulus dan melakukannya dengan baik, Allah akan tingkatkanmu di dalam tingkatan perkhidmatan itu" - Al-Habib Ali Al-Jufri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails