Bagi orang yang sudah mabuk cinta dengan Allah, akan dirasakannya nikmat solat itu ibarat nikmat syurga di dunia. Mereka bersolat kerana terasa akan sedapnya dan bahagianya menunaikan solat mengadap Ilahi. Dan solat itu langung tidak membebankan mereka meskipun mereka berada di dalam kesakitan atau dalam keadaan kurang mampu, mereka amat memerlukan solat seperti mana memerlukan keperluan-keperluan hidup yang lain contohnya makan, minum, bernafas dan sebagainya, malah keperluan solat bagi mereka lebih penting berbanding keperluan hidup yang lain. Mereka juga sudah merasa serta memahami hakikat sebenar solat itu, hakikat di dalam syariat, syariat di dalam hakikat. Subhanallah.
"Ya Allah, tenggelamkan kami dalam kehangatan cinta abadiMu, sibukkanlah diri kami dengan menyintaiMu semata-mata dan kurniakanlah kami rahmatMu."
No comments:
Post a Comment