Saturday, April 23, 2011

Aku. Aku. Aku.



“Wahai hambaku, padamu Aku telah menyatakan segala Sifat-Sifat Diri-Ku. Aku Tuhan yang melihat dan Aku nyatakan pada matamu, Aku Tuhan yang mendengar, Aku nyatakan pada telingamu, Aku Tuhan yang berkata-kata, Aku nyatakan pada suara dari mulutmu, Aku berilmu dan Aku nyatakan pada akal kamu, Aku berkuasa dan Aku nyatakan pada gerak diam kamu, Aku berkehendak dan Aku nyatakan pada hati kamu”. 




“Fahamilah lebih dalam lagi wahai insan bahawa apabila kamu melihat, bukan matamu yang melihat, ia hanya alat. Hakikat yang melihat adalah ruh dan hakikat penglihatan yang ada pada ruh daripada Aku. Apabila kamu mendengar, bukan telinga kamu yang mendengar, ia hanyalah alat sahaja, hakikat yang mendengar ialah ruh dan hakikat pendengaran itu dari Aku. Begitulah sifat-sifat yang pada dirimu tiada lain adalah hakikat dari Diri-Ku. Aku yang menciptakan makhluk dan segala sifatnya agar makhluk mengetahui kewujudan-Ku dan mengenali-Ku.”



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails