Wednesday, April 20, 2011

Kumpul hartamu

Seorang hamba berkata: “Hartaku! Hartaku!” Sesungguhnya yang menjadi (harta) miliknya tidak lain hanya tiga: (1) Apa yang dia makan sehingga habis, (2) Apa yang dipakai sehingga lusuh dan (3) Apa yang dia sedekahkan sehingga kekal. Apa jua selain itu (bukanlah hartanya kerana) dia akan pergi (mati) dan meninggalkannya kepada manusia. [Hadith riwayat muslim]

Banyakkan harta jenis ketiga kerana berapa banyak sangatkah yang mampu dimakan & dipakai? Dan sedekah tidaklah semata-mata melalui wang ringgit tetapi setiap kalimah yang baik, nasihat yang baik, ilmu yang baik, setiap zikir, setiap selawat, setiap doa bahkan setiap senyuman merupakan sedekah juga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails